Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Mar 27, 2017

Ajar Anak-anak Naik Pengangkutan Awam pula....


Disebabkan cuti sekolah dah nak habis,terpaksa la Eirna hantar balik anak dara yg sorang ni balik kampung.Selalunya kami naik kereta tapi kali ni naik pengangkutan awam pula iaitu Komuter.Sebenarnya trip kali ni cuma kami berempat ja yang balik.Mr E outstatio...Kena pergi Tangkak,Johor.Ada Cuprix....

Almaklumlah sekarang ni dah ada komuter macam kat KL.Senang la sikit berbanding naik bas.Kena plak 2x kali naik.Payah sikit nak bawak anak-anak.Naik komuter senang sebab tak ada traffic jam.Sampai on time...Betul tak?

Saja ja Eirna pilih komuter utk transport kami nak balik Perlis.Eirna nak ajar anak-anak betapa susahnya orang yg x mampu beli kereta akibat kepayahan hidup.Eirna dulu masa kecil pun bukan orang senang.Dah biasa naik bas atau train.Jadi apa salahnya Eirna pula ajar anak-anak berdikari atau rasa susah tunggu bas tengah panas.

Alhamdulilah,anak-anak suka dan enjoy dgn trip kali ni.Best diaorang kata...
Siap kata nak naik lagi lepas ni.


Feb 15, 2017

Langkawi International Maritime And Aerospace Exhibition@ LIMA'17

Siapa pernah pergi ke Langkawi untuk tengok LIMA ?? Angkat tangan
Hah ? Tak tahu apa tu LIMA ?
 Ala...LIMA tu sebenarnya ialah Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi...
Memang ia selalu diadakan di Langkawi ,Kedah.Ini kira nama panjang utk LIMA la..Hehehehe..
Pameran LIMA adalah pameran terbesar di Rantau Asia Pasifik.

Buat pengetahuan korang,LIMA mula diperkenalkan pada tahun 1991 dimana cuma 100 syarikat menyertai pameran tersebut. 
  Kali terakhir ia diadakan ialah pada tahun 2015 dan kini akan mula beraksi pada 21 hingga 25 Mac tahun ini. 
Target penyertaan utk tahun ni ialah 550 syarikat dari 38 negara dan 40,000 pengunjung.

Bagi korang yang minat dengan maritim atau aero angkasa,jangan lupa ambil kesempatan ke pameran ni.
Banyak ilmu yang korang boleh dapat.Boleh tengok kapal besar,kapal selam,jet dan sebagainya.



Kebetulan tahun ini jatuh pada musim cuti sekolah.Confirm mesti ramai orang berada di sana.Bawa keluarga bercuti sambil tengok pameran.

Pendaftaran untuk pass secara talian pun dah dibuka sehingga 20 Februari ni.Pra pendaftaran di mana korang booking dulu dan pass akan korang collect di kaunter. Kan senang x payah la nak berebut dgn orang yang beli secara " walk in ".



Ni penaja yang terlibat untuk menjayakan pameran LIMA'17

Penaja Utama




Pass masuk untuk LIMA'17 ialah RM100/seorang di mana korang boleh pergi masuk keseluruhan pameran.Best kan?
Kalau korang nak dapatkan diskaun untuk pass LIMA'17 ni,korang boleh cari kupon diskaun di majalah rasmi LIMA atau dapatkan pass percuma dengan join contest di laman FB atau twitter LIMA'17
 Mana la tahu rezeki korang dapat pass percuma..

http://www.limaexhibition.com/visitors-trade-overview.php

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai pameran LIMA'17 ni,boleh cari di website dan lama sosial LIMA'17 yang kat bawah ni.

Website :  limaexhibiton.com

Facebook : https://www.facebook.com/lima.langkawi/

Instagram : lima_exhibition

Twitter : LimaExhibiton

Emel :   registration@limaexhibition.com

..................................................................................................................................................................

Ni info yang Eirna baru dapat dari FB LIMA'17 tadi.

MAKLUMAT UMUM LIMA’17

A) SEGMEN AEROANGKASA – DEWAN MAHSURI (MIEC)
21 - 23 Mac 2017 l Selasa – Khamis
Dibuka kepada delegasi dan pelawat perdagangan
Bayaran Masuk: RM100 seorang/5 hari
Masuk percuma untuk badan beruniform (tentera & polis)
Pelawat yang tidak berpakaian formal dan pelawat berumur di bawah 18 tahun tidak dibenarkan masuk semasa hari perdagangan
Waktu: 10.00 – 5.00 petang

24 - 25 Mac 2017 l Jumaat – Sabtu
Dibuka kepada pelawat awam
Bayaran Masuk: RM10 seorang/sehari
Masuk Percuma untuk pelawat berumur di bawah 18 tahun, warga emas dan OKU.
Waktu Pameran Statik Aeroangkasa: 9.00 – 4.00 petang
Waktu Dewan Mahsuri: 10.00 – 5.00 petang

B) SEGMEN MARITIM - RESORTS WORLD LANGKAWI
21 - 23 Mac 2017 l Selasa – Khamis
Dewan Pameran Maritim dibuka kepada pelawat perdagangan
Bayaran Masuk: RM100 seorang/5 hari
Masuk percuma untuk badan beruniform (tentera & polis)
Waktu Masuk Dewan Maritim: 10.00 – 5.30 petang
Waktu Pameran Statik Maritim & Kapal: 8.00 – 6.30 petang

24 - 25 Mac 2017 l Jumaat – Sabtu
Dewan Pameran Maritim dibuka kepada pelawat awam
Bayaran Masuk: RM10 seorang/sehari
Masuk Percuma untuk pelawat berumur di bawah 18 tahun, warga emas dan OKU.

22 – 25 Mac 2017 l Rabu – Sabtu
Dewan Pameran TLDM, Pameran Statik Maritim & Kapal Perang dibuka kepada pelawat awam.
Masuk Percuma

JADUAL PERTUNJUKAN HARIAN
21 - 23 Mac 2017 l Selasa – Khamis
0800 – 1830 Ships Display
1200 – 1430 Aerial Display
1530 – 1615 Maritime VIP Demo (hari pertama sahaja)
1700 - 1830 Fleet Review (hari ketiga sahaja)

Nota: Satu (1) sesi pertunjukan pada hari pelawat perdagangan

24 - 25 Mac 2017 l Jumaat – Sabtu
0800 – 1830 Ships Display
0900 – 1600 Aircraft Static
1000 – 1200 Aerial Display (I)
1430 – 1630 Aerial Display (II)
1000 – 1200 Boat Demo
1630 – 1730 Maritime Demo

Nota: Dua (2) sesi pertunjukan pada hari pelawat awam

TIKET PAMERAN
1. Tiket masuk boleh dibeli di setiap pintu masuk pameran segmen aeroangkasa (Dewan Mahsuri (MIEC) & segmen maritim (Resorts World Langkawi) mulai 21 Mac 2017.
2. Tiket juga boleh ditempah awal melalui pendaftaran secara online di laman web LIMA. Cetak email pengesahan tempahan dan bawa semasa mendaftar di kaunter.
3. Caj bayaran tiket bergantung kepada tarikh masuk ke tempat pameran.


Maklumat lanjut:
layari laman web www.limaexhibition.com
atau hubungi 03 2011 7233 (waktu pejabat)

Dec 13, 2016

Banyaknya reader goggle pasal The Kabin ni !!!

 ** Sumber : The Kabin

Sejak akhir-akhir ni,Eirna perhati dalam blog yang entry pasal The Kabin paling popular diterjah..Almaklumlah cuti sekolah panjang ni...Cari port travel dan bercuti bersama keluarga tersayang.Tak sangka pula ramai readers yang berminat bercuti di The Kabin.......

Sampai ada yang komen untuk booking di The Kabin.....Alamak!!!!! 
Nak jawap apa yerk?



Ni entry asal yang Eirna pernah post sebelum ni.......The Kabin,Kuala Selangor.
Eirna up enrty pasal The Kabin ni sebab suka keunikan rekabentuk kontena yang diubah kepada bilik hotel.
Bukan apa..Eirna menyokong usaha anak muda Melayu yang berani mencuba dalam industri ini...
Dengar cerita yang The Kabin dah upgrade lagi bilik kontena dan dewan.Semakin maju bisnes korang ya....Memang terbaik....

 
 

Ni  senarai harga untuk bilik di The Kabin

 
Sesiapa yang berminat nak booking di The Kabin,sila layari online booking ni ya..... 

@
  
Selamat bercuti korang.....



May 25, 2015

Pesta Bunga Pulau Pinang 2015





Jan 6, 2015

Layan ATV pula.....


Cuti minggu lepas,Mr E bawa jalan-jalan ronda kat Kota Kuala Muda.Nak cuba naik ATV ni katanya..Irna tak naik pun sebab demam.Tengok ja la Mr E bawa 2Q naik ronda kat trek yang disediakan.

 





Dec 18, 2014

On Vacation....



Dec 12, 2014

Cuti.My 12.12 Online Fever


 

Percutian atas kapal cruise?Bestnya....Selalunya kalau bercuti atas kapal ni kosnya mahal..Nak pakej yang murah?
 
Jom kita jenguk promosi dari Cuti.My sempena tarikh 12.12 iaitu hari ini.Banyak diskaun untuk tempahan hotel yang ditawarkan


It's The 12.12 Online Fever 

Booking Period : 12 December 2014
Travel Period : From now until 31 December 2014

Klik link di bawah untuk tempahan


Website :  http://www.cuti.my/

Dec 2, 2014

Resepi : Spaghetti Sosej Bersos Tomato dan Ayam Cincang


Menu utk dinner 2 hari lepas..Khas utk 3Q dan Mr E..Maknya tengok ja dulu..Nak dengar respomn dari tukang rasa ni...

Sumber inspirasi menu ni dalam FB..Hehehe..Sesuai untuk anak-anak dan picky eater.Macam Qayyum


Step 1 : Sediakan bahan-bahannya..
1. Sosej(Brand apa pun x pa.Irna guna Ayamas )
2. Tomato Puree
3. Ayam Kisar (Irna beli jenama Tesco ja)
4. Spaghetti (Jenama Tesco)


Step 2 :Potong sosej kepada 4 bahagian..Senang sikit anak nak makan..


Step 3 : Ambil spaghetti dan cucukkan pada sosej yang dipotong tadi.Anggaran dalam 4 batang spaghetti utk satu potong sosej. Buat sehingga habis..
 Ni la hasilnya....

Step 4 : Rebus sosej tadi kedalam periuk berisi air dan sedikit minyak.Masak ikut selera masing2..

Step 5 : Buat kuah utk spaghetti macam biasa.Irna guna daging ayam kisar.Boleh juga guna daging kisar.Ikut selera masing-masing la..

Step 6 : Hidangkan spaghetti bersama kuahnya..

Dah siap untuk dimakan...


Aksi-aksi 3Q semasa makan menu ni...


Dec 1, 2014

Kelas Asas Masakan Khas Suami & Isteri Dari Kelas Masakan,Penang



Utk sesiapa yang tinggal di Utara..

Dibuka khas buat anda yang sudah berumahtangga dan ingin mempelajari asas dan teknik masakan bagi menambat hati suami.

Anda akan diajar memasak 5 jenis lauk pauk berasaskan daging,ayam,ikan dan sayuran dari tenaga pengajar yang berpengalaman.

 Maklumat kelas :

Tarikh : 6 Dis 2014, Sabtu
Masa : 9 pagi - 2 tgh hari
Tempat : Dato Kailan, Kepala Batas
 
MAKAN TENGAH HARI DISEDIAKAN

Deposit Rm50 -Untuk setiap peserta.

Jika berminat dan ingin mendaftar,sila pm nama dan no.tel di link di bawah
https://m.facebook.com/messages/thread/1513982855505797
atau sms/whatsapp NAMA ke 012-4416680


Untuk join kelas masakan yang lain,sila layari Page FB Kelas Masakan


P/S : Suami masuk secara PERCUMA!

Nov 28, 2014

World Youth Stamp Exhibition 2014

Photo: COUNTDOWN  :   4DAYS TO  MALAYSIA2014.
FIRST ARRIVAL OF GUEST :  TOMORROW. 

Malaysia terpilih untuk mengadakan satu event khas buat pengumpul setem remaja dalam dan luar negara 

iaitu 

World Youth Stamp Exhibition pada 1-6 Disember di KLCC Conventaion Centre
 Masuk adalah percuma.

Event ini dianjurkan oleh MCMC,POS Malaysia dan PSM.
Event tersebut menampilkan lebih kurang 1 juta setem dari 30 negara.Terdapat juga aktiviti-aktiviti menarik disediakan sepanjang event tersebut.

Akitiviti-aktiviti Menarik ialah :
  • Persembahan artis
  • Booth SetemKu
  • Lukisan Doodle
  •  Pertandingan Setem Illustri Manga
  • Koleksi Setem
  • KLwyse Mechandise


Nov 21, 2014

Festival EH EH Busfest 2014 di Putrajaya...

 
Jom ramai-ramai kita ke Festival EH EH Busfest 2014 di Putrajaya.
Festival ini dianjurkan buat kali pertama oleh Pengangkutan Awam Putrajaya Sdn Bhd@Nadi Putra dengan kerjasama EH EH Bazaar,Perbadanan Putrajaya dan DPMM.

EH EH Busfest 2014 ini adalah salah satu aktiviti kempen untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam terhadap penggunaan pengangkutan awam iaitu bas. Selain itu,festival ini diadakan untuk mempromosikan Stesen Putrajaya Sentral sebagai hub pengangkutan awam di Putrajaya,Sepang,Dengkil dan Cyberjaya.


Tarikh : 5 - 7 Disember 2014
 Waktu : 10 pagi - 10 malam
Lokasi : Sekitar Stesen Putrajaya Sentral,Presint 7,Putrajaya

Banyak aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan untuk orang awam yang berkunjung di sana.Booth jualan juga ada disediakan..

Nak tahu lebih lanjut mengenai festival EH EH Busfest 2014 ini,sila klik di bawah..



Nov 19, 2014

Fiesta Muslimah Berita Harian 2014

Photo: Kepada semua pembaca BH, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Fiesta Muslimah BH 2014. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Kepada 1,000 pengunjung awal akan mendapat 20% diskaun barangan dan tidak ketinggalan 10 cabutan bertuah baucar tunai. 

Fiesta Muslimah Berita Harian 2014 adalah acara pertama yang dianjurkan oleh  Berita Harian dengan kerjasama daripada Maxis,Sunsilk dan Zalora.Konsep muslimah yang dipilih sejajar dengan gelombang industri fesyen berkonsepkan Muslimah di negara ini.

Banyak aktiviti yang disediakan sepanjang fiesta ini diadakan seperti pertunjukan fesyen busana muslimah,bual bicara bersama usahawan muda wanita berjaya,tutorial pemakaian tudung,persembahan dari artis tempatan,booth jualan dan sebagainya.

Bagi 1000 pengunjung awal yang datang ke fiesta ini akan mendapat diskaun 20% diskaun barangan yang dijual di situ..Cabutan bertuah juga disediakan iaitu baucer tunai Zalora..

Kalau nak tahu apa lagi aktiviti yang menarik di sana,jom ramai-ramai kita ke sana pada
23 November 2014 bertempat di Zebra Square KL dari 10 pagi - 7 malam.


Nov 12, 2014

Barangan Travel Yang Perlu Utk Percutian Anda Ada Di GroupMe



Sekarang ni dah dekat musim cuti sekolah.Mesti banyak diantara kita yang dah merancang percutian bersama keluarga tidak kira di dalam dan luar negara.

Kalau bercuti,mesti la bawa pakaian,barangan peribadi dan sewaktu dengannya kan?
Jadi Irna akan bagi contoh barangan yang korang perlu untuk isi barangan korang tu..Semua ni korang boleh beli di website GroupMe.


1. Travel Document Pouch 
* Kegunaan : Untuk simpan dokumen penting macam passport,tiket kapalterbang,IC,Kad Kredit dan sebagainya.Senang simpan dalam satu beg.

 

2.  Travel Toiletries Pouch
* Kegunaan :Untuk simpan semua barang peribadi seperti berus gigi,syampu rambut dan badan,losyen dan sebagainya.
 
Combo Set : RM 36 termasuk pos [Semenanjung]
: RM 39 termasuk pos [Sabah/Sarawak]

Klik link di bawah.
http://www.groupme.my/Product/Traveller-Combo-Document-Pouch--Toiletries-Pouch-Pay-only-RM30-instead-of-RM90/16885


3.  Foldable Shopping Bag
*Kegunaan: Simpan pakaian,shopping cenderamata di tempat percutian.




Harga : RM 22.90 termasuk pos [Semenanjung]
: RM 25.90 termasuk pos [Sabah/Sarawak]


4. Traveling and Hiking Expandable Sports Pouch
*Kegunaan: Sesuai untuk korang yang nak buat aktiviti lasak semasa bercuti.Mudah untuk simpan handphone,kunci dan dompet.


Harga : RM 24.00 termasuk pos [Semenanjung]
: RM 27.00 termasuk pos [Sabah/Sarawak]

http://www.groupme.my/Product/Travelling-and-Hiking-Expandable-Sports-Pouch-Available-in-2-Different-Types-Pay-only-RM18-instead-of-RM59/17212
 
 
5.  Unisex Vintage 3 in 1 Bag
*Kegunaan: Boleh guna sebagai slingbag,handbag dan backpack.

 
Harga : RM 40.00 termasuk pos [Semenanjung]
: RM 42.00 termasuk pos [Sabah/Sarawak]

http://www.groupme.my/Product/Unisex-Vintage-3-in-1-Bag-Available-in-4-Different-Colors-Pay-only-RM33-instead-of-RM98/17268

 5. Powerbank
*Kegunaan: Untuk cas bateri handphone dan kamera korang..Ni wajib ada.


Mini 5600 Powerbank

Harga : RM 35.90 termasuk pos [Semenanjung]
: RM 38.90 termasuk pos [Sabah/Sarawak]

http://www.groupme.my/Product/Mini-5600-Powerbank-Suitable-for-Travellers-Ultra-Slim-Lightweight-Available-in-6-Different-Colors-Pay-only-RM2990-instead-of-RM99/17405


PN901 Pineng 2500MAH Powerbank

Harga : RM 36.00 / Pos Percuma
: RM 51.00 termasuk pos [Sabah/Sarawak]

http://www.groupme.my/Product/PN901-PINENG-2500mAH-Power-Bank-Available-in-Pink-and-Silver-Colors-Pay-only-RM36-instead-of-RM120-Free-Delivery-within-Peninsular-Malaysia/17968


Nak tahu lagi produk apa yang terdapat di GroupMe,klik link website di bawah..

http://www.groupme.my/Deals

Oct 23, 2014

Malaysian Cuprix di Stadium Kangar,Perlis


 Hari Sabtu lepas,Irna dan family balik kampung..Nak tengok 1Q kami yang sekolah di sana..Kebetulan time tu ada Malaysian Cuprix di Stadium Kangar. 3Q kami ni memang suka tengok event ni...Macam mak ngan abah diaorang la...Hehehehe..Janji 3Q enjoy...

Jom layan pic masa event tu.... 

Booth Yamaha

Oct 15, 2014

Jom Bercuti Ke Kuching,Sarawak dengan pakej dari Pens Travel


Klik SINI untuk maklumat lanjut mengenai pakej di atas..

Tggu apa lagi..Cuti sekolah kan dah dekat ni..Bawalah keluarga korang bercuti di Malaysia...Cuti-cuti Malaysia

Sep 26, 2014

Review Hotel : Sri Sayang Resort Service Apartments,Penang


 

Sesiapa yang nk bawa family atau kawan2 bercuti di Penang dan cari hotel budget,boleh cuba hotel Sri Sayang Resort ni..Irna gerenti anda puas hati pilih apartment ni.

Sri Sayang Resort Service Apartments terletak di Batu Feringgi,Penang.Terdapat 33 tingkat bilik apartment di sini.Sri Sayang Resort  menyediakan 1,2 dan 3 bilik untuk dipilih oleh pelanggan.Setiap apartment disediakan telefon,televisyen,penghawa dingin dan kemudahan membuat kopi..Bagi yang ingin masak sendiri,jangan risau..Dapur juga disediakan.

Harga yang ditawarkan berpatutan.Kemudahan lain di Sri Sayang Resort ialah tempat parking kereta (berbayar),kolam renang,kedai serbaneka,kedai cenderamata,court tenis,kaunter pertanyaan dan security 24jam,housekeeping dan sebagainya.


 

 

Sri Sayang Resort ni dekat dengan kedai makan tempatan,stesen minyak dan Batu Feringgi Night Market.Lebih kurang 15 minit.

Benda yang yang paling suka semasa menginap di Sri Sayang Resort ni ialah permandangannya yang betul2 depan Pantai Batu Feringgi.Paling cantik waktu subuh dan senja..Boleh hilang stress  tau tgk..

Ni ja pic yang sempat ambik sebab Irna sibuk control anak dok nak panjat..Tinggi ni..

                                                                   Permandangan waktu pagi

Nak tahu detail lagi pasal Sri Sayang Resort ni..klik link di bawah ya...

 Website