Sep 11, 2014

ASUS ZenWatch (W1500Q),SmartWatch Utk Zenfone

Product Image 

ASUS ZenWatch direka untuk digandingkan bersama smartphone ZENFone.Direka menggunakan bahan-bahan premium. Rekabentuk yang canggih dengan lapisan warna emas.Talinya diperbuat daripada kulit dan dijahit rapi.

Terdapat 100+ gabungan muka jam untuk menyesuaikan mood dan personaliti si pemakai.Skrin daripada paparan AMOLED Vivid dan Corning Gorilla Glass 3.

Fungsinya :
  • Membuka kunci telefon anda secara automatik.
  • Membantu mencari telefon anda dengan aplikasi Tap Tap dan Find My Phone
  • Boleh membisukan panggilan masuk dengan menutup ZenWatch dengan tangan anda. 
  • ASUS Camera Remote membolehkan pengguna mengambil gambar dari sudut yang kreatif.
  • Digunakan sebagai alat kawalan jauh dan pengurus masa apabila memberi persembahan perniagaan atau syarahan mengunakan Presentation Control.
  • Memantau dan mengesan statistik kesihatan dengan aplikasi ASUS Wellness seperti kadar jantung,berapa kalori dibakar,tempoh aktiviti.

1 comment:

  1. salam eirna, Dhiya ada tag anda untuk jawab soalan2 dalam liebster award. Sudi sudilah jenguk blog dhiya ye.

    ReplyDelete

Thanks a lot for your comment..