Dec 23, 2021

Jom Bayar Zakat Pelaburan dengan Lembaga Zakat Selangor.

 


# DEFINISI ZAKAT PELABURAN

SAHAM adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham (contohnya Bursa Malaysia), ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.

Pemilik saham adalah pemilik syarikat and berkongsi keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan dan juga harga atau nilai saham seperti yang tersenarai di pasaran saham.


# PELABURAN PASARAN MODAL ( BURSA SAHAM )

Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah badan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelia pasaran modal atau saham. Pasaran modal merupakan rumah utama yang menyediakan aktiviti untuk penghasilan dana dan pelaburan jangka masa panjang serta meningkatkan kecairan sistem kewangan. Di dalam pasaran modal ini,segala jenis saham dan dana diurusniagakan.

1.    Diantara contoh instrumen pelaburan di pasaran modal ini adalah:

 * Saham biasa & keutamaan (ordinary & preference)
* Saham Amanah, samada melalui pengurus dana swasta atau kerajaan
* Saham Amanah Hartanah (REITs)
* Dana Dagangan Bursa (ETFs)


2.    Lain-lain instrument pelaburan yang diniagakan di Bursa Malaysia atau pasaran modal di luar negara.Secara umum, terdapat 4 kategori utama produk-produk di pasaran modal iaitu iaitu:

* Ekuiti (Saham / Unit Trust / REITs/ Index Fund / ETF )
* Bon & Debentur
* Derivatif (Option & Future)

* Produk Berstruktur


# DALIL WAJIB  ZAKAT PELABURAN



# SYARAT WAJIB ZAKAT PELABURAN

* ISLAM
- Diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.

* MILIK SEMPURNA
- Mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan.

* MILIK PIHAK TERTENTU
- Saham atau pelaburan yang dimiliki oleh masjid, surau, dan dana untuk maslahah am dan seumpamanya, TIDAK WAJIB zakat.

* CUKUP NISAB
- Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka, ianya DIWAJIBKAN zakat.

* CUKUP HAUL
- Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh 1 (SATU) tahun pemilikan portfolio pelaburan.

* HALAL
- Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.


#KAEDAH TAKSIRAN ZAKAT PELABURAN


Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan.


# CARA PENGIRAAN ZAKAT PELABURAN

Mari kita lihat bagaimana cara pengiraan zakat pelaburan ke atas saham yang dimiliki oleh syarikat.

 


#ZAKAT PELABURAN TIDAK TERSENARAI DALAM SYARIKAT PERSENDIRIAN DAN KOPERASI

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 26 Mac 2007 (rujuk Panduan Zakat Perniagaan terbitan LZS 2007). memutuskan bahawa hukum zakat pelaburan WAJIB dikeluarkan oleh syarikat berdasarkan hukum KHULTOH iaitu harta bercampur. 
Tetapi sekiranya syarikat tidak membayar zakat,maka kewajipan zakat WAJIB ditunaikan oleh INDIVIDU.


Senario 1: Syarikat Membayar Zakat

Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-

* Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan
* Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan


Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat

Zakat dikenakan ke atas individu berdasarkan PERATUS NILAI PEGANGAN INDIVIDU dalam syarikat tersebut.

Contoh Taksiran

Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2012 ialah RM10 juta.

Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000
Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%
Zakat Pelaburan En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak tahu cara nak kira Zakat Pelaburan? 
Jom guna Kalkulator Zakat ni.
Cuma klik ja banner di bawah.



Opps..Terlupa pula..Ada satu berita menarik buat semua pembayar zakat. Korang berpeluang memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan oleh Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji.
Yang menariknya, korang boleh kongsi bersama asnaf terpilih.

Jom Tunai Zakat " Menang & Kongsi " ini akan berakhir pada 31 Disember 2021. Jangan lepaskan peluang keemasan ni....Besar pahalanya berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Insha allah,akan diluaskan lagi rezeki korang.








Hotline : 1-300-88-4343










No comments:

Post a Comment

Thanks a lot for your comment..