Apr 26, 2017

Review : Vaseline Intensive Care Jelly


Benda penting yang wajib ada dalam beg atau handbag Eirna sekarang...Vaseline Intensive Care Jelly.
Nak tahu sebab apa? Mari Eirna ceritakan kisah di sebalik ni...
Baru-baru ni kan Eirna pernah update pic Eirna di IG yang bibir bengkak macam bibir Angeline Jolie gara-gara suhu dalam badan terlalu panas..Itu salah satu kesan sampingan yang wajib Eirna dapat bila demam panas..
Eirna jadi macam ni disebabkan kurang air serta vitamin dalam badan.Eirna ni susah sikit nak minum air kosong..Gemar minum air sejuk...


Bila jadi macam ni,kebiasaanya Eirna akan ke klinik ja tapi makan masa nak sembuh..Kadang-kadang sampai berbulan lamanya.Kalau dh jadi macam ni...terpaksa la usaha cara lain disebabkan nak makan atau minum pun dah susah....Sakitnya Allah sahaja yang tahu..Berdenyut-denyut dibuatnya terutama bila berada di bawah terik cahaya matahari.
Jadi officemate banyak yang suggest guna produk Vaseline ni...Diaorang kata bagus untuk yg kulit bermasalah ni...Cepat sembuh katanya...
Eirna pun cari la Vaseline Jelly ni di Watsons dan terus guna..Ternyata betul la apa yang orang kata tu..Memang cepat sembuh dan mujarab..Sapu waktu pagi...Petang dah hilang bengkak kat bibir.Tak sempat la nak bengkak ala Angeline Jolie tu.....Eirna pakai yang Original tau...


  • 100% jeli tulen petroleum
  • Sesuai untuk kulit kering,kulit gatal,bibir pecah dan ruam lampin.
  • Mengurangkan penampilan garis-garis halus kering.
  • Membantu melindungi luka-luka kecil dan terbakar.
  • Melindungi kulit dari sinaran matahari.
  • Melegakan ketidakselesaan kulit dan kerengsaan.
  • Melembutkan kawansan kulit yang kasar seperti siku dan lutut.
  • Melegakan kerekahan pada bibir.

Tak silap Eirna sekarang ni Vaseline ada keluarkan produk terbaru iaitu Vaseline Lip Therapy Minis dan Tins.Senang dibawa di mana sahaja.Tapi produk terbaru ni tak ada dalam pasaran Malaysia lagi.Kalau korang nak cuba,boleh cari di Instagram atau Facebook.

http://www.vaseline.us/product/category/lip-balm.html

http://www.vaseline.us/product/category/lip-balm.html

Maklumat lanjut mengenai produk Vaseline Intensive Care Jelly ni,sila layari website