Assalamualaikum semua.Lama Eirna tak bercelotoh dlm blog ni.Kali ni Eirna nak kongsi satu info terbaru dari Lembaga Zakat Selangor berkenaan dengan Zakat@FAMILY.
Korang mesti dah sinonim dengan bab zakat ni kan terutama zakat pendapatan dan zakat fitrah.Itu yg selalu kita dah amalkan.Sekarang Eirna nak terangkan serba sedikit Zakat@FAMILY.
PENGENALAN KEMPEN ZAKAT@FAMILY
Zakat@FAMILY merupakan satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawab dlm sesebuah keluarga.Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga,penjaga atau wali utk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sesebuah institusi kekeluarga Muslim di Selangor.
TUJUAN KEMPEN ZAKAT@FAMILY
- Pensyariatan zakat adalah satu daripada ciri – ciri yang disyariatkan oleh Allah SWT untuk membentuk peribadi manusia sesuai dengan pra-syarat kebahagiaan sesebuah keluarga dan masyarakat yang harmoni mahupun sebagai individu yang menyanjungi kebahagiaan dalam kehidupan ini.
- Zakat adalah salah satu fardhu dalam rukun islam yang lima. Sesiapa yang mengingkari akan kefardhuan zakat adalah kafir dengan ijma’ sebagaimana pendapat Ibn al Sobagh. Menegah daripada keluar menunaikan zakat boleh diperangi dengan ittifaq para sahabat sehingga mereka menunaikan hak Allah SWT kepadanya.
- LZS cuba mengorak langkah dengan mengadakan kempen taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali yang masih di bawah tanggungan mereka.
- Perkara ini adalah merupakan salah satu inisiatif Divisyen Kutipan di dalam meningkatkan lagi kutipan zakat serta dakwah dan hebahan maklumat zakat di Selangor.
OBJEKTIF KEMPEN ZAKAT@FAMILY
- Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka.
- Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.
- Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).
KAEDAH DAN TANGGUNGJAWAB
Ketua keluarga memastikan setiap individu di bawah tanggungannya mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :
- Diri Sendiri
- Pasangan
- Tanggungan
- Individu di bawah jagaan
KLIK SINI utk pengiraan kalkulator zakat
Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.
Panduan Pemilik Harta, Tanggungjawab Taksiran dan Tanggungjawab Pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :
Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :
FAX PELAKSANAAN TAKSIRAN DAN BAYARAN ZAKAT@FAMILY
_______________________________________
SOALAN 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan “Zakat@FAMILY” ?
JAWAPAN : Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih dibawah tanggungan atau di bawah jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor.
SOALAN 2 : Apakah dalil yang menerangkan keperluan pelaksanaan “Zakat@FAMILY” ?
JAWAPAN : Firman Allah SWT,
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا
مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh para malaikat yang kasar, bengis (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah terhadap setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap (setia) melaksanakan segala yang diperintahkan.
(Surah al-Tahrim: 6)
SOALAN 3 : Apakah hukum melaksanakan tuntutan “Zakat@FAMILY” ?
JAWAPAN :Hukum melunaskan zakat adalah wajib bagi individu yang mempunyai lebihan harta mengikut syarat dan kadar yang tertentu. Walaubagaimanapun menjadi tanggungjawab dan amanah terhadap ketua sesebuah keluarga dalam memastikan pelaksanaan zakat dilaksanakan tanpa terkecuali bersesuaian dengan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Tahrim ayat 6, yang menerangkan tentang peringatan kepada ketua keluarga agar memelihara diri dan keluarga dari menjadi bahan bakar api neraka.
SOALAN 4 : Bagaimanakan kaedah kiraan zakat melalui taksiran “Zakat@FAMILY” ?
JAWAPAN : Kaedah kiraan dan taksiran Zakat@FAMILY adalah seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor melalui penggunaan “Borang Taksiran Zakat Harta Individu” dengan tambahan butiran jumlah harta tanggungan masing-masing (pasangan, ibu, bapa & anak-anak) seperti berikut :
(upload borang i-TAZ terkini dengan tambahan ruang bagi taksiran Zakat@FAMILY disini)
SOALAN 5 : Saya menjaga adik saya berumur 35 tahun yang mempunyai masalah kesihatan (down syndrom). Adik saya mewarisi duit sebanyak RM20 ribu daripada arwah bapa saya. Adakah adik saya wajib membayar zakat dan bagaimanakah urusan pembayarannya ?
JAWAPAN :Zakat diwajibkan ke atas adiknya kerana dia adalah pemilik sempurna bagi harta tersebut. Walaubagaimanapun, sebagai dakwah dan memenuhi tuntutan berzakat, menjadi tanggungjawab abang sebagai penjaga untuk membuat taksiran dan pembayaran zakat mewakili adiknya melalui kaedah Zakat@FAMILY.
______________________________________
Tak susah pun nak faham mengenai kempen Zakat@FAMILY ni.Kena rajin membaca dan buat kajian sikit utk tahu lebih lanjut.Semoga dengan pelaksanaan kempen dan promosi yang dirancang dan dijalankan nanti akan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor.
Melalui pendekatan ini juga diharapkan agar ianya menjadi contoh kepada institusi-institusi zakat yang lain dalam gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dan sebagainya. In shaa Allah.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Zakat@FAMILY ini,korang boleh layari laman web dan media sosial Lembaga Zakat Selangor
Laman Web :
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Laman Web :
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Facebook
Lembaga Zakat Selangor
Lembaga Zakat Selangor
terbaik lzs ,memudahkan cara.
ReplyDelete