Sep 26, 2014

Review Hotel : Sri Sayang Resort Service Apartments,Penang


 

Sesiapa yang nk bawa family atau kawan2 bercuti di Penang dan cari hotel budget,boleh cuba hotel Sri Sayang Resort ni..Irna gerenti anda puas hati pilih apartment ni.

Sri Sayang Resort Service Apartments terletak di Batu Feringgi,Penang.Terdapat 33 tingkat bilik apartment di sini.Sri Sayang Resort  menyediakan 1,2 dan 3 bilik untuk dipilih oleh pelanggan.Setiap apartment disediakan telefon,televisyen,penghawa dingin dan kemudahan membuat kopi..Bagi yang ingin masak sendiri,jangan risau..Dapur juga disediakan.

Harga yang ditawarkan berpatutan.Kemudahan lain di Sri Sayang Resort ialah tempat parking kereta (berbayar),kolam renang,kedai serbaneka,kedai cenderamata,court tenis,kaunter pertanyaan dan security 24jam,housekeeping dan sebagainya.


 

 

Sri Sayang Resort ni dekat dengan kedai makan tempatan,stesen minyak dan Batu Feringgi Night Market.Lebih kurang 15 minit.

Benda yang yang paling suka semasa menginap di Sri Sayang Resort ni ialah permandangannya yang betul2 depan Pantai Batu Feringgi.Paling cantik waktu subuh dan senja..Boleh hilang stress  tau tgk..

Ni ja pic yang sempat ambik sebab Irna sibuk control anak dok nak panjat..Tinggi ni..

                                                                   Permandangan waktu pagi

Nak tahu detail lagi pasal Sri Sayang Resort ni..klik link di bawah ya...

 Website 


 







 




No comments:

Post a Comment

Thanks a lot for your comment..