Nov 22, 2019

McDonald's sumbang lebih RM569,000 untuk bantu golongan memerlukan di Kedah.


SUNGAI PETANI, 18 November 2019 – Lebih RM560,000 disampaikan oleh McDonald’s Malaysia
melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan di bawah Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah. Ini
adalah inisiatif oleh syarikat khidmat segera terkemuka tersebut bagi memberi manfaat kepada
golongan kurang berkemampuan di seluruh negara.
Penyampaian sumbangan Program Komuniti Peringkat Negeri Kedah kali ini diadakan di restoran
terbaharu McDonald’s di negeri ini, iaitu McDonald’s Pandu-Lalu Aman Jaya di Sungai Petani, Kedah.
 
Antara inisiatif-inisiatif kemasyarakatan yang diumumkan termasuklah pembayaran zakat perniagaan
McDonald’s, pelantikan belia-belia dari keluarga kurang berkemampuan untuk menyertai SLDN
McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah” kepada kanak-kanak sekolah rendah dari
keluarga berpendapatan rendah. 

Membantu golongan masyarakat yang memerlukan merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia.
Program Komuniti McDonald’s mengetengahkan komitmen kami dalam melaksanakan aktiviti-aktivitikemasyarakatan di seluruh negara di bawah tanggungjawab sosial korporat syarikat” kata AzmirJaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.Dengan pembukaan restoran terbaharu kami di Kedah ini, kami dapat terus menyumbang kepada
ekonomi tempatan melalui peluang pekerjaan dan pembangunan bakat. Pada masa sama ia
membolehkan syarikat mendekati dan membantu lebih ramai golongan masyarakat yang memerlukan
melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan yang dianjurkan di sekitar lokasi restoran, tambah Azmir
yang juga Presiden RMHC Malaysia. RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan
McDonald’s Malaysia. 





 YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah merupakan tetamu kehormat yang hadir di majlis hari ini.
“Melalui Bajet Kedah 2020, kerajaan negeri Kedah menitikberatkan nasib golongan kurang bernasib
baik di negeri ini dengan peruntukan lebih RM4 juta yang melibatkan pelbagai usaha membasmi
kemiskinan dan projek pembangunan sosial,” kata Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz, Menteri Besar Kedah.
“Saya melihat setiap usaha yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia di negeri ini sebagai
komitmen yang mantap kearah meningkatkan sosio-ekonomi negeri Kedah. Program Komuniti yang
dianjurkan merupakan sesuatu yang wajar dipuji, demi manfaat masyarakat secara menyeluruh,”
tambah YAB Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir.


Agihan zakat perniagaan McDonald’s Malaysia


 
McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Kedah untuk tahun 2019 dengan
bayaran zakat berjumlah RM101,000. McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat
Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti
perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.

" Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama
untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat
yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn
Pte. Ltd. iaitu sebuah syarikat di bawah Reza Group dari Arab Saudi, "kata Azmir.
 

Inisiatif pekerjaan untuk belia melalui SLDN McDonald’s


  
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan yang berteraskan
industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 
30 peratus kelas teori di bilik darjah.
Program yang ditaja sepenuhnya ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD),
Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan
piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda
negara.

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Kedah untuk menyertai program latihan
kami ini. Diharap melalui program ini, individu terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan
untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan
status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.
Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada
golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program
ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan
insurans, serta makanan percuma sepanjang mengikuti latihan.
 

 Program “Kembali ke Sekolah”



1,680 kanak-kanak dari 56 sekolah di seluruh negeri Kedah menerima pek “Kembali ke Sekolah”
tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's
Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober
lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi
membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan
miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.
 
Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah,
sepasang kasut, sepasang stoking dan beg sekolah bernilai RM100.
 
 
Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke
Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula
menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan
sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat
membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysiadi talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.


...............................................................................................................................................................


Latarbelakang McDonald’s

McDonald’s adalah rangkaian global perkhidmatan makanan melibatkan kira-kira 36,000 cawangan
restoran di seluruh dunia dengan pelanggan lebih 70 juta sehari di lebih 100 buah negara. Sepanjang
37 tahun McDonald’s di Malaysia, McDonald’s memberi perkhidmatan kepada lebih 13.5 juta
pelanggan sebulan di lebih daripada 290 restoran di seluruh negara. McDonald’s Malaysia
mempunyai lebih 14,000 kakitangan di semua rangkaian restorannya di seluruh negara dengan
mewujudkan pelbagai peluang perkembangan karier, latihan dan pembangunan. Untuk maklumat
lanjut, sila layari www.mcdonalds.com.my.
Latarbelakang RMHC

RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai organisasi bukan berasaskan
keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang
mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.
RMHC menjalankan empat program utama untuk menyokong teras Kesihatan, Pendidikan dan
Kebajikan. Program-program ini ialah Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Giftof Smile’ dan Program Pek Kembali ke Sekolah. 

Sejak 29 tahun lalu, RMHC telah memberi impak dalam kehidupan lebih 40,000 kanak-kanak melibatkan kesihatan, pendidikan dan kebajikan dengan pembiayaan lebih RM27 juta. Dana untuk program-program yang dijalankan diperoleh daripada sumbangan ikhlas individu menerusi tabung yang terdapat di sestoran-restoran McDonald’s dan jugatajaan serta sumbangan dari rakan korporat. 
Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari
https://rmhc-malaysia.my/

No comments:

Post a Comment

Thanks a lot for your comment..