* jari aku pun jadi mcm sindrom di bawah.....aduh.....
Sindrom ini berlaku apabila saraf median pada pergelangan tangan
tersepit disebabkan terowong di sendi pergelangan tangan menjadi semakin
sempit.
Terowong berkenaan memberikan laluan dan perlindungan kepada lapan saraf median ke bahagian tangan.
"Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi
dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya
melemahkan bahagian tangan," katanya.
Simptomnya bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada
bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan
lengan.
RawatanPesakit yang mempunyai simptom Sindrom Tunnel
Carpal disarankan menjalani ujian saraf Nerve bagi menentukan sama ada
impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.
"Biasanya ujian yang dijalankan pada kedua-dua belah tangan dan
selepas itu jika terdapat sindrom berkenaan, rawatan akan dilakukan pada
kedua-dua belah tangan.
"Ujiannya yang dijalankan boleh menentukan sama ada kecederaannya parah, sederhana atau ringan.
"Selain itu doktor juga akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan," katanya.
Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan
doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel
berlaku sekitar bahagian tangan.
No comments:
Post a Comment
Thanks a lot for your comment..