Apr 7, 2014

( Event ) Malaysia Breakfast Day 2014




Diadakan di Perbadanan Putrajaya pada 20 April 2014.
Bermula dari jam 7 pagi

Acara yang diadakan di sana :

  1. Malaysia Breakfast Day Run ( 7km Competitive Run & 3km Family Fun Run )
  2. Permainan
  3. Persembahan  
  4. Minuman MILO percuma dari Van MILO
Tunggu apa lagi ! Bawalah keluarga anda ke sana untuk menikmati segala aktiviti yang diadakan oleh MILO Malaysia.

Apr 3, 2014

Koleksi Jam Tangan O'Clock Dari Itali

Warna ceria
Jam tangan jenama O'Clock ni asal dari USA tapi dibuat di Itali.Jam tangan silikon ni sesuai utk lelaki dan perempuan ( Unisex ).Direka dengan pelbagai warna dan corak.Jam tangan jenis ni boleh ditukar tali mengikut kesukaan kita ( interchangeable ).Saiz pun berbeza.Ada yang extra Small,Small,Medium,Large dan Extra Large.Ia juga direka secara koleksi.Jadi sape yang berminat mengumpul koleksi jam,boleh la cuba jenama ni.Selain jam tangan,terdapat juga jam poket.Satu lagi keistimewa jam tangan jenama ini ialah ia diperbuat daripada silikon dan sesuai utk pemakai yang memiliki kulit sensitif ( termasuk saya ).



Yg minat diamond,ni koleksinya.
Koleksi Camouflage Military


Boleh diasingkan dari talinya

Jam poket pun ada


I WANT THIS DESIGN !


Apr 2, 2014

Hari Autism Sedunia 2014

2 April setiap tahun


Mar 21, 2014

Ride Itik Sg.Petani,Kedah - Koh Tarutao,Thailand


Pernah dengar nama pulau Tarutao?Pulau ni terletak di Thailand dan diuruskan oleh Tarutao National Park.Pulau ini sentiasa dikunjungi oleh pelancong asing..So Ride Itik kali pegi ke KOH TARUTAO dan kami juga join minimarathon di sana yang diadakan setiap tahun.Yuran penyertaan cuma 700baht ja (RM70) termasuk makan mlm,pagi dan tghari,t-shirt,tambang bot pergi balik dan medal untuk finisher.Penginapan sendiri.Kat Koh Tarutao tu bleh pilih samada nk sewa banglo,dorm atau camping.Tempat terhad ya.Sapa cepat dia dapat.
Marathon yg kami join di situ..

Jom layan pic2 yang kami ambik sepanjang konvoi.


Feb 27, 2014

Bulan Madu Bajet




Perlu diingat, menarik itu tidak semestinya mahal. Masih ada cara lain untuk menikmati keseronokan berbulan madu dengan kos yang rendah. Semuanya bergantung kepada anda untuk melakukan persediaan yang teliti.

Tidak perlu ke luar negara sebenarnya untuk berbulan madu kerana segala-galanya ada di Malaysia. Apa kata langkah pertama, fikir dengan teliti mengenai destinasi yang ingin anda pergi. Jika anda teringin untuk menaiki kapal terbang sekalipun, anda boleh menempah tiket ke Semenanjung atau ke Sabah dan Sarawak.

Kalau betul anda ingin membawa yang tersayang ke luar negara atau destinasi yang perlu menaiki kapal terbang, sudah tentu anda perlu tahu akan rangkaian penerbangan yang menawarkan harga diskaun rendah. Tempahan tiket penerbangan murah ditawarkan perlu ditempah setahun sebelum pemergian.

Dengan cara ini, anda akan dapat menjimatkan kos kewangan dan disimpan untuk perbelanjaan keperluan yang lain.

Jan 29, 2014

Pelajar Autisme dari Dubai Ingin Pecah 3 Rekod Dunia


Foto
Mendes,pelajar Autisme


Dubai: Walaupun menghidap autisme Johann Mendes tetap istimewa kerana mampu mengingati tarikh lahir hampir semua rakan sekelas, guru dan kakitangan sekolahnya.
Dengan kelebihan itu Mendes sedang membuat persediaan mencatat nama dalam Buku Rekod Guinness bagi membuktikan penghidap autisme juga mampu melakar kejayaan besar.
Menariknya, Mendes mahu memecahkan rekod dalam tiga kategori sekali gus - paling banyak mengingati tarikh lahir, bendera negara dan ibu negara dalam tempoh seminit.

Ibunya, Judy berkata, kelebihan Mendes disedari sejak dia berusia enam tahun.
“Mendes sangat tertarik kepada kalendar dan menghabiskan masa dengan membaca, melukis dan menyalin tarikh yang ada,” katanya.
Di peringkat awal, kata Judy, dia tidak memberi banyak perhatian kepada hobi Mendes sehinggalah pada satu hari bapa saudara remaja terbabit mula bertanya tarikh lahir keluarga mereka.
“Kami semua terkejut kerana Mendes menyebut tarikh lahir itu dengan betul,” katanya.

Jan 24, 2014

IKEA Kedua akan dibuka Di Pulau Pinang





IKEA Kedua bakal dibuka di Batu Kawan,Seberang Perai,Pulau Pinang.Pembinaan ini akan menelan belanja sebanyak RM 480 juta dan djangka akan siap dlm tempoh 10 thn akan datang.

p/s : X payah la susah2 nk pegi KL lg..Kat Utara pun dh ada IKEA.X sabar nk shopping sakan kat situ.Hehehehe..