Jan 23, 2019

Ekspo Halal Malaysia 2019 ( MHE 2019 )


Bab HALAL ni memang aspek yang paling penting kita jaga bagi orang yang beragama ISLAM.Bukan bab makanan sahaja yang perlu kita jaga tapi perkhidmatan,produk kecantikan dan seangkatan pun sama. Kena kaji dan selidik dahulu asal usulnya sebelum membeli.Baru kita sebagai pengguna tak berasa was-was untuk membeli produk atau perkhidmatan tersebut.


 



Baru-baru ni,Eirna dapat info yang Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama SME Corporation Malaysia@SME Corp. akan menganjurkan satu event tahunan iaitu Ekspo Halal Malaysia 2019 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 10 pagi pada 24 hingga 26 Januari 2019.

MASUK ADALAH PERCUMA


Buat pengetahuan korang ,satu Majlis Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 telah diadakan pada 08 Januari 2019 dan dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof selaku Menteri Pembangunan Usahawan bagi tujuan promosi dan hebahan kepada masyarakat mengenai penganjuran Ekspo Halal Malaysia 2019
( MHE 2019 ) yang akan datang ni.


RAKAN STRATEGI & JEMPUTAN

Rakan strategi yang terlibat ialah JAKIM,Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM). Manakala barisan Jemputan terdiri daripada Menteri,Timbalan Perdana Menteri,Perwakilan Asing,Menteri Besar,Ketua Setiusaha Negara (KSN),Ketua Setiusaha,Ketua Jabatan & agensi serta sektor swasta.


OBJEKTIF PENGANJURAN MHE 2019

Selaras dengan Memorandum Kerjasama (MoC) dalam Bidang Halal antara Kerjaan Malaysia dan Kerajaan Jepun yang telah ditandatangani pada 26 November 2018

Mempromosikan produk dan perkhidmatan halal sebagai insiatif kepada pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara sempena Sukan Olimpik Jepun 2020 nanti.

MHE 2019 terbahagi kepada empat (4) komponen utama iaitu Pameran,Perkongsian Ilmu 
( Knowledge Sharing ),Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award dan Sesi Bussiness Matching.


PAMERAN

Sebanyak 320 booth pameran yang terlibat sepanjang ekspo diadakan di mana ia mempromosikan produk dan perkhidmatan halal oleh usahawan mempunyai produk dan perkhidmatan siap untuk dieksport.


ANTARA PRODUK & PERKHIDMATAN HALAL YG TERLIBAT

 
Kosmetik 
Bioteknologi
Makanan dan Minuman (F&B)
Logistik
Penjagaan Kesihatan & Farmaseutikal
Bahan Ramuan

PERKONGSIAN ILMU ( KNOWLEDGE SHARING )

Selain pameran booth, terdapat juga 3 sesi perkongsian ilmu iaitu sesi Pocket Talk,Sesi Forum dan Sesi Singgah Santai Selebriti.

Untuk maklumat lanjut mengenai aturcara  dan aktiviti sepanjang ekspo berlangsung
,korang klik di SINI


MAJLIS PENGANUGERAHAN ISLAMIC INNOVATION CHALLENGE (IIC) AWARD

Merupakan program tahunan antara SME Corp Malaysia, Agensi Inovasi Malaysia, Platcom Ventures Sdn Bhd, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Halal Industry Development Corporation
( HDC ).

Diadakan bagi memberi penghargaan kepada PKS yang berinovasi dalam industri Halal.



SESI BUSSINESS MATCHING

Utk sesi "bussiness matching", sekurang-kurangnya 10 buah syarikat daripada negara Jepun yang akan terlibat.


Ekspo Halal Malaysia 2019 ini dijangka menarik seramai lebih kurang 10,000 orang pengunjung yang terdiri daripada komuniti perniagaan dan orang ramai.
Manakala sasaran potensi jualan produk dan perkhidmatan sebanyak RM50 juta dan sebanyak 300 sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun.

Korang tunggu apa lagi !!! Sama-sama kita sokong industri Halal negara kita ke peringkat antarabangsa.Rugi korang tak datang ekspo ni..Mana la tahu korang boleh dapat idea untuk berjinak dalan industri ni satu hari ni..Banyak info korang boleh dapat bila ke sana.




INFO LANJUT TENTANG EVENT


Laman Web

http://halal-expo.my/