Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Jan 22, 2015

Lady Lista,Portal Infotainment Khas Buat Wanita Melayu di Malaysia


Cari Internet Sdn Bhd telah melancarkan satu web portal berbahasa Melayu buat julung kalinya khusus buat wanita Melayu di Malaysia iaitu Lady Lista dengan tagline " Dari Maskara Seorang Diva" .Web portal Lady Lista mengandungi topik-topik yang berkaitan dengan Fesyen,Tip Kecantikan,Hiburan,Cinta & Perhubungan serta Makanan.Setiap topik akan sentiasa dikemaskini dengan informasi terkini khusus buat pembaca Lady Lista

 Web portal Lady Lista telah dilancarkan pada 02 Januari 2015 dimana ia mensasarkan pembaca terdiri daripada golongan muda sekitar umur 18 hingga 35 tahun.

Lady Lista memaparkan perkembangan fesyen semasa dari seluruh dunia di samping berita hiburan tempatan dan antarabangsa. 
 
Nak tahu lebih lanjut mengenai Lady Lista,sila layari http://ladylista.cari.com.my/

 Press Release

PETALING JAYA - Cari Internet Sdn Bhd telah melancarkan satu portal berbahasa Melayu buat julung kalinya khusus untuk anda yang inginkan maklumat tentang hiburan dan gaya hidup terkini. (ladylista.cari.com.my) Portal tersebut sudah dilancarkan pada 2 Januari 2015. Dipersembahkan dalam bentuk portal, ia lebih dekat dengan pengguna yang sentiasa ingin mendapatkan maklumat di hujung jari.

Selepas dua minggu pelancaran Lady Lista, jumlah pembaca semakin meningkat. Semakin ramai pembaca menerima Lady Lista sebab isi-isi dalam web portal ini memang sempurna dan fokus kepada kategori tertentu sahaja. Berbeza dengan portal lain, sasaran pembaca adalah terarah kepada golongan muda sekitar umur 18 sehingga 35 tahun. Sesuai dengan cita rasa golongan ini yang masih tercari-cari identiti dalam hidup.

Memaparkan perkembangan fesyen semasa dari seluruh dunia disamping berita hiburan tempatan dan antarabangsa, Lady Lista merupakan rakan di alam maya bagi setiap wanita.

Dengan tagline ‘ Dari maskara seorang diva’,Lady Lista menterjemahkan setiap berita dari sudut pandangan wanita urban. Sebagai mentor buat wanita yang ingin panduan dalam kehidupan, LadyLista berharap dapat mendidik wanita untuk lebih berpengetahuan selaras dengan fungsi portal sebagai infotainment (maklumat dan hiburan). Nak tahu selanjutnya? Sila layari ladylista.cari.com.my atau Google "Ladylista"

 
-End-

* Irna dah cuba singgah web portal Lady Lista ni..Memang banyak info yang menarik di situ..Tak rugi jika singgah di web portal Lady Lista.

Jan 8, 2015

Dapat Sampel Lagi..Kali ni dari Only Beauty...

Hari minggu yang lepas,Irna dapat satu lagi sampel produk percuma...Kali ni dari website www.onlybeauty.com.my
 Irna dah lama join website ni..Dah banyak sampel yang Irna dapat.Tak susah pun nak join.Cuma register ja.
Only Beauty ni selalu ada produk percuma.Klik2 ja apa yang patut..Tapi siapa cepat dia dapat la konsep dia...
Tup2 dapat sampul ja kat umah nanti.


Nak tahu apa yang Irna dapat kali ni?


Ni la sampel yang Irna dapat..Maybelline Baby Lip Love Color ( Coral Flush )
Kebetulan sebelum ni,Irna pernah post entry lip balm ni..
Murah rezeki Irna kali ni untuk cuba warna lain...

 
Ada satu lagi nak bagitau all bloggers Utara...Only Beauty ada buat Ladies Carnival L'Oreal Mega Sale di Sungai Petani,Kedah bermula 9 - 11 Januari di Swiss Inn Hotel..
Diskaun sehingga 63% untuk produk Maybelline,Garnier dan sebagainya...