Ari ni dpt email dari MPH Online mengenai promosi baru.Belek2 terjumpa buku di atas.Baca review dlm MPH utk cari tuan empunya buku.Blognya ialah www.azlitamasammanis.com/ dan empunya blog memang cantik...Blognya pun seronok dilihat.Sempat jugak aku menyalin beberapa resepi miliknya utk dicuba di rumah.Nak kena cari jgk buku resepi ni utk kegunaan masa depan.
Suzi bingung dengan sikap anak keduanya, Ismail yang
menunjukkan tingkah laku yang aneh. Dia kerap kali marah-marah dan suka
menjerit dengan suara yang kuat. Malah pada usia tiga tahun setengah dia
masih tidak memahami apa yang dikatakan dan tidak mengendahkan apabila
dipanggil. Padahal dia dilahirkan normal cuma apabila dia mula membesar,
dia tidak suka dibelai dan dimanjakan. Apa masalah sebenar si kecil
ini? Ikuti pandangan Dr.Mastura Badzis, Pensyarah di Institut
Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa.
Apakah Autisme?
Adakah anak anda mempunyai simptom yang sama dengan anak Suzi? Jika ya,
anak anda mungkin berisiko menghadapi masalah autisme. Mungkin ramai
ibu bapa yang kurang arif tentang masalah ini.
“Autisme ialah gangguan psikitrik atau gangguan perkembangan yang
mengakibatkan masalah dalam komunikasi sama ada perkembangan bahasa yang
lambat atau tidak berkembang. Keadaan ini berkisar mengenai masalah
mengaitkan perkataan dengan penuh makna, interaksi sosial dan kesukaran
untuk memahami persekitaran. Pengesanan awal mampu menyelamatkan keadaan
dan kanak-kanak ini boleh dilatih sekurang-kurangnya untuk menguruskan
diri sendiri,” kata Dr Mastura Badzis.
Biasanya, petanda kesihatan anak yang menunjukkan simptom gangguan sama
ada secara mental dan fizikal tidak disedari. Misalnya masalah autisme
yang boleh dikesan pada peringkat umur 12 bulan hingga tiga tahun namun
disebabkan kurang peka, masalah ini gagal dikesan pada peringkat awal
dan menyebabkan anak terus terperangkap dengan dunianya dan sukar untuk
menjalani kehidupan apabila membesar kelak.
Menurut Dr Mastura, terdapat beberapa kategori autisme iaitu autisme
Autistic disorder atau “Klasik” Autisme”, “Sindrom Asperger” atau turut
dikenali sebagai “Atypical Autisme” dan Pervasive Developmental Disorder.
Peka Akan Simptomnya
Kanak-kanak yang mengalami autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang
sama seperti kanak-kanak normal lain. Hal ini menyukarkan masalah ini
sukar dikenal pasti kecuali ibu bapa peka akannya simptom-simptom yang
ditunjukkan secara konsisten oleh mereka.
Antara simptom-simptom autisme ialah:
- Tidak menunjukkan eye contact
- Tidak bertindak balas terhadap senyuman
- Tantrum yang keterlaluan tanpa sebab sehingga mencederakan diri seperti menghantukkan kepada ke dinding.
- Tidak menunjukkan minat untuk berkawan dan bermain dengan kanak-kanak lain, malah selesa bermain sendirian.
- Sering menyebut sesuatu perkataan secara berulang-ulang atau mengeluarkan suara ‘robotik’ atau disebut sebagai echolalia. Mereka juga sering mengulang-ulang apa yang diperkatakan dan kerap melentikkan badan apabila dipeluk.
- Terlalu sensitif, mempunyai minat yang pelik kepada sesuatu seperti cahaya, bunyi atau pergerakan.
- Gemar mengibarkan tangan dan memusing-musingkan badan setempat. Malah pada kanak-kanak 18 bulan ke atas, mereka cenderung untuk menggunakan isyarat berbanding perkataan.
- Sukar untuk mengubah rutin yang mana jika diubah akan mengakibatkan tantrum.
- Mereka juga sering kali menunjukkan obsesi kepada sesuatu perkara seperti permainan tertentu sahaja.
Apabila ditanya apakah penyakit ini boleh diwarisi secara genetik atau
keturunan, Dr Mastura berkata “Penyakit ini diwarisi secara keturunan
atau genetik tanpa sebab yang diketahui. Hal ini kerana autisme
disebabkan oleh keganjilan pada faktor biologi dan neurologi pada otak
mereka. Keadaan tidak normal ini juga boleh disebabkan olah pendedahan
kepada persekitaran yang tercemar atau berat semasa lahir yang rendah
atau kelahiran pramatang”.
Anakku autisme, apa perlu dilakukan?
“Ibu bapa hanya boleh mengesan tanda-tanda awal melalui senarai semak
perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak boleh sewenang-wenangnya
mengatakan si manja autistik. Jangan lekas melabelkan si manja mengalami
autisme dengan hanya kerana dia menunjukkan beberapa signal autistik.
Bawalah si manja mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran untuk
memeriksa pendengarannya kerana khuatir mereka pekak. Setelah dikenal
pasti tidak pekak, maka bawalah pula berjumpa pakar psikologi klinikal
atau pakar psikiatri untuk membuat ujian dan pemantauan sama ada si
manja benar-benar menghidap autisme sebelum diberikan rawatan
sewajarnya,” ujar Dr Mastura.
Rawatan terapi untuk kanak-kanak autisme hanya boleh dijalankan oleh pakar sahaja. Antara rawatan tersebut ialah Applied Behaviour Analysis yang dilakukan secara bermain atau play theraphy.
Mendekati kanak-kanak Autistik
Kanak-kanak autistik memerlukan penjagaan secara perseorangan atau one-to-one care.
Hal ini perlu dilakukan dengan berterusan dan memerlukan tahap
kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan kewujudan orang
lain. Elakkan merenung atau menyentuh si kecil autistik kerana kelakuan
ini akan menyebabkan mereka stres. bagi mengasuh dan membimbing,
banyakkan menggunakan alat bantuan seperti gambar supaya mereka mudah
menterjemahkan. Anda juga boleh memberikan kemahiran sosial melalui
teknik berkumpulan, bercerita dan sebagainya.
Gejala autisme boleh diredakan dengan menyediakan persekitaran yang
selamat, struktur jadual rutin yang tetap dan suasana yang tenang.
Mereka juga perlu diberi peluang untuk merasa apa juga yang ada di
persekitaran mereka bertujuan untuk merangsang. Penyakit yang dikenal
pasti tidak mempunyai penawar ini akan berkekalan sehingga dewasa. Oleh
sebab itu, kepekaan ibu bapa dan pengesanan awal amat diperlukan.
Anak-anak autisme boleh diberikan latihan menguruskan diri sendiri
adalah langkah yang boleh diambil sebagai persediaan menempuh
kedewasaan.
Ibu bapa yang memiliki anak autisme bolehlah mendaftarkan anak ke persatuan atau group support
untuk mendapatkan sokongan, bertukar pendapat dan mengatasi ketegangan
yang dialami. Menghantar anak ke kelas yang menawarkan pendidikan khas
untuk pesakit autisme boleh membantu mereka mengatasi masalah komunikasi
dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai agar
mereka mampu menguasai kemahiran untuk hidup apabila dewasa kelak.
INFO:
Seramai 10 peratus penghidap autisme dikenal pasti memiliki idiot savant
di mana mereka mempunyai kemahiran istimewa di dalam bidang matematik
atau komputer, berupaya mengingati fakta, kebolehan dalam bidang muzik
dan kesenian.
(Sumber: Majalah Pa&Ma Januari 2013)