Jul 29, 2016

Ride To Hajj 2016,Ekspedisi Bermotosikal Kapcai Pertama Ke Mekah


Ride To Hajj 2016 merupakan ekspedisi bermotosikal pertama menggunakan motosikal kapcai dari Pulau Pinang ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan haji.
Ekspedisi ini mengambil masa lebih kurang 40 hari sejauh 11,500 km untuk sampai ke sana.

Ekspedisi ini adalah hasil cetusan idea bekas pelumba lagenda Cuprix iaitu Saudara Wazi Abdul Hamid selaku ketua ekspedisi.Beliau akan ditemani oleh 4 ahli yang lain iaitu Saudara Azman Baharuddin selaku penasihat ekspedisi di mana beliau menerajui Kembara Bumi Suci dan Kembara Musafir Umrah ke Mekah,Saudara Meor Azhar Meor Raflan,Saudara Othman Darus dan Saudara Napiah Mohd Noor.

Sumber dari BikesRepublic.Com

Ekspedisi ini akan berlepas ke Mekah pada 29 Julai 2016 dan akan berhenti singgah di kilang MODENAS pada 30 Julai 2016  untuk acara khas.

Ekspedisi ini telah mendapat tajaan daripada beberapa syarikat yang terkenal di Malaysia iaitu MODENAS,Pengilang aksessori motosikal GIVI dan Castrol.

MODENAS telah menaja 5 buah motosikal keluarannya iaitu GT128 Versi Harimau Malaya bagi ahli tersebut menjayakan ekspedisi tersebut.
Motosikal tersebut turut dilengkapi aksessori daripada GIVI bagi memudahkan ahli membawa kelengkapan masing-masing.

Sumber dari BikesRepublic.Com

Semoga ekspedisi tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.Nantikan sebarang perkembangan ekspedisi ini di laman Facebook,Twitter dan Instagram.







Jul 22, 2016

Guardian Walkathon 2016


Jom berjalan 10,000 tapak sehari untuk cara hidup yang sihat.

Guardian bakal menganjurkan Walkathon 2016 pada bulan September ini.
Selain itu,Guardian juga menganjurkan karnival, persembahan maskot dan pertandingan kostum bertemakan Malaysia sempena Hari Malaysia.


Tunggu apa lagi? Jom sertai beramai-rama bersama keluarga.

Tempat : Wetland Park, Putrajaya
Tarikh : 16 September 2016 ( 7pagi )
Kategori :  3km Fun Walk
                     5km Fun Walk 
                                              100m Corporate Mascot Dash
Tiket Penyertaan : RM25 untuk dewasa,
                                          RM15 untuk kanak-kanak 
                                         RM60 untuk berkumpulan.

Klik SINI untuk register atau SINI untuk semak peryertaan korang.




Berkenan pulak dengan HUAWEI MateBook ni....

Berkenan la Huawei MateBook ni.....Produk terbaru dari HUAWEI...Yang pertama dikeluarkan oleh HUAWEI.
Dengar cerita akan masuk ke pasaran Malaysia dalam masa terdekat ni.
Bakal dijual dengan harga RM3,700 seunit.(bukan harga sebenar). 


Huawei MateBook ni adalah gabungan antara tablet dan notebook.Kiranya 2 dalam 1 fungsinya.
Ia boleh digunakan sebagai tablet atau notebook.
Yang bestnya ia nampak elegan dan profesional. Biasa la...Eirna ni memang suka tengok benda baru ni terutama sekali bila bab gajet ni.Berhantu dibuatnya.

Nasib la mahal..Kalau tak,Eirna la orang pertama yang beli nanti.Harga pun boleh tahan juga tu..
Hampir 4K nilainya.Tak termasuk lagi aksessori tu.....


Spefikasi Huawei MateBook 
  1. Menggunakan 6th Gen Intel Core M7 Dual Core Processor dengan Windows 10.
  2. RAM : 4GB/8GB LPDDR3
  3. Storage SSD : 128GB/256GB/512GB
  4.  Saiz skrin : 12 inci 2160 x 1440 IPS TFT LCD 
  5.  Ukuran : 278.8mm x 194.1mm x 6.9mm
  6. Berat : 640g
  7. Touch Panel : Capacitive,10 - point,Support MatePen
  8. Kamera : Kamera depan 5MP,Fixed Focus
  9. Bunyi : Dual Speakers
  10. Network :  Wi-Fi: 2.4/5 GHz
  11. Connectivity:Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac MIMO, Bluetooth 4.1
  12. Sensors: Ambient light sensor, fingerprint, accelerometer, gyroscope, hall sensor
  13. MIC: Dual digital MIC
  14. Ports: 3.5mm Headset jack / 1USB 3.0 Type-C *1
  15. Battery: Typical: 33.7Wh(4430mAh@7.6V)
  16. Power adapter: 12V/9V/5V/2A USB-C power adapter; USB-C power port

 Dikeluarkan dengan 2 variasi warna iaitu Gray dan Golden



Video Product





 Kalau korang nak guna Huawei MateBook ni sebagai notebook,boleh la korang beli aksessori yang djual bersama iaitu keyboard case, MatePen dan MateDock



MatePen boleh digunakan sebagai Laser Pointer dan Presentation Clicker semasa korang guna untuk kerja atau study.
Bagi korang yang memang minat melukis,boleh la guna MatePen ni sebab ia senang digunakan dan mempunyai pelbagai fungsi bagi memudahkan korang guna nanti.




Huawei MateBook ni pun mengunakan fingerprint sensor untuk unlock screen dengan sekali sentuhan.

Nak tahu lebih lajut tentang Huawei MateBook ni,boleh la tengok di laman web HUAWEI.
Mana la tahu korang berkenan pula nanti ni....

** Eirna pun nak cari juga la....Nak pegang yang real punya...Ni baru tengok dalam website.... 

** Sumber gambar dari website Huawei

Website : Huawei



Jul 1, 2016

5 Benda Yang Eirna Boleh Buat Dengan Microsoft Wise Pad W7...



Hi readers......Hari ni nak update entry pasal gajet lagi...Nampak tak gambar kat atas ni?Gajet ni la Eirna nak ceritakan...Gajet kat atas ni ialah Microsoft Wise Pad W7. Produk dari Microsoft tu...

Eirna memang suka kalau bab gajet ni..Maklumla dulu-dulu study pasal IT....Dapat husband pun juruteknik komputer...Bertambah la ilmu bab IT ni..Eirna pun ada guna tablet juga..Brand Asus..

Kebetulan LAZADA ada buat contest pasal gajet ni...Cuba ja la nasib..Kot ada rezeki...Amin..


5 Benda Yang Eirna boleh Buat Dengan Microsoft Wise Pad W7 


1. Jadi Diari Peribadi @ PA Eirna

 http://invl.co/dqh

Eirna ni seorang ibu yang bekerja.Jadi banyak benda penting yang Eirna kena ingat.Contohnya tarikh temujanji Qayyum dengan pakar.Tiap2 bulan memang kena pergi.Tak masuk lagi hal-hal kerja di pejabat lagi....Kena ingat tarikh lesen kilang la...dan sebagainya berkenaan dengan logistik.
Nak shopping barang dapur pun Eirna akan buat list.Takut terlupa beli barang yang penting. 


2. Jadi Mini Notebook utk Urusan Kerja.


Eirna selalu sibuk dengan urusan kerja luar.Memang tak sempat la nak buat kerja kat pejabat.Notebook memang tak ada.Jadi bila ada Microsoft Wise Pad ni,boleh la Eirna guna Microsoft Office untuk settlekan kerja yang terbengkalai kat pejabat tu.


3. Layan E-book Di Mana Saja



Eirna memang suka membaca.Tak kira la kat mana saja Eirna pergi.Mesti bawa bahan bacaan untuk dibaca.Zaman sekarang dah moden.Tak payah la bawa buku atau novel.Buat berat beg ja...Sekarang boleh baca secara online di website..Best tau sebab besar sama macam buku.


4. Jadi "Tourist Guide" bila travel dengan family



Kalau bab travel dengan family,memang Eirna paling risau.Biasa la bila travel,mesti kita tak biasa dengan tempat yang kita pergi tu.Jadi Eirna lebih suka google dulu tempat tu dan simpan dalam handphone.Bila nak travel,buka ja Waze dan jalan....Tak payah buang masa nak tengok signboard kat jalan. 


5. Update Blog,Laman Sosial dan Layan Movie@Game Online


Dengan ukuran saiz 7 inci,memang sesuai untuk Eirna update blog,FB,Instagram dan Twitter dengan selesa.
Eirna juga boleh layan movie Korea dan Hindi di dalam kereta.Anak-anak pun boleh tumpang tengok movie Upin Ipin bagi mengelakkan diaorang buas dalam kereta.
Selain itu,Eirna boleh main game online kesukaan Eirna tanpa guna PC atau notebook.Mudah,ringan dan selesa.

Banyak faedahnya bila guna tablet ni.Terutama yang bergelar blogger macam Eirna ni.Boleh update di mana-mana.

http://invl.co/7yh
Tunggu apa lagi ? 
Segera dapatkan Microsoft Wise Pad W7 di Lazada Malaysia dengan harga RM599 sahaja.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Microsoft Wise Pad W7 sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.