Showing posts with label Mekah. Show all posts
Showing posts with label Mekah. Show all posts

Sep 2, 2016

Status Terkini : Ride To Hajj sudah sampai ke U.A.E


Sebelum ni Eirna ada update entry pasal Ride To Hajj ni...Tengok di sini ....http://eirna-nurasikin.blogspot.my/2016/07/ride-to-hajj-2016ekspedisi-bermotosikal.html


Eirna memang follow berita terkini dari Ride To Hajj dari mula sampai hari ni......Macam-macam dugaan yang rider Ride To Hajj ni tempuhi sepanjang perjalanan ke Mekah.



Motosikal yang digunakan adalah GT128 versi Harimau Malaya.

Diharapkan rider Ride To Hajj berjaya sampai ke destinasi.....

Nanti Eirna update perkembangan terkini mereka ya !



Jul 29, 2016

Ride To Hajj 2016,Ekspedisi Bermotosikal Kapcai Pertama Ke Mekah


Ride To Hajj 2016 merupakan ekspedisi bermotosikal pertama menggunakan motosikal kapcai dari Pulau Pinang ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan haji.
Ekspedisi ini mengambil masa lebih kurang 40 hari sejauh 11,500 km untuk sampai ke sana.

Ekspedisi ini adalah hasil cetusan idea bekas pelumba lagenda Cuprix iaitu Saudara Wazi Abdul Hamid selaku ketua ekspedisi.Beliau akan ditemani oleh 4 ahli yang lain iaitu Saudara Azman Baharuddin selaku penasihat ekspedisi di mana beliau menerajui Kembara Bumi Suci dan Kembara Musafir Umrah ke Mekah,Saudara Meor Azhar Meor Raflan,Saudara Othman Darus dan Saudara Napiah Mohd Noor.

Sumber dari BikesRepublic.Com

Ekspedisi ini akan berlepas ke Mekah pada 29 Julai 2016 dan akan berhenti singgah di kilang MODENAS pada 30 Julai 2016  untuk acara khas.

Ekspedisi ini telah mendapat tajaan daripada beberapa syarikat yang terkenal di Malaysia iaitu MODENAS,Pengilang aksessori motosikal GIVI dan Castrol.

MODENAS telah menaja 5 buah motosikal keluarannya iaitu GT128 Versi Harimau Malaya bagi ahli tersebut menjayakan ekspedisi tersebut.
Motosikal tersebut turut dilengkapi aksessori daripada GIVI bagi memudahkan ahli membawa kelengkapan masing-masing.

Sumber dari BikesRepublic.Com

Semoga ekspedisi tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya.Nantikan sebarang perkembangan ekspedisi ini di laman Facebook,Twitter dan Instagram.