Sep 3, 2020

Review : Bahan Semulajadi dari Koolit Mampu Membantu Masalah Kulit Kering & Sensitif



Bila cakap bab produk penjagaan kulit atau diri ni, memang satu topik yang paling " panas " untuk orang yang mempunyai kulit sensitif atau kering.Besar risikonya kalau tersalah pilih produk yang tak bersesuaian dengan kulit kita tau!! Boleh jadi mimpi ngeri....Heheheheh...

Contohnya,macam Eirna sendiri yang mempunyai kulit sensitif dan mengalami masalah untuk memakai sebarang produk kulit yang semakin banyak di pasaran. Kena buat " research " dulu setiap isi kandungan produk baru boleh beli dan cuba pakai. Dari produk biasa hingga la produk yang mahal atau berjenama ( mahal level low class ja ). Mana boleh tangkap muat ja tau!

Kalau korang nak tahu, masalah kulit Eirna ni, lagi teruk bila musim panas.Memang boleh gatal satu badan sampai luka dibuatnya kalau digaru.Ruam-ruam atau bintik merah akan merebak kalau tak disapu krim khas.Tambahan pula, Eirna selalu ada kerja luar dan kerap berjemur di bawah panas matahari.Memang menitik air mata dibuatnya.


Jadi Eirna nak perkenalkan kepada korang set penjagaan kulit dari Koolit TM di mana ia merupakan satu produk berasaskan bahan semulajadi iaitu ekstrak akar Manis yang mana ianya bertindak sebagai Anti-Radang, memberikan 40x anti oksidan serta mampu mencerahkan kulit.
Kelebihan produk Koolit TM adalah ianya mampu menyerap lebih pantas ke dalam kulit di mana ia akan melambatkan proses kehilangan air epidermis ( TEWL) 20% dalam masa 24 jam.


Produk Koolit merupakan 100% produk buatan Malaysia dan ianya diperakui Halal. Siap ada pensijilan GMP lagi.Jadi korang tak perlu risau atau was-was isi kandungan produk Koolit ni.
Yang paling penting ianya sangat sesuai untuk kulit sensitif dan kulit biasa.Bayi pun boleh guna produk ni.Satu badan boleh guna ~ muka hingga kaki.

Harga?? Mesti la berpatutan dan mampu milik. Bab kualiti tak perli risau dan ianya selamat digunakan.


3 PRODUK KOOLIT TM

Set Koolit ini mempunyai 3 produk utama iaitu Koolit Gentle Body Wash,Koolit Soothing Lotion dan Koolit Calming Cream.



Jadi Eirna akan mula dulu dengan Koolit Gentle Body Wash mempunyai tekstur yang lembut di mana ia mampu membersihkan dan melembapkan kulit.Cuma sapu ja pada badan dan bilas dengan air. Koolit Gentle Body Wash ni mengandungi Vitamin E dan C dan bebas bilas.Ia juga disahkan selamat oleh IFRA. Masa Eirna mula pakai body wash ni, memang tak ada buih langsung. Bau pun "soft " ja.



Selepas tu korang boleh guna Koolit Soothing Lotion selepas mandi.Diformulasi dengan Minyak Biji Jojoba dan Ekstrak Licorice. Bestnya tentang lotion ni ialah ianya tak melekit langsung.Eirna cuma perlu sapu ja di bahagian yg bermasalah tu,terus meresap dalam kulit. Tak perlu risau la bab melekit tu.Bagus untuk korang yang memiliki kulit kering.Ia boleh melembapkan kulit korang dengan pantas.




Selain itu,korang boleh juga sapu bahagian badan korang yang bermasalah dengan Koolit Calming Cream ni.Ianya mengandung Vitamin E semulajadi dan minyak Zaitun di mana ia berfungsi untuk melembapkan kulit yang kering dengan cepat.Janji pakai dengan konsisten baru nampak hasilnya.
Betul tak? 




Eirna pun amalkan guna cream ni juga untuk kulit bahagian kaki kerana terdedah dengan cahaya matahari terik.Sampai bertukar warna gelap la kaki Eirna ni.Kadang-kadang rasa kering dan gatal sampai luka dibuatnya.Bila disapu dengan cream ni,automatik hilang terus rasa gatal tu.


Okay, Eirna dah settle beritahu korang pasal semua produk Koolit ni dan yang pasti korang yang ingin mencuba produk ni,boleh la cari di semua cawangan Watsons.

Nak tahu lagi banyak info pasal produk Koolit ni,korang boleh terjah di laman web dan laman sosial ya.


Watsons :


Laman Web Koolit :


Instagram Koolit :


Facebook Koolit:


Shopee :




No comments:

Post a Comment

Thanks a lot for your comment..