Nov 19, 2014

Fiesta Muslimah Berita Harian 2014

Photo: Kepada semua pembaca BH, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Fiesta Muslimah BH 2014. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Kepada 1,000 pengunjung awal akan mendapat 20% diskaun barangan dan tidak ketinggalan 10 cabutan bertuah baucar tunai. 

Fiesta Muslimah Berita Harian 2014 adalah acara pertama yang dianjurkan oleh  Berita Harian dengan kerjasama daripada Maxis,Sunsilk dan Zalora.Konsep muslimah yang dipilih sejajar dengan gelombang industri fesyen berkonsepkan Muslimah di negara ini.

Banyak aktiviti yang disediakan sepanjang fiesta ini diadakan seperti pertunjukan fesyen busana muslimah,bual bicara bersama usahawan muda wanita berjaya,tutorial pemakaian tudung,persembahan dari artis tempatan,booth jualan dan sebagainya.

Bagi 1000 pengunjung awal yang datang ke fiesta ini akan mendapat diskaun 20% diskaun barangan yang dijual di situ..Cabutan bertuah juga disediakan iaitu baucer tunai Zalora..

Kalau nak tahu apa lagi aktiviti yang menarik di sana,jom ramai-ramai kita ke sana pada
23 November 2014 bertempat di Zebra Square KL dari 10 pagi - 7 malam.


No comments:

Post a Comment

Thanks a lot for your comment..