Oct 13, 2018

Kekal Sihat dengan kebaikan Susu UHT Fernleaf


Kesihatan adalah perkara utama yang paling dititikberatkan oleh keluarga terutama anak-anak yang semakin membesar.Pemilihan susu yang berkualiti tinggi dan berkhasiat menjamin kesihatan seisi keluarga.Termasuk keluarga kecil Eirna yang memilih susu UHT dari Fernleaf.
 

Susu UHT dari Fernleaf diperbuat daripada 100% kebaikan susu segar dari New Zealand.Tenusu terbaik di dunia tau...Untuk pengetahuan korang,di New Zealand,mereka mengusahakan ladang mereka secara semulajadi dimana mereka memberi kebebasan kepada lembu mereka.
 Maknanya lembu tenusu diberi kebebasan meragut di padang rumput yang segar dan subur.
Jadi susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap oleh tubuh badan.



 Selain itu, ia juga mengandungi sumber nutrien yang lain seperti protein yang berkualiti tinggi,magnesium,Vitamin A & D. Eirna nak beritahu korang ni yang lembu tenusu di New Zealand ni menghabiskan 90% masa untuk meragut secara bebas pada hari yang cerah dimana lembu tenusu secara tidak langsung mendapat kandungan Vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu lain yang terkurung dalam kandang.

Susu UHT Fernleaf dikeluarkan dengan 3 variasi iaitu Penuh Krim,Rendah Lemak dan Coklat.
Boleh didapati dengan kotak 1 liter dan 200ml 


Anak-anak Eirna gemarkan keaslian susu UHT dari Fernleaf ni...Terutama Qayyum dan Qayyim.Pantang nampak ada dalam peti sejuk,mesti ambil sampai tak ingat orang belakang....Boleh bergaduh dua beradik ni pasal berebut susu UHT ni.


4 comments:

  1. mmg beli susu fernleaf tp yg family punya. wajib mnum sblm tdo. baru lah leh nyenyak tdo. hehhee

    ReplyDelete
  2. alahaiiii... sedapnya dia minum susu.

    ReplyDelete
  3. Susu kegemaran juju masa kecik2 dulu tau...mmg sedap susu ni irna

    ReplyDelete

Thanks a lot for your comment..