Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Dec 13, 2016

Banyaknya reader goggle pasal The Kabin ni !!!

 ** Sumber : The Kabin

Sejak akhir-akhir ni,Eirna perhati dalam blog yang entry pasal The Kabin paling popular diterjah..Almaklumlah cuti sekolah panjang ni...Cari port travel dan bercuti bersama keluarga tersayang.Tak sangka pula ramai readers yang berminat bercuti di The Kabin.......

Sampai ada yang komen untuk booking di The Kabin.....Alamak!!!!! 
Nak jawap apa yerk?



Ni entry asal yang Eirna pernah post sebelum ni.......The Kabin,Kuala Selangor.
Eirna up enrty pasal The Kabin ni sebab suka keunikan rekabentuk kontena yang diubah kepada bilik hotel.
Bukan apa..Eirna menyokong usaha anak muda Melayu yang berani mencuba dalam industri ini...
Dengar cerita yang The Kabin dah upgrade lagi bilik kontena dan dewan.Semakin maju bisnes korang ya....Memang terbaik....

 
 

Ni  senarai harga untuk bilik di The Kabin

 
Sesiapa yang berminat nak booking di The Kabin,sila layari online booking ni ya..... 

@
  
Selamat bercuti korang.....



Aug 9, 2015

Qayyum tidur di nurseri bunga.???


Disebabkan hari ni hari minggu,Eirna dan Mr E jalan-jalan cari pasu..Untuk pokok kat rumah.Kali ni cuma ada Qayyum ja sebab Qayyim kena ganti sekolah sempena raya.

Sampai saja kat nurseri,terus kami berdua cari benda yang dicari sambil kawal Qayyum.Bukan apa,takut dia lari keluar.Sambil cari barang,sambil cakap dengan Qayyum supaya dia tak bosan.

Tiba-tiba beralih muka nak tengok Qayyum buat apa.Rupa-rupanya Qayyum baring atas kerusi batu dalam nurseri...Dia kata sejuk tidur sini.
Alahai Qayyum...Buat macam rumah sendiri pulak..

Nasib la tauke nurseri ni sporting...Tak pa la..Janji tak merayau keluar.

Apr 8, 2015

Bila Qayyum Qayyim Cuti....

 
Selalunya bila hari cuti atau hari minggu, salah satu aktiviti luar 2Q ialah berbasikal.Nampak ja hari dah petang, bising satu rumah beritahu nak main basikal. Selagi tak buka grill tu, tak habis pot pet la minta nak keluar.

Kali ni, Mr E bawa 2Q berbasikal di tempat lapang berdekatan dengan rumah. Dalam ladang sawit. Qayyum dan Qayyim sukakan berbasikal secara "off-road". Ala-ala BMX rider... 



Apr 7, 2015

Chapter 1 : "Date" dengan Mr E di Puncak Gunung Jerai



Biasanya bila hari Ahad,Qayyum ja ke tadika tapi tahun ni dua-dua hero dah ke tadika..Jadi tinggal Eirna dgn Mr E ja la di rumah.So,Mr E ajak dating kat Gunung Jerai.Bukan senang dapat peluang berdua dengan Mr E ni.

Kami berdua naik ke puncak Gunung Jerai dengan kereta sendiri dan selalunya memang ramai orang yang jogging di sana.Berbasikal pun ada.Kebanyakannya warga tua.Mungkin bosan dok rumah kot.

 
Kat Gunung Jerai ni ada juga kem rekreasi utk yang nak ber"camping di sini.Setiap hari minggu,mesti ramai bermalam di sini.Ada juga rumah penginapan mcm ala chalet untuk disewa..
Yang bestnya, ada kolam untuk berendam dan bermandi manda.Surau juga disediakan di situ.

Ni salah satu rumah tumpangan yg ala chalet tu.

Cantik kan? Permandangan dari puncak Gunung Jerai.

"We"..Sempat lagi berselfie dengan Mr E

 Kalau nak menenangkan fikiran,boleh la duduk di pondok kecil yang disediakan.Sejuk tau cuaca di atas ni.Kalau malam,lagi sejuk macam dekat Cameron ja.