Showing posts with label family day. Show all posts
Showing posts with label family day. Show all posts

May 7, 2015

The Kabin,bilik kontena di Pantai Remis,Kuala Selangor.

Bagi sesiapa yang gemar bercuti dan sukakan kelainan atau lokasi percutian yang unik,boleh cuba menginap di  The Kabin  iaitu bilik penginapan bertaraf hotel dimana ia diperbuat menggunakan kontena.Pelik kan?


The Kabin terletak di Pantai Remis,Kuala Selangor.Ia mula dibuka pada 20 November 2014 dan diusahakan oleh beberapa anak muda Melayu.The Kabin mempunyai 18 buah kontena dan mampu menampung kira-kira 80 pengunjung dalam satu sama.

Selain untuk bercuti,ia juga boleh dijadikan lokasi untuk hari keluarga,program motivasi atau majlis perkahwinan.
 
Kontena-kontena tersebut dinamakan  mengikut nama perlabuhan kontena di dunia seperti Felixstowe,Hamburg,Durban,Santos,Balboa,Klang,Long Beach,Vancouver,Shanghai,Singapore,Rotterdam,Antwerp,Sharjah,Busan,Keihin,Ho Chi Minh,Colombo dan Melbourne.

1. Jenis bilik : Busan,Keihin,Ho Chi Minh,Colombo,Klang dan Melbourne.
Rate : RM240 (Normal) / RM290 (Peak)


2. Jenis bilik : Rotterdam
Rate : RM440 (Normal) / RM490 (Peak)

 3. Jenis bilik :Shanghai,Singapore dan Sharjah
Rate : RM260 (Normal) / RM310 (Peak) 

4. Jenis bilik :Santos dan Balboa
Rate : RM290 (Normal) / RM340 (Peak) 

5. Jenis bilik : Durban
Rate : RM190 (Normal) / RM240 (Peak) 

6. Jenis bilik : Felixstowe,Hamburg dan Antwerp
Rate : RM390 (Normal) / RM440 (Peak) 

7. Jenis bilik : Long Beach dan Vancouver
Rate : RM290 (Normal) / RM340 (Peak) 

Setiap bilik mempunyai balkoni dan turut disediakan kerusi juga meja untuk pengunjung bersantai.

Selain itu terdapat juga kolam renang,kafe atau kedai serbaguna,bilik serbaguna,tempat BBQ,bilik karoke,taman permainan kanak-kanak,rumah pokok,basikal utk disewa,pengawasan selama 24jam dan yang paling penting sekali untuk blogger ialah WIFI

Eirna pun teringin juga nak stay kat The Kabin ni sebab menarik sangat.Coming soon,sampai sana.Kena simpan duit dlm tabung dulu ni.



Nak tahu lebih lanjut tentang The Kabin atau apa lagi yang disediakan,boleh la terjah website dan FB

Website : The Kabin

Facebook : https://www.facebook.com/TheKabinMalaysia


Apr 9, 2015

Promosi dan Pakej Kahwin/HoneyMoon 2015 dari The Regency Jerai Hill Resort

The Regency Jerai Hill Resort telah mengadakan promosi dan pakej untuk tahun 2015 pada baru-baru ini.

Promosi tersebut ialah :

1. Room Promotion 2015
2. Teambuilding and Family Day Package


Selain itu,terdapat juga pakej utk perkahwinan dan Bulan Madu yang disediakan untuk bakal pengantin yang gemarkan alam semulajadi.



Bagi sesiapa yang berminat ke sana,boleh la menlayari laman web The Regency Jerai Hill Resort.

Lokasi