Oct 25, 2020

Kebaikan D'Aura Aromatic Virgin Coconut Oil ( D'Aura AVCO ) Untuk Kulit dan Rambut




Bila cakap pasal minyak kelapa dara ni mesti kita bayangkan bau yang kurang menyenangkan.Tambahan pula bila disapu di atas rambut kita sendiri. Ikut petua orang tua,bagus untuk lebatkan rambut dan suburkan rambut yang gugur.Sebenarnya ia memang terbukti keberkesanan minyak kelapa dara ni jika disapu pada rambut.Sebenarnya ianya mampu digunakan utk kulit kita.


Kini minyak kelapa dara diinovasikan menggunakan teknologi terkini dan dikomersialkan di pasaran Malaysia dan di luar negara.D'Aura Group Sdn Bhd adalah salah satu syarikat Bumiputera yang mengetengahkan produk berasaskan minyak kelapa dara.



APAKAH ITU AVCO ?



Mari Eirna perkenalkan kepada korang produk dari D'Aura iaitu Aromatic Virgin Coconut Oil atau nama singkatannya AVCO di mana ia diformulasikan untuk meningkatkan bauan aromatik tanpa menjejaskan keaslian minyak kelapa dara.Ianya kaya dengan kandungan antioksidan dan Vitamin E dimana ia boleh menjadi rutin penjagaan yang amat sesuai untuk kulit dan rambut.Ianya diperbuat daripada 100% minyak kelapa dara asli tapa bahan kimia yang merbahaya seperti SLS,paraben dan plumbum.Ia juga diadun dengan haruman semulajadi dimana sangat terbukti digunakan sebagai penanggal mekap ( make-up remover ) sambil menyerlahkan keserian kulit wajah korang.


Yang bestnya AVCO ni ialah ianya tak meninggalkan kesan melekit pada kulit kerana minyak kelapa dara merupakan minyak yang paling cepat meresap pada kulit. Teksturnya yang lembut dan cepat meresap pada kulit dan harumannya yang menenangkan mampu menerbitkan aura positif dalam diri.
Proses penyerapan pada kulit cuma mengambil masa 5 ke 10 minit sahaja.


Isian bagi setiap botol AVCO ialah 50ml dengan botol yang boleh dipam dan mempunyai penutup luar.Ianya mudah dibawa ke mana sahaja dan harga cuma RM22.90 sebotol.Memang berpatutan dan jimat.

Yang paling penting sekali ialah kualitinya yang 100% asli,produk Buatan Malaysia dan mendapat pengesahan daripada KKM.




Setiap AVCO tahan selama 2 tahun selepas dibuka.Bagi tempoh penggunaan pula,sebotol AVCO boleh tahan sehingga 1 tahun atau 2 tahun sekiranya had penggunaan 2x sehari.



Didatangkan dengan 2 haruman iaitu Morning Dew dan Fresh Floral.

Morning Dew ~ berasaskan bauan kesegaran alam semulajadi.

Fresh Floral ~ berasaskan flora atau bunga.


SIAPA YANG PERLU CONSUME

1.Ibu hamil
2..Bayi
 3.Warga emas
4. Orang dewasa



KELEBIHAN AROMATIC VIRGIN COCONUT OIL (AVCO)



1. Merawat dan menyegarkan kulit kepala.

Ia mampu membantu menghilangkan masalah kelumumur,rambut kusam,kering dan rambut bercabang.
Harumannya mampu menyegarkan rambut dan kulit kepala terutama si pemakai yang berhijab macam Eirna.Tak perlu risau bab gatal kulit kepala dan bau hapak bila berada di khalayak ramai.Betul tak?


2. Menguatkan dan melebatkan rambut.

Eirna gunakan AVCO untuk menyelesaikan masalah keguguran rambut yang teruk.Runsing sebab Eirna memiliki rambut halus dan nipis.Takut nanti dapat kepala botak pula. Dengan AVCO ni, ia mampu menguatkan dan melebatkan rambut si pemakainya. Minyak kelapa dara memang terkenal dengan fungsi untuk melebatkan rambut.


3. Melembapkan dan mencantikkan kulit.

AVCO mampu membantu melembapkan kulit yang kering dan kusam.Ia juga sesuai untuk si pemakai yang memiliki kulit sensitif di mana ia tak perlu risau bab bahan kimia.Kulit muka akan rasa segar,berseri dan " glowing".
Walaupun korang memiliki kulit yang berminyak,AVCO ni pun boleh membantu mengurangkan minyak di wajah korang.Pakai sebelum tidur. Insha allah,masalah kulit berminyak akan berkurangan.


4. Melembap,menganjalkan serta mengurangkan kedutan halus pada wajah.

Ni yang paling perempuan takutkan bila usia semakin meningkat,masalah penuaan@kedutan pada wajah.Dengan AVCO,kandungan antioksidan mampu melambatkan proses penuaan di wajah.Jadi korang kena la rajin sapu AVCO untuk rasa kesannya.Hehehehe..


5. Merawat luka dengan cepat.

Baru-baru ni Eirna ada masalah bibir bengkak dan melecur kerana demam panas.Habis bengkak bibir bahagian atas macam kena tumbuk.Habis officemate tanya sebab apa.Nasib la pakai mask sbb ikut SOP Covid 19. Selepas bengkak surut dan kesan melecur dah kering,Eirna cuba sapu AVCO di bibir dan ianya semakin sembuh.


6. Sebagai penanggal mekap ( make-up remover )

Produk macam ni memang wajib ada dalam setiap beng tangan atau beg perempuan terutama yang memakai mekap. Tak lengkap rasanya kalau tak ada.Dengan AVCO,korang cuma perlu picit sedikit di kapas muka dan bersihkan mekap dengan mudah dan cepat.



6. Mengawal jerawat serta memudarkan jeragat dan parut.

Dengan AVCO,korang dapat mengawal masalah jerawat serta jeragat.
Cuma gunakan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang berkesan.Parut jerawat pun boleh hilang tau.


7. Boleh digunakan sebagai minyak urut.

AVCO ni pun boleh digunakan sebagai minyak urut kerana ianya tidak melekit dan berbau harum.Macam kat spa kecantikan tu. Aromaterapi badan bila seharian menguruskan kerja di pejabat atau rumah.Sekali sekala kena manjakan dengan aroma yang sebegini untuk melepaskan stress.


BELI D'AURA AVCO SECARA ONLINE


D'Aura ACVO boleh didapatkan di website D'Aura atau kedai Shopee.Tak perlu susah untuk cari di farmasi.


Info lanjut :

Website D'Aurawww.daura.com.my











No comments:

Post a Comment

Thanks a lot for your comment..