The Filing Station adalah satu kafe unik kerana ianya terletak di dalam sebuah stesen minyak.Mesti korang rasa pelik kan?
Kebiasaannya korang akan nampak kedai serbaneka ja kan? Tapi kali ni Eirna nak memperkenalkan kafe yang terletak di Shell Desa Sri Hartamas ni.
Konsen moden dan simple dipilih bagi ruangan di The Filing Station ini. Dibuka seawal jam 7 pagi - 10 malam setiap hari.
Di The Filing Station,pelbagai versi menu diketengahkan seperti masakan Kampung dan Barat.
Dari menu sarapan hingga ke menu makan malam.
Setiap menu yang dihidangkan tidak menggunakan sebarang bahan perasa ( No MSG ),
tanpa bahan pengawet atau pewarna tiruan.
tanpa bahan pengawet atau pewarna tiruan.
Tapi yang bestnya tentang The Filing Station ialah korang boleh dapatkan makanan viral di negeri Perlis seperti Nasi Ganja dan Pulut Pelam Harumanis ( ikut musim Harumanis ) dan masakan dari Utara.
Mesti korang suka kan?
Bagi menu Barat pula, kafe ini menyediakan aneka pilihan pasta,Quinoa Tabboulah,sandwich dan wrap,burger dan aneka salad.
Untuk dessert dan minuman panas serta sejuk pula turut disediakan di The Filing Station.
The Filing Station turut menawarkan khidmat penghantaran,events dan perkhidmatan katering bagi semua majlis.
p/s : Promosi Terkini di The Filing Station iaitu Burger Friday ( Get 1 Free Drink with every purchase of tFS Burger
&
Fuel UP & Fill Up ( Get 20% discount on any Signature Bowl,Handcrafted Bowl,Pasta Bowl & Salad Bowl with minimum RM50 purchase of SHELL New Fuels
Peta Lokasi The Filling Station
Dah lama tak makan Nasi Ganja. Dulu duduk kat Perlis boleh kata tiap2 minggu akan makan Nasi Ganja :D
ReplyDeleteNasi Ganja still ada lagi kat Perlis.Eirna blk umah MIL kt sana..Wajib singgah gerai Nasi Ganja ni..Kat Repoh..
Delete