Showing posts with label Adidas. Show all posts
Showing posts with label Adidas. Show all posts

Apr 25, 2017

Adidas UEFA Champions League Arena Edition Giveaway


http://www.arepnakbebel.com/2017/04/adidas-uefa-champions-league-arena.html 
Nak join? Klik banner ni ya... 

Syarat Syarat Penyertaan (Blogpost)
  1. Buat entry berkenaan dengan Giveaway ini dan tajuk entry adalah seperti berikut
  2. "Adidas UEFA Champions League Arena Edition Giveaway" 
  3. Letakkan banner Giveaway ini di entry korang dan linkkan balik ke entry ini. 
  4. Follow blog www.arepnakbebel.com dan facebook fanpage arepnakbebel
  5. Pastikan korang komen dan letakkan link entry giveaway yang korang buat di mana mana entry blog arepnakbebel untuk maklum balas dari pihak admin. 
 
Syarat Syarat Penyertaan (Instagram)
  • Follow instagram lqmnzkria dan post banner giveaway ini di instagram korang dengan hashtag #Giveawaybyluqmanzakaria #EUFAChampionsLeague #adidasbodycaremy
Hadiah giveaway :-
(5x Eau De Toilette (EDT) & 5x Deo Body Spray)
2x Pemenang akan dipilih untuk penyertaan di Instagram
3x pemenang akan dipilih untuk penyertaan di blog


Jun 26, 2014

Bola Rasmi Piala Dunia 2014, Brazuca





Adidas Brazuca,bola rasmi Piala Dunia 2014


Bola rasmi Piala Dunia 2014, atau lebih dikenali sebagi ‘Brazuca’, adalah lebih stabil berbanding bola rasmi yang digunakan pada Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan.

The Washington Post melaporkan bahawa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) melakukan satu kajian dan berpendapat bahawa bola berkenaan dapat terbang dengan lebih stabil berbanding dengan bola ‘Jabulani’ yang digunakan pada tahun 2010 yang lebih cenderung untuk ke arah lain selepas disepak ke udara.

Ini membuatkan ramai penjaga gol tidak berpuas hati kerena mereka harus bekerja lebih keras berbanding pihak penyerang.

Menurut kajian NASA, sebuah bola biasanya mempunyai kelajuan spin 48.2 km/h. Bola 'Jabulani' mempunyai kelajuan spin 80.5 km/h dan pihak Adidas terus diminta untuk mewujudkan bola baharu untuk digunakan untuk Piala Dunia tahun ini.

Jahitan yang kemas pada bola 'Brazuca' akan memberikan kestabilan dan kelajuan spin dapat dikurangkan.

Bola berkenaan juga mempunyai enam panel, iaitu kurang dua daripada 'Jabulani'. Bola biasa mempunyai 32 panel. Ia direka dalam bentuk shiruken iaitu senjata ninja.

'Brazuca' telah diuji oleh 600 pemain dari 10 negara. Ia juga dibuat di Pakistan setelah pihak China tidak dapat memenuhi permintaan Adidas.

Ia juga diberikan secara percuma kepada semua bayi di Brazil yang lahir pada 3 Disember 2013, iaitu tarikh pelancaran bola  'Brazuca'.

Ia juga bola berwarna-warni pertama yang digunakan dalam Kejohanan Piala Dunia.


Sumber dari Astro Wani