Sep 4, 2014

Kebaikan Kahwin Muda

 

Kahwin muda? Sinonim sebagai tradisi nenek moyang kita dulu yang berkahwin seawal usia 18 tahun.Akhirnya perkahwinan tersebut bertahan hingga akhir hayat.

Lain pula dengan zaman sekarang,pasangan yang bercinta takut untuk berkahwin di usia muda kerana bimbang tidak dapat bebas dan tidak sukakan komitmen..Sbenarnya berkahwin muda mempunyai kebaikannya tersendiri...

Macam Irna..Irna dan Mr E pun kahwin muda..Sewaktu itu Irna baru berusia 19 thn dan Mr E pula 22 thn..Sewaktu itu kami masih lagi study di sebuah kolej swasta..Irna mula hamil anak pertama ketika usia Irna 20thn dan last semester..Alhamdulilah,Irna dapat habiskan pengajian Irna walau sarat mengandung..

Sekarang usia perkahwinan kami dah pun 11 tahun..Siapa kata kahwin muda menyusahkan?Semuanya terletak pada pasangan tersebut utk kekal hingga akhir hayat.
 
 
Elakkan Diri dari gejala sosial dan terkutuk.
Perkahwinan di usia muda dapat membendung dan menggelakkan gejala yang tidak elok seperti seks luar nikah dan pembuangan bayi.

Tuntutan Agama
Perkahwinan adalah satu tuntutan agama yang disarankan dalam agama Islam.Mendirikan rumahtangga seperti mendirikan sebuah masjid.
 
Mematangkan Diri
Perkahwinan dapat mematangkan diri seseorang apabila dia mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan yang dinikahi.
 
Memperbaiki Diri
Perkahwinan membolehkan seseorang memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik Lebih matang.
 
Mengelakkan Fitnah
Berdua-duan sebelum berkahwin memang akan menimbulkan fitnah.Tidak manis ditengok orang.Lebih baik bernikah daripada kena fitnah...



No comments:

Post a Comment

Thanks a lot for your comment..