About Me

Pakej Murah Seoul 2017

Our Location

728 x 90

Follow us on instagram

Jan 16, 2015

Ya Allah,tabahkan hatiku demi anakku,Qayyum...



 Permulaan bagi tahun ini  penuh dengan dugaan...
 Cuba cari kekuatan untuk menempuhi segalan ujian dari-Nya

Demi Qayyum..hero kecil Irna.

 Tahun ini,Qayyum cuma sempat ke tadika selama 2 hari..Atas alasan cikgu tak boleh nak control Qayyum dlm kelas..Hyperaktif....Dah 2 tadika reject Qayyum...

Tinggal Qayyim ja dalam tadika tu..Qayyum terpaksa bercuti..Segala urusan perlu dilakukan secepat mungkin utk Qayyum ke tadika yang dikhas untuknya...

Ya..Qayyum..Anak istimewa Irna dan Mr E...Qayyum ada Mild Autisme..Qayyum budak yang bijak tetapi mempunyai masalah tumpuan dalam pembelajaran..Dikesan ketika Qayyum berusia 3 tahun..Tidak bercakap seperti kanak-kanak normal..

Disebabkan itu,Qayyum tidak diterima oleh tadika biasa...
Walaupun Qayyum kanak-kanak istimewa,Irna dan Mr E tetap mendidiknya seperti biasa..Alhamdulilah,banyak perubahan pada Qayyum..
Sudah boleh bercakap..mengenal huruf dan abjad,menghafal surah pendek dan boleh bergaul dengan rakan sebaya..

Doakan kejayaan Irna ya...Semoga Qayyum mendapat ilmu yang sempurna...

Aamin ya rabbal alamin....




 

4 comments:

Thanks a lot for your comment..