Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

May 26, 2016

Food Review : Spagetthi@Makaroni Bebola Sotong dengan Sardin bersama Sos Tomato TC Boy


TC Boy ni sebenarnya produk buatan Malaysia dan dah lama menapak iaitu pada tahun 1991. Ada kisah disebalik nama TC Boy ni tau...Kasih seorang ayah kepada anaknya yang membawa tuah kepadanya...

TC Boy ni terkenal sebagai produk makanan dalam tin di seluruh ASEAN. Wah...dah lama rupanya jenama ni kan...

Pelbagai jenis makanan yang dihasilkan oleh TC Boy iaitu sardin,tuna,kacang panggang,kelapa laut dan sebagainya.



Kali ni Eirna nak buat review dengan menggunakan produk dari TC Boy.

 Ni la produk yang Eirna dapat dari TC Boy.....Terkejut juga dapat macam-macam jenis tuna...
Boleh buat menu baru untuk anak-anak...


 Ni salah satu resepi yang Eirna cipta untuk sarapan untuk anak..Spagetti@Makaroni Bebola Sotong dengan Sardin bersama Sos Tomato TC Boy.

Spagetti@Makaroni Bebola Sotong dengan Sardin bersama Sos Tomato TC Boy



Sebelum nak buat kuah,kena la rebus spagetthi@makaroni dulu...Tambah sedikit minyak utk tak bagi melekat dalam periuk nanti..Dah rebus selama 15-20 minit,tapis dan letak tepi ya....

Sekarang kita buat kuah pula,

 Cara Membuat Kuah 

1. Tumis bawang putih + bawang besar menggunakan sedikit minyak..Jangan letak banyak tau..Tumis bagi naik bau..

2. Masukkan tomato puri + sardin ke dalam kuali.Kacau dan masukkan air secukupnya berpadanan dengan spagetthi yang direbus tadi...Biar masak sampai pekat dan naik bau....

3. Masukkan pula bebola sotong dan kacau bagi rata....Masak lagi dalam 5 minit...Tutup api dan boleh hidang dengan spagetthi @makaroni yang direbus tadi...

4. Siap untuk dimakan.....


* selain bebola sotong,boleh juga guna menu lain seperti daging,ayam,sosej atau ikut tekak korang la nak letak  apa....Eirna  cuma tambah benda yang ada dalam peti sejuk ja....

Dah siap.....Tada.....2Q makan sampai bertambah la....


Dec 17, 2014

Resepi : Homemade Mee Goreng Basah


Resepi Irna sendiri...

Homemade Mee Goreng Basah

Bahan 
1 paket mee basah
Cili kisar@atau cili boh (ikut suka nak letak byk mana)
5 ulas bawang putih - diketuk
Udang 
Sayur sawi
Tauge
Kicap pekat
Air
Sedikit minyak untuk menumis


Cara 

1.  Tumis bawang putih yang diketuk sehingga naik bau.Kemudian,masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan udang dan biarkan sebentar.
3. Masukkan kicap pekat +sayur sawi dan sedikit air.Tunggu sehingga sayur sawi layu.
 4.Masukkan mee basah dan kacau hingga sebati.
 5. Last sekali,masukkan tauge dan kacau..Tutup api..Boleh terus dihidang..

Seeloknya makan semasa panas..

p/s : Garam tidak digunakan kerana mee basah sudah ada rasa masin.

 


 

Dec 2, 2014

Resepi : Spaghetti Sosej Bersos Tomato dan Ayam Cincang


Menu utk dinner 2 hari lepas..Khas utk 3Q dan Mr E..Maknya tengok ja dulu..Nak dengar respomn dari tukang rasa ni...

Sumber inspirasi menu ni dalam FB..Hehehe..Sesuai untuk anak-anak dan picky eater.Macam Qayyum


Step 1 : Sediakan bahan-bahannya..
1. Sosej(Brand apa pun x pa.Irna guna Ayamas )
2. Tomato Puree
3. Ayam Kisar (Irna beli jenama Tesco ja)
4. Spaghetti (Jenama Tesco)


Step 2 :Potong sosej kepada 4 bahagian..Senang sikit anak nak makan..


Step 3 : Ambil spaghetti dan cucukkan pada sosej yang dipotong tadi.Anggaran dalam 4 batang spaghetti utk satu potong sosej. Buat sehingga habis..
 Ni la hasilnya....

Step 4 : Rebus sosej tadi kedalam periuk berisi air dan sedikit minyak.Masak ikut selera masing2..

Step 5 : Buat kuah utk spaghetti macam biasa.Irna guna daging ayam kisar.Boleh juga guna daging kisar.Ikut selera masing-masing la..

Step 6 : Hidangkan spaghetti bersama kuahnya..

Dah siap untuk dimakan...


Aksi-aksi 3Q semasa makan menu ni...