Jan 23, 2019

Ekspo Halal Malaysia 2019 ( MHE 2019 )


Bab HALAL ni memang aspek yang paling penting kita jaga bagi orang yang beragama ISLAM.Bukan bab makanan sahaja yang perlu kita jaga tapi perkhidmatan,produk kecantikan dan seangkatan pun sama. Kena kaji dan selidik dahulu asal usulnya sebelum membeli.Baru kita sebagai pengguna tak berasa was-was untuk membeli produk atau perkhidmatan tersebut.


 



Baru-baru ni,Eirna dapat info yang Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama SME Corporation Malaysia@SME Corp. akan menganjurkan satu event tahunan iaitu Ekspo Halal Malaysia 2019 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 10 pagi pada 24 hingga 26 Januari 2019.

MASUK ADALAH PERCUMA


Buat pengetahuan korang ,satu Majlis Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 telah diadakan pada 08 Januari 2019 dan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof selaku Menteri Pembangunan Usahawan bagi tujuan promosi dan hebahan kepada masyarakat mengenai penganjuran Ekspo Halal Malaysia 2019
( MHE 2019 ) yang akan datang ni.


RAKAN STRATEGI & JEMPUTAN

Rakan strategi yang terlibat ialah JAKIM,Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM). Manakala barisan Jemputan terdiri daripada Menteri,Timbalan Perdana Menteri,Perwakilan Asing,Menteri Besar,Ketua Setiusaha Negara (KSN),Ketua Setiusaha,Ketua Jabatan & agensi serta sektor swasta.


OBJEKTIF PENGANJURAN MHE 2019

Selaras dengan Memorandum Kerjasama (MoC) dalam Bidang Halal antara Kerjaan Malaysia dan Kerajaan Jepun yang telah ditandatangani pada 26 November 2018

Mempromosikan produk dan perkhidmatan halal sebagai insiatif kepada pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara sempena Sukan Olimpik Jepun 2020 nanti.

MHE 2019 terbahagi kepada empat (4) komponen utama iaitu Pameran,Perkongsian Ilmu 
( Knowledge Sharing ),Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award dan Sesi Bussiness Matching.


PAMERAN

Sebanyak 320 booth pameran yang terlibat sepanjang ekspo diadakan di mana ia mempromosikan produk dan perkhidmatan halal oleh usahawan mempunyai produk dan perkhidmatan siap untuk dieksport.


ANTARA PRODUK & PERKHIDMATAN HALAL YG TERLIBAT

 
Kosmetik 
Bioteknologi
Makanan dan Minuman (F&B)
Logistik
Penjagaan Kesihatan & Farmaseutikal
Bahan Ramuan

PERKONGSIAN ILMU ( KNOWLEDGE SHARING )

Selain pameran booth, terdapat juga 3 sesi perkongsian ilmu iaitu sesi Pocket Talk,Sesi Forum dan Sesi Singgah Santai Selebriti.

Untuk maklumat lanjut mengenai aturcara  dan aktiviti sepanjang ekspo berlangsung
,korang klik di SINI


MAJLIS PENGANUGERAHAN ISLAMIC INNOVATION CHALLENGE (IIC) AWARD

Merupakan program tahunan antara SME Corp Malaysia, Agensi Inovasi Malaysia, Platcom Ventures Sdn Bhd, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Industry Development Corporation
( HDC ).

Diadakan bagi memberi penghargaan kepada PKS yang berinovasi dalam industri Halal.



SESI BUSSINESS MATCHING

Utk sesi "bussiness matching", sekurang-kurangnya 10 buah syarikat daripada negara Jepun yang akan terlibat.


Ekspo Halal Malaysia 2019 ini dijangka menarik seramai lebih kurang 10,000 orang pengunjung yang terdiri daripada komuniti perniagaan dan orang ramai.
Manakala sasaran potensi jualan produk dan perkhidmatan sebanyak RM50 juta dan sebanyak 300 sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun.

Korang tunggu apa lagi !!! Sama-sama kita sokong industri Halal negara kita ke peringkat antarabangsa.Rugi korang tak datang ekspo ni..Mana la tahu korang boleh dapat idea untuk berjinak dalan industri ni satu hari ni..Banyak info korang boleh dapat bila ke sana.




INFO LANJUT TENTANG EVENT


Laman Web

http://halal-expo.my/






Jan 22, 2019

Zucca Butik,Pilihan Terbaik Buat Si Plus Size

Bab nak pilih baju yg berfesyen ni,selalu sgt jadi masalah buat orang yang bersaiz besar@Plus Size ni..Tiap kali cuba baju atau blouse yang kita suka,mesti x ada saiz utk yg berbadan besar ni...Kesian tau...Tak semua butik ada stok baju saiz XXL ni...Kebanyakan semuanya utk yg bersaiz kecik atau Free Size sahaja..

Kebetulan Eirna ada ternampak satu online store yang menjual blouse utk plus size macam kita ni.Nama dia Zucca Butik dimana "Zucca" ni bermaksud Labu dalam bahasa Itali...Pandai owner dia pilih nama kan?


Di Zucca Butik,pelbagai blouse,jeans dan skirt yang cantik-cantik tau....Eirna dah pilih baju yg Eirna berkenan dalam koleksi Zucca Butik ni..Eirna order thru IG ja...Terus sampai ke rumah..Janji korang pilih saiz dengan betul...


Majoriti warna yg Eirna pilih mesti Pink atau Merah..Sebab warna ni yg paling sesuai dgn kulit Eirna.
Jom tengok video Eirna unboxing blouse yang Eirna order dari Zucca Butik ni..


Details tentang blouse yang Eirna order di Zucca Butik.

1. V217 ( BL6693 )

...........................................

2. MQ178 ( 4667 )
...............................................

3. MQ156 ( 3991 )
..............................................

Cantik tak blouse yang Eirna pilih ni?Eirna ni x brapa pandai sangat pilih blouse ni sebab lebih selesa dengan T-Shirt dan jeans je..Sekali sekala teringin juga nak jadi "ladies" sikit...

Rugi korang tak beli di Zucca Butik ni..Harga berpatutan dan pilihan pun banyak.Sentiasa ada design blouse yang terbaru..Tunggu apa lagi...

Kalau korang berminat nak order blouse atau produk lain dari Zucca Butik ni,boleh ja korang order di laman web atau di laman sosial diaorang ni.

Laman Web Zucca Butik

Instagram 

Facebook


Jan 21, 2019

Kekal Aktif dengan Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash


Bagi seorang wanita atau anak gadis, kebersihan bahagian intim adalah perkara yang paling ditakuti atau diberi perhatian yang khusus..Mana taknya sbb bahagian tu yang paling senang dijangkiti kuman atau penyakit...Hehehehehe...Sebenarnya penjagaan bahagian intim ni sejak dari dulu lagi diamalkan oleh nenek moyang kita..Bahan yang digunakan semuanya dari alam semulajadi seperti daun sireh dan manjakani.

Kesihatan bahagian intim sebenarnya bergantung kepada nilai pH,flora bakteria yang sihat dan kandungan epiteliumg glikogen.Kawasan vagina memiliki pH yang berasid iaitu dalam lingkungan antara pH 3.5 ~ pH 4.5.
Ketidakseimbangan pH dan bakteria sihat mewujudkan pelbagai simptom seperti kegatalan,bau yang tidak menyenangkan dan masalah keputihan.




Tapi,sekarang ni produk penjagaan intim dah semakin banyak di pasaran.Tak perlu la susah-susah nak cari daun sireh ni..Janji produk pencuci feminim dipilih dengan betul.
Eirna pernah juga produk dari pelbagai jenama dan ada yang sesuai dan sebaliknya.
Antara jenama yang biasa dengar ialah Lactacyd,Betadine,Avon,Eubos dan Sumber Ayu.

Kali ni Eirna akan perkenalkan satu produk penjagaan bahagian intim daripada Cosmoderm iaitu Soothing Feminine Hygiene Wash.
 Ia merupakan pencuci yang lembut dan nyaman dengan bahan semulajadi seperti Aloe Vera,Chamomile dan Tea Tree Oil. Ianya Anti Bakteria dan Anti Kulat dimana ia sesuai untuk anak gadis hingga ke wanita semua peringkat umur.
Tapi yang ni lebih sesuai utk remaja sebab ianya lebih lembut.Eirna syorkan produk ni kepada anak dara tunggal Eirna disebabkan dia aktif sukan di sekolah dan ianya boleh membantu menyelesaikan masalah ketidakselesaan semasa datang bulan.

Yang paling bestnya produk dari Cosmoderm ni ialah ia bebas dari sebarang bahan kimia seperti Paraben,SLS dan SLES.Yang paling ianya produk HALAL dan tidak menggunakan sebarang bahan dari haiwan.




APA YANG BESTNYA DENGAN SOOTHING FEMININE HYGIENE WASH?


1. Membantu mengurangkan iritasi.
2. Membantu masalah keputihan.
3. Membantu mengekalkan pH 3.5 yang paling sesuai.
4. Memberi kesegaran sepanjang hari.

Boleh didapati dalam bentuk 375ml 
[ RM 16.90 ] dan 150ml [ RM 9.90 ].Murah kan?Korang boleh dapatkan produk ni di outlet Watson,Caring,Aeon Wellness atau farmasi terpilih.Nak lagi senang,korang order ja di laman web Cosmoderm.Terus sampai ke pintu rumah.

Laman web Cosmoderm

Untuk maklumat terkini mengenai produk dan promosi,boleh layari laman sosial Cosmoderm.


Instagram

Jan 2, 2019

Katakan YA pada Surya Chlorophyll Minuman Botani Campuran


Untuk pengetahuan korang, rakyat Malaysia mencatatkan kadar yang rendah dalam pengambilan sayur-sayuran dengan hanya 55kg seorang untuk setahun. Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),seorang individu perlu mengambil sayur-sayuran pada kadar sekurangnya 150kg/setahun.

Kita dah memang sinonim dengan alasan anak-anak yang kurang suka makan sayur ni. Termasuk anak-anak Eirna sendiri. Masa kecil,semua sayur dimakan tapi bila dah makin membesar ni,ada pula sayur yang tidak digemari oleh anak-anak. 
Eirna tetap bersyukur kerana anak-anak suka juga makan sayur terutama sayuran hijau.Kalau Eirna pula,pantang nampak sayur terutama ulam-ulaman.Menu kat rumah wajib ada menu sayuran.Tak puas makan bila tak ada sayur dalam pinggan Eirna ni.


Jadi untuk galakkan lagi anak-anak untuk terus makan sayur,Eirna pilih satu produk minuman botani dari Surya Malaysia iaitu Campuran Minuman Botani Laici dengan Klorofil. Minuman Surya Chlorophyll ni dikeluarkan dengan 2 perisa iaitu Laici dan Peach. Eirna pilih perisa Laici sebab Qayyim suka makan laici.Korang jangan terkejut pula kalau tengok warna cecair dlm botol ni..Hehehehe...Dah nama klorofil mesti la warnanya hijau pekat macam warna daun.

Ia dihasilkan daripada ekstrak daun Mulberi Putih kerana ia kaya dengan klorofil,nutrien yang stabil dan mudah diserap oleh badan.


Yang bestnya produk dari Surya ni tidak menggunakan bahan pengawet dan mendapat pengiktirafan serta mempunyai sijil HALAL ,GMP,HACCP dan Bio Nexus Certified


PENGGUNAAN YANG DISYORKAN


Kalau tambah ais,lagi sedap tau.Silap haribulan kena beli lagi sebotol.
Anak-anak suka sangat bila dapat minum bancuhan Surya Chlorophyll berperisa Laici ni.Rasa macam minum jus buah katanya.



ANTARA KHASIAT  SURYA CHLOROPHYLL
  1.  Anti-Oksidan yang tinggi di mana ia membantu meneutralkan toksin di dalam darah.
  1.  Mengandungi sumber multivitamin dan mineral yang tinggi.
  2. Membantu menjadikan kulit kita semakin cantik @glow,cerah dan bebas dari jerawat.
  3. Bagus untuk detox hati.
  4. Membantu mengawal selera makan dan masalah pencernaan.
  5. Membantu menyelesaikan masalah mulut dan badan berbau.
  6. Membantu melawan penyakit kanser.
  7. Mempercepatkan proses penyembuhan luka


BERMINAT TAPI TAK TAHU NAK BELI DI MANA

Boleh didapati di seluruh outlet WATSON atau farmasi yang terpilih.Kalau korang malas nak keluar cari di farmasi,boleh je order secara online di https://www.mynaturaloption.com/
 Harga pun tak mahal tau...Tak sampai RM50 pun.


INFO LANJUT MENGENAI SURYA CHLOROPHYLL

Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/