About Me

Pakej Murah Seoul 2017

Our Location

728 x 90

Follow us on instagram

Jun 26, 2014

Bola Rasmi Piala Dunia 2014, Brazuca





Adidas Brazuca,bola rasmi Piala Dunia 2014


Bola rasmi Piala Dunia 2014, atau lebih dikenali sebagi ‘Brazuca’, adalah lebih stabil berbanding bola rasmi yang digunakan pada Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan.

The Washington Post melaporkan bahawa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) melakukan satu kajian dan berpendapat bahawa bola berkenaan dapat terbang dengan lebih stabil berbanding dengan bola ‘Jabulani’ yang digunakan pada tahun 2010 yang lebih cenderung untuk ke arah lain selepas disepak ke udara.

Ini membuatkan ramai penjaga gol tidak berpuas hati kerena mereka harus bekerja lebih keras berbanding pihak penyerang.

Menurut kajian NASA, sebuah bola biasanya mempunyai kelajuan spin 48.2 km/h. Bola 'Jabulani' mempunyai kelajuan spin 80.5 km/h dan pihak Adidas terus diminta untuk mewujudkan bola baharu untuk digunakan untuk Piala Dunia tahun ini.

Jahitan yang kemas pada bola 'Brazuca' akan memberikan kestabilan dan kelajuan spin dapat dikurangkan.

Bola berkenaan juga mempunyai enam panel, iaitu kurang dua daripada 'Jabulani'. Bola biasa mempunyai 32 panel. Ia direka dalam bentuk shiruken iaitu senjata ninja.

'Brazuca' telah diuji oleh 600 pemain dari 10 negara. Ia juga dibuat di Pakistan setelah pihak China tidak dapat memenuhi permintaan Adidas.

Ia juga diberikan secara percuma kepada semua bayi di Brazil yang lahir pada 3 Disember 2013, iaitu tarikh pelancaran bola  'Brazuca'.

Ia juga bola berwarna-warni pertama yang digunakan dalam Kejohanan Piala Dunia.


Sumber dari Astro Wani

Segmen I love Nuffnang By Dunis sebenar Shida

Assalam..Hai all bloggers


Saya mula join daftar Nuffnang pd bulan Oktober 2012..Saya tahu pasal Nuffnang dari rakan-rakan blogger..Hari2 saya research pasal Nuffnang cara nak tingkatkan CPUV dan CPC..Pada awal bulan June yang lepas,saya nk update ad di Nuffnang..Tiba2 saya ternampak CPC saya mula mengeluarkan hasil...Walaupun hanya sedikit,saya rasa gembira sgt usaha saya berjaya...Tak sia2 apa yg saya buat selama ni...

2014 Blog Giveway # 1


http://azlina-lin.blogspot.jp/2014/05/2014-blog-giveaway-1.html
 Klik banner untuk join


 Hai bloggers.....Hari ni Irna nak promote pulak GA dari Lin Handmade Greetings Card ( LHGC ) ..Salah satu bloggers yang minat handmade craft...Irna pernah follow blog dia dulu....Minat sangat tgk hasil handmade card dia buat....Kali ni dia bt GA pulak...Cuba nasib kat sini pulak...Boleh dapat craft kits di atas....