Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

May 7, 2015

Pernah Makan Tak Jeruk Maman?

Pernah dengar tak nama Jeruk Maman? Eirna sendiri pun tahu dari mertua.Ayah mertua yang ajar makan. Nampak macam biasa ja.Daun maman yang dijeruk dengan air dan nasi. Pertama kali makan, sedap rupanya. Sejak tu, nampak ja kat pasar tani atau pasar malam, mesti beli. Bukan selalu ada jual. Kalau ada kira rezeki tu.

Ini la rupa Jeruk Maman yang Eirna kata tu



Mudah ja cara hidangannya. Cuma perlu tambah bawang besar dan cili api sahaja.Gaul dengan jeruk maman yang sudah dibuang airnya. Tapi bukan semua ya tp tinggalkan sedikit untuk digaul dengan bawang dan cili api. Dah siap. Senang bukan?

Mar 10, 2015

Beli Makanan Online dengan FoodPanda..

Apa itu Foodpanda

FoodPanda ialah salah satu  servis pesanan dan penghantaran makanan yang kini semakin rancak di Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Hampir 580 restoran berkerjasama dengan FoodPanda di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu Kuala Lumpur,Putrajaya,Cyberjaya,Penang,Melaka dan Johor.

Antaranya yang popular ialah :



Mudah ja ..Samada di PC atau handphone..Cuma download sahaja..dah boleh guna untuk order makanan.

 Klik link di bawah utk download




Cara untuk menggunakan FondaPanda : 

1. Register dulu...atau yg dh register boleh la Log In terus..Yg ni Irna guna PC..Sama ja step kalau pakai handphone.


2.Pilih "City" dan "Area" - mana tempat tinggal korang.Automatik ia akan senaraikan restoran yang berada di kawasan korang

 

3. Contohnya,Irna pilih restoran TGI Fridays.Klik terus keluar menu yang disediakan termasuk harga.Jadi pilih la yang korang suka dengan klik " Add ".



4. Automatik menu yang korang pilih masuk dalam " Your Order "



5.  Klik " Proceed to Checkout " dan isi details yang diminta dan cara pembayaran  samada " Online Payment atau " Cash Of Delivery (COD) "
Klik " Proceed" dan tunggu ja makanan sampai....



Website :

Twitter : 

Facebook :
 




Jan 22, 2015

Lady Lista,Portal Infotainment Khas Buat Wanita Melayu di Malaysia


Cari Internet Sdn Bhd telah melancarkan satu web portal berbahasa Melayu buat julung kalinya khusus buat wanita Melayu di Malaysia iaitu Lady Lista dengan tagline " Dari Maskara Seorang Diva" .Web portal Lady Lista mengandungi topik-topik yang berkaitan dengan Fesyen,Tip Kecantikan,Hiburan,Cinta & Perhubungan serta Makanan.Setiap topik akan sentiasa dikemaskini dengan informasi terkini khusus buat pembaca Lady Lista

 Web portal Lady Lista telah dilancarkan pada 02 Januari 2015 dimana ia mensasarkan pembaca terdiri daripada golongan muda sekitar umur 18 hingga 35 tahun.

Lady Lista memaparkan perkembangan fesyen semasa dari seluruh dunia di samping berita hiburan tempatan dan antarabangsa. 
 
Nak tahu lebih lanjut mengenai Lady Lista,sila layari http://ladylista.cari.com.my/

 Press Release

PETALING JAYA - Cari Internet Sdn Bhd telah melancarkan satu portal berbahasa Melayu buat julung kalinya khusus untuk anda yang inginkan maklumat tentang hiburan dan gaya hidup terkini. (ladylista.cari.com.my) Portal tersebut sudah dilancarkan pada 2 Januari 2015. Dipersembahkan dalam bentuk portal, ia lebih dekat dengan pengguna yang sentiasa ingin mendapatkan maklumat di hujung jari.

Selepas dua minggu pelancaran Lady Lista, jumlah pembaca semakin meningkat. Semakin ramai pembaca menerima Lady Lista sebab isi-isi dalam web portal ini memang sempurna dan fokus kepada kategori tertentu sahaja. Berbeza dengan portal lain, sasaran pembaca adalah terarah kepada golongan muda sekitar umur 18 sehingga 35 tahun. Sesuai dengan cita rasa golongan ini yang masih tercari-cari identiti dalam hidup.

Memaparkan perkembangan fesyen semasa dari seluruh dunia disamping berita hiburan tempatan dan antarabangsa, Lady Lista merupakan rakan di alam maya bagi setiap wanita.

Dengan tagline ‘ Dari maskara seorang diva’,Lady Lista menterjemahkan setiap berita dari sudut pandangan wanita urban. Sebagai mentor buat wanita yang ingin panduan dalam kehidupan, LadyLista berharap dapat mendidik wanita untuk lebih berpengetahuan selaras dengan fungsi portal sebagai infotainment (maklumat dan hiburan). Nak tahu selanjutnya? Sila layari ladylista.cari.com.my atau Google "Ladylista"

 
-End-

* Irna dah cuba singgah web portal Lady Lista ni..Memang banyak info yang menarik di situ..Tak rugi jika singgah di web portal Lady Lista.