Apr 7, 2015

Chapter 1 : "Date" dengan Mr E di Puncak Gunung Jerai



Biasanya bila hari Ahad,Qayyum ja ke tadika tapi tahun ni dua-dua hero dah ke tadika..Jadi tinggal Eirna dgn Mr E ja la di rumah.So,Mr E ajak dating kat Gunung Jerai.Bukan senang dapat peluang berdua dengan Mr E ni.

Kami berdua naik ke puncak Gunung Jerai dengan kereta sendiri dan selalunya memang ramai orang yang jogging di sana.Berbasikal pun ada.Kebanyakannya warga tua.Mungkin bosan dok rumah kot.

 
Kat Gunung Jerai ni ada juga kem rekreasi utk yang nak ber"camping di sini.Setiap hari minggu,mesti ramai bermalam di sini.Ada juga rumah penginapan mcm ala chalet untuk disewa..
Yang bestnya, ada kolam untuk berendam dan bermandi manda.Surau juga disediakan di situ.

Ni salah satu rumah tumpangan yg ala chalet tu.

Cantik kan? Permandangan dari puncak Gunung Jerai.

"We"..Sempat lagi berselfie dengan Mr E

 Kalau nak menenangkan fikiran,boleh la duduk di pondok kecil yang disediakan.Sejuk tau cuaca di atas ni.Kalau malam,lagi sejuk macam dekat Cameron ja.



Dah lama lepak ngan Mr E kat kem ni..Turn naik puncak Gunung Jerai pula.Ni bukan puncak tau.
Tak jauh pun,dalam 15 minit sampai la ke puncak.

Terdapat satu resort terletak di puncak Gunung Jerai iaitu The Regency Jerai Hill Resort. 
Resort tersebut bertaraf 4 bintang tau! Setiap bilik di situ memang menarik.Berbaloi dengan harganya.
Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai resort ni,sila layari website
atau email ke :  theregencyjerai@gmail.com

 Antara harga bilik yang disediakan





p/s : Nak tahu apa lagi yang menarik di Gunung Jerai,nantikan Chapter 2 pula...


No comments:

Post a Comment

Thanks a lot for your comment..