Jan 21, 2019

Kekal Aktif dengan Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash


Bagi seorang wanita atau anak gadis, kebersihan bahagian intim adalah perkara yang paling ditakuti atau diberi perhatian yang khusus..Mana taknya sbb bahagian tu yang paling senang dijangkiti kuman atau penyakit...Hehehehehe...Sebenarnya penjagaan bahagian intim ni sejak dari dulu lagi diamalkan oleh nenek moyang kita..Bahan yang digunakan semuanya dari alam semulajadi seperti daun sireh dan manjakani.

Kesihatan bahagian intim sebenarnya bergantung kepada nilai pH,flora bakteria yang sihat dan kandungan epiteliumg glikogen.Kawasan vagina memiliki pH yang berasid iaitu dalam lingkungan antara pH 3.5 ~ pH 4.5.
Ketidakseimbangan pH dan bakteria sihat mewujudkan pelbagai simptom seperti kegatalan,bau yang tidak menyenangkan dan masalah keputihan.




Tapi,sekarang ni produk penjagaan intim dah semakin banyak di pasaran.Tak perlu la susah-susah nak cari daun sireh ni..Janji produk pencuci feminim dipilih dengan betul.
Eirna pernah juga produk dari pelbagai jenama dan ada yang sesuai dan sebaliknya.
Antara jenama yang biasa dengar ialah Lactacyd,Betadine,Avon,Eubos dan Sumber Ayu.

Kali ni Eirna akan perkenalkan satu produk penjagaan bahagian intim daripada Cosmoderm iaitu Soothing Feminine Hygiene Wash.
 Ia merupakan pencuci yang lembut dan nyaman dengan bahan semulajadi seperti Aloe Vera,Chamomile dan Tea Tree Oil. Ianya Anti Bakteria dan Anti Kulat dimana ia sesuai untuk anak gadis hingga ke wanita semua peringkat umur.
Tapi yang ni lebih sesuai utk remaja sebab ianya lebih lembut.Eirna syorkan produk ni kepada anak dara tunggal Eirna disebabkan dia aktif sukan di sekolah dan ianya boleh membantu menyelesaikan masalah ketidakselesaan semasa datang bulan.

Yang paling bestnya produk dari Cosmoderm ni ialah ia bebas dari sebarang bahan kimia seperti Paraben,SLS dan SLES.Yang paling ianya produk HALAL dan tidak menggunakan sebarang bahan dari haiwan.




APA YANG BESTNYA DENGAN SOOTHING FEMININE HYGIENE WASH?


1. Membantu mengurangkan iritasi.
2. Membantu masalah keputihan.
3. Membantu mengekalkan pH 3.5 yang paling sesuai.
4. Memberi kesegaran sepanjang hari.

Boleh didapati dalam bentuk 375ml 
[ RM 16.90 ] dan 150ml [ RM 9.90 ].Murah kan?Korang boleh dapatkan produk ni di outlet Watson,Caring,Aeon Wellness atau farmasi terpilih.Nak lagi senang,korang order ja di laman web Cosmoderm.Terus sampai ke pintu rumah.

Laman web Cosmoderm

Untuk maklumat terkini mengenai produk dan promosi,boleh layari laman sosial Cosmoderm.


Instagram

1 comment:

  1. Kak Nina pun guna Cosmoderm Manjakani untuk penjagaan Miss V.
    Untuk anak sulung kak Nina yang dah remaja tuu dia pakai Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash.
    Suka Cosmoderm sebab Harga berpatutan dan produk berkualiti

    ReplyDelete

Thanks a lot for your comment..