Showing posts with label Lembaga Zakat Selangor. Show all posts
Showing posts with label Lembaga Zakat Selangor. Show all posts

Dec 23, 2021

Jom Bayar Zakat Pelaburan dengan Lembaga Zakat Selangor.

 


# DEFINISI ZAKAT PELABURAN

SAHAM adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham (contohnya Bursa Malaysia), ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.

Pemilik saham adalah pemilik syarikat and berkongsi keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan dan juga harga atau nilai saham seperti yang tersenarai di pasaran saham.


# PELABURAN PASARAN MODAL ( BURSA SAHAM )

Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah badan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelia pasaran modal atau saham. Pasaran modal merupakan rumah utama yang menyediakan aktiviti untuk penghasilan dana dan pelaburan jangka masa panjang serta meningkatkan kecairan sistem kewangan. Di dalam pasaran modal ini,segala jenis saham dan dana diurusniagakan.

1.    Diantara contoh instrumen pelaburan di pasaran modal ini adalah:

 * Saham biasa & keutamaan (ordinary & preference)
* Saham Amanah, samada melalui pengurus dana swasta atau kerajaan
* Saham Amanah Hartanah (REITs)
* Dana Dagangan Bursa (ETFs)


2.    Lain-lain instrument pelaburan yang diniagakan di Bursa Malaysia atau pasaran modal di luar negara.Secara umum, terdapat 4 kategori utama produk-produk di pasaran modal iaitu iaitu:

* Ekuiti (Saham / Unit Trust / REITs/ Index Fund / ETF )
* Bon & Debentur
* Derivatif (Option & Future)

* Produk Berstruktur


# DALIL WAJIB  ZAKAT PELABURAN



# SYARAT WAJIB ZAKAT PELABURAN

* ISLAM
- Diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.

* MILIK SEMPURNA
- Mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan.

* MILIK PIHAK TERTENTU
- Saham atau pelaburan yang dimiliki oleh masjid, surau, dan dana untuk maslahah am dan seumpamanya, TIDAK WAJIB zakat.

* CUKUP NISAB
- Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka, ianya DIWAJIBKAN zakat.

* CUKUP HAUL
- Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh 1 (SATU) tahun pemilikan portfolio pelaburan.

* HALAL
- Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.


#KAEDAH TAKSIRAN ZAKAT PELABURAN


Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan.


# CARA PENGIRAAN ZAKAT PELABURAN

Mari kita lihat bagaimana cara pengiraan zakat pelaburan ke atas saham yang dimiliki oleh syarikat.

 


#ZAKAT PELABURAN TIDAK TERSENARAI DALAM SYARIKAT PERSENDIRIAN DAN KOPERASI

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 26 Mac 2007 (rujuk Panduan Zakat Perniagaan terbitan LZS 2007). memutuskan bahawa hukum zakat pelaburan WAJIB dikeluarkan oleh syarikat berdasarkan hukum KHULTOH iaitu harta bercampur. 
Tetapi sekiranya syarikat tidak membayar zakat,maka kewajipan zakat WAJIB ditunaikan oleh INDIVIDU.


Senario 1: Syarikat Membayar Zakat

Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-

* Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan
* Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan


Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat

Zakat dikenakan ke atas individu berdasarkan PERATUS NILAI PEGANGAN INDIVIDU dalam syarikat tersebut.

Contoh Taksiran

Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2012 ialah RM10 juta.

Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000
Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%
Zakat Pelaburan En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak tahu cara nak kira Zakat Pelaburan? 
Jom guna Kalkulator Zakat ni.
Cuma klik ja banner di bawah.



Opps..Terlupa pula..Ada satu berita menarik buat semua pembayar zakat. Korang berpeluang memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan oleh Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji.
Yang menariknya, korang boleh kongsi bersama asnaf terpilih.

Jom Tunai Zakat " Menang & Kongsi " ini akan berakhir pada 31 Disember 2021. Jangan lepaskan peluang keemasan ni....Besar pahalanya berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Insha allah,akan diluaskan lagi rezeki korang.








Hotline : 1-300-88-4343










May 2, 2021

Mudahnya Urusan Pembayaran Zakat dengan FPX Payment.

 

Sebelum tu,mari Eirna ceritakan serba ringkas apa itu Zakat.
Rukun ke-3 dalam Rukun Islam.
Rukun zakat dari Surah At-Taubah ( Ayat 103 ) yang bermaksud,




Zakat ni sebenarnya ada banyak jenis iaitu :
1. Zakat Fitrah
2. Zakat Emas
3. Zakat Pendapatan
4, Zakat Perniagaan
5. Zakat Wang Simpanan
6. Zakat Emas dan Perak
7. Zakat Pelaburan 
 8. Zakat KWSP


Mesti korang tertanya-tanya kemana perginya zakat yang korang dah bayar selama ini kan?
Setiap zakat yang korang bayar akan diagihkan kepada golongan Asnaf Fakir,Asnaf Miskin,Asnaf Amil,Asnaf Mualaf,Asnaf Riqab,Asnaf Fisabillilah,Asnaf Gharimin dan Asnaf Ibnu Sabil.
Penerangan lanjut tentang Asnaf Zakat boleh korang baca di sini Golongan Asnaf Zakat
Disitu korang boleh tahu lebih lanjut kemananya zakat yang dibayar diagihkan

.


Untuk pengetahuan korang,Lembaga Zakat Selangor telah melakukan beberapa agihan kepada golongan yang layak mendapat zakat.Antaranya yang terbaru ialah :


PROGRAM DAPUR RAMADHAN ASNAF SELANGOR ( DRAS ) 2.0


Sempana Ramadhan,Lembaga Zakat Selangor telah melancarkan Program Dapur Ramadhan Asnaf Selangor pada 1 Ramadhan 1442H bersamaan 13 April 2021 sekitar negeri Selangor. Sumbangan seperti barangan dapur diagihkan bagi memenuhi keperluan dan meringankan sedikit beban sepanjang Ramadhan.





Selain itu,Lembaga Zakat Selangor turut menyampaikan sumbangan ke pintu rumah golongan asnaf,sumbangan kepada anak-anak yatim,membantu asnaf mualaf dan membantu golongan Orang Asli.

Dengan info sebegini,korang akan rasa lega dan bersyukur zakat yang dibayar disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Oleh itu,kita hendaklah banyakkan bersedekah dan membayar zakat mengikut syarat -syarat yang ditentukan.


PEMBAYARAN ZAKAT MENGGUNAKAN FPX PAYMENT




Nak bayar zakat sekarang ni,x payah susah-susah nak ke pejabat zakat.Cari parking dan beratur untuk membayar.Bayar melalui atas talian sahaja.Pilih -Tekan-Bayar kat hdphone korang tu.
Bagi Eirna,pembayaran menggunakan FPX ni sangat mudah dan cepat. Tidak memerlukan masa yang lama untuk membayar. Pembayaran zakat pun boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja korang berada.Ianya beroperasi 24 jam dan korang tak perlu risau kerana FPX adalah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia dimana ia bertindak sebagai orang tengah antara pembayar,peniaga dan bank.

Lagipun Lembaga Zakat Selangor mengesyorkan pembayaran zakata melalui FPX payment disebabkan cara begini lebih selamat untuk orang ramai memandangkan penularan Covid 19 yang masih lagi berleluasa di negara kita.



Contoh skrin FPX Payment Lembaga Zakat Selangor.

Klik link SINI untuk ke FPX Payment Channel Lembaga Zakat Selangor. Cuma ikut sahaja arahan yang diminta,urusan zakat korang berjalan lancar.



Marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki sambil membayar zakat.


Web : https://www.zakatselangor.com.my/
FB  : https://web.facebook.com/zakatselangor
Alamat : Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan WorldWide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor,
Tel: +603-8314 2222
Fax: +603-8314 2233 / 2244
Talian Zakat Selangor: 1 300 88 4343 
Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my


















Nov 18, 2019

Zakat@FAMILY khas buat keluarga Muslim di Selangor dari Lembaga Zakat Selangor

Assalamualaikum semua.Lama Eirna tak bercelotoh dlm blog ni.Kali ni Eirna nak kongsi satu info terbaru dari Lembaga Zakat Selangor berkenaan dengan Zakat@FAMILY.

Korang mesti dah sinonim dengan bab zakat ni kan terutama zakat pendapatan dan zakat fitrah.Itu yg selalu kita dah amalkan.Sekarang Eirna nak terangkan serba sedikit Zakat@FAMILY.

PENGENALAN KEMPEN ZAKAT@FAMILY

Zakat@FAMILY merupakan satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawab dlm sesebuah keluarga.Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga,penjaga atau wali utk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sesebuah institusi kekeluarga Muslim di Selangor.

TUJUAN KEMPEN ZAKAT@FAMILY

  1. Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.
  2. Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.
  3. LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.
  4. Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.

OBJEKTIF KEMPEN ZAKAT@FAMILY

  1. Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka.
  2. Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.
  3. Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).

KAEDAH DAN TANGGUNGJAWAB

Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :
  • Diri Sendiri
  • Pasangan
  • Tanggungan 
  • Individu di bawah jagaan
Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.

           

          


KLIK SINI utk pengiraan kalkulator zakat 

Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.

Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :

Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :



FAX PELAKSANAAN TAKSIRAN DAN BAYARAN ZAKAT@FAMILY
_______________________________________

SOALAN 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN : Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih dibawah tanggungan atau di bawah jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor.


SOALAN 2 : Apakah dalil yang menerangkan keperluan pelaksanaan “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN : Firman Allah SWT, 
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا
 مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan.
(Surah al-Tahrim: 6)


SOALAN 3 : Apakah hukum melaksanakan tuntutan “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN :Hukum melunaskan zakat adalah wajib bagi individu yang mempunyai lebihan harta mengikut syarat dan kadar yang tertentu. Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab dan amanah terhadap ketua sesebuah keluarga dalam memastikan pelaksanaan zakat dilaksanakan tanpa terkecuali bersesuaian dengan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Tahrim ayat 6, yang menerangkan tentang peringatan kepada ketua keluarga agar memelihara diri dan keluarga dari menjadi bahan bakar api neraka.

SOALAN 4 : Bagaimanakan kaedah kiraan zakat melalui taksiran “Zakat@FAMILY” ?

JAWAPAN : Kaedah kiraan dan taksiran Zakat@FAMILY adalah seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor melalui penggunaan  “Borang Taksiran Zakat Harta Individu” dengan tambahan butiran jumlah harta tanggungan masing-masing (pasangan, ibu, bapa & anak-anak) seperti berikut :

(upload borang i-TAZ terkini dengan tambahan ruang bagi taksiran Zakat@FAMILY disini)



SOALAN 5 : Saya menjaga adik saya berumur 35 tahun yang mempunyai masalah kesihatan (down syndrom). Adik saya mewarisi duit sebanyak RM20 ribu daripada arwah bapa saya. Adakah adik saya wajib membayar zakat dan bagaimanakah urusan pembayarannya ?

JAWAPAN :Zakat diwajibkan ke atas adiknya kerana dia adalah pemilik sempurna bagi harta tersebut. Walaubagaimanapun, sebagai dakwah dan memenuhi tuntutan berzakat, menjadi tanggungjawab abang sebagai penjaga untuk membuat taksiran dan pembayaran zakat mewakili adiknya melalui kaedah Zakat@FAMILY. 
______________________________________

Tak susah pun nak faham mengenai kempen Zakat@FAMILY ni.Kena rajin membaca dan buat kajian sikit utk tahu lebih lanjut.Semoga dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan dijalankan nanti akan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor. 

Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. In shaa Allah.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Zakat@FAMILY ini,korang boleh layari laman web dan media sosial Lembaga Zakat Selangor

Laman Web :
 LEMBAGA ZAKAT SELANGOR


Instagram
@zakatselangor

Dec 20, 2018

Mudah dan Cepat dengan Zakat Online@FPX


Zakat ......
Apa yang korang tahu tentang zakat?Selalunya kalau tiba bulan Ramadan mesti korang akan sibuk untuk bayar zakat...Itu Zakat Fitrah.Zakat tu memang wajib untuk semua individu lelaki dan perempuan tak kira umur. 

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagikan untuk golongan tertentu.
Zakat adalah Farhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi sehala syarat-syarat wajib. 
Zakat juga merupakan Rukun Islam yang ke lima.
Sebenarnya zakat ni terbahagi kepada 2 jenis iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.


  Dalil tentang Zakat

 Zakat Harta ada pula jenis-jenisnya seperti Zakat Simpanan,Zakat Pendapatan,Zakat Perniagaan,Zakat Emas & Perak,Zakat Pelaburan,Zakat KWSP dan Zakat Takaful.


HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
  1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan berada kepada golongan kurang berada.
  2. Membersihkan diri pembayar zakat.
  3. Membersihkan dan meyuburkan harta pembayar zakat.
  4. Menwujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan orang berada.
  5. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan gologan yang kurang bernasib baik.
  6. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

Sekarang ni korang tak perlu beratur atau ke kaunter untuk membayar zakat.Korang boleh bayar secara atas talian. Mudah dan cepat. Semuanya hanya di hujung jari...Lembaga Zakat Selangor pun turut sediakan kemudahan macam ni.

Lembaga Zakat Selangor telah memperkenalkan e-Zakat Pay dimana ia merupakan satu kaedah pembayaran online di www.zakatselangor.com.my
Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor.

Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.


Untuk pembayaran zakat,korang cuma perlu melayari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my dan klik pada pembayaran E-Zakat untuk pembayaran.
Ikut saja langkah-langkah yang diberikan dan urusan pembayaran zakat selesai.

 

 Mudah kan? Betul tak apa yang Eirna terangkan dari awal tadi.Jangan risau atau susah hati bila terlambat atau terlupa nak bayar zakat. Semuanya dapat diselesaikan dengan e-Zakat Pay.


KEMPEN ZAKAT ONLINE@FPX

Eirna ada berita baik utk korang semua di mana Lembaga Zakat Selangor ada mengadakan promosi Kempen Zakat Online@FPX yang berlangsung pada 15 November ~ 31 Disember 2018 ni.
Ia diadakan bagi menggalakkan pembayar zakat menggunakan kemudahan bayaran secara online dan memberi ganjaran bagi pembayar zakat yang bertuah.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun tak kurang hebatnya.Tunggu apa lagi. Bayar sekarang dan tunggu..Mana tahu rezeki berkat membayar zakat.



Maklumat lanjut berkaitan zakat,boleh layari laman web Lembaga Zakat Selangor bagi mengetahui dengan lebih detail lagi.