Jun 3, 2016

Awasi Anak-anak dari Pedofilia...


Petang semalam terbaca dalam FB pasal warga Britain Richard Huckle seorang pedofilia, yang mengaku telah merogol kanak-kanak di Malaysia..Ya Allah..ramainya...Rasa sedih bila teringat apa yang terjadi pada anak yang menjadi mangsa nafsu gila dia tu......

Dah lama rupanya dia buat kerja jahat dengan menyambar sebagai guru bahasa Inggeris...Kes ni jadi pada tahun 2006 hingga 2014.....Mangsanya pula dari usia 6 bulan hingga 12 tahun.....Polis Malaysia pun baru tahu bila Richard ni ditangkap di lapangan terbang London pada tahun 2014...Bukan setakat rogol dan serangan seksual ja si Richard ni buat.....gambar dan rakaman video mangsa pun ditangkap dan disebarkan ke laman web pedofilia yang dipanggil Love Zone.....
 



Apa itu Pedofilia ?

Sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa tertarik secara seksual kepada kanak-kanak yang belum baligh/di bawah umur..
Individu yang mempunyai pedofilia melakukan seks dengan kanak-kanak atau menggunakan kanak-kanak untuk seks.

Jadi kita sebagai ibu bapa kena ajar anak-anak untuk alert dengan masalah pedofilia ni....
Eirna pun ada anak-anak yang masih kecil...Sentiasa pesan pada anak-anak supaya jangan percaya atau ikut orang yang tak dikenali..

Selalu juga Eirna ceritakan dan ajar anak-anak peraturan Sentuhan anggota sulit....Rasanya di sekolah pun,cikgu ada ajar bab ni...
 

Ajar anak-anak kalau nampak orang yang tak dikenali cuba buat benda pelik..terus lari...
Zaman sekarang ni,saudara sendiri pun tak boleh dipercayai....Sentiasa ajar anak batas-batas pengaulan bila bergaul dengan golongan berlainan jantina...

Semoga Allah melindungi anak-anak dari anasir-anasir jahat...Amin Ya Rabbal Alamin...



2 comments:

  1. mcm2 sekarang ni..semua kena berhati2..

    ReplyDelete
  2. Agree with Nurul Aqidah Azahar . ;-; Anyway, Jemputlah join segmen terbaru Nisha ya ^^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/06/segmen-bloglist-bulan-jun-julai-by-hbj.html

    ReplyDelete

Thanks a lot for your comment..