Jul 21, 2014

My Kad,Touch n Go & Balik Kampung

 

 Assalam...
Tak lama lg kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa.Mesti ramai yang memilih utk pulang ke kampung halaman utk berhari raya kan?Tol mesti sesak terutama sewaktu hendak bayar duit tol di lorong Tunai kan?Utk menggelakkan kesesakan tu,apa kata korang cuba pakai kad Touch n Go.Kan senang keja kita...Hehehe

Sekarang ni,My Kad pun boleh guna di lorong Touch n Go..Kini dilengkapi cip Touch n Go...Korang tau x? Sapa2 yg dh buat IC baru,cuba tgk di belakang IC korang..ada x logo ni?

 
 Kalau ada,boleh la guna sebagai kad Touch n Go..X payah susah2 nk beli kad..Cuma perlu tambah nilai ja bagi ada kredit..Tambah nilai sama jugak mcm kad Touch n Go.Boleh tambah nilai di plaza Tol,stesen LRT,mesin ATM yg mempunyai logo Touch n Go dan stesen minyak..X susah kan?X payah pkai banyak2 kad..Guna My Kad ja.. 

Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan dari PLUS Sempena Aidilfitri 2014

Jadual TTA_Malay_2014_new

Jul 19, 2014

Terkini MH17 : 181 mangsa nahas dijumpai..


Seramai 181 mangsa nahas pesawat MH17 telah dijumpai pada hari Jumaat,menurut Menteri Luar Ukraine Andriy Sybiga.Semua mangsa nahas akan dihantar ke Kharkiv,sebuah agensi kerajaan utk dikenalpasti.Perja-pekerja kecemasan meneruskan usaha pencarian di kawasan bangkai pesawat MH17 terhempas.

*Sumber dari AstroWani

Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine..


Pada 17.07.2014,Malaysia digemparkan dengan berita yg benar menyayat hati semua rakyat Malaysia.Pesawat MAS MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah jatuh terhempas di Ukraine..Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat Seramai 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 krew terbunuh dlm kejadian nahas ini.Dikhabarkan bahawa pesawat MH17 telah ditembak dengan peluru berpandu BUK oleh pihak yg tidak dpt dikenalpasti lagi.


Bersama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada mangsa nahas MH17 yg beragama Islam dan takziah buat keluarga mangsa.




Jul 16, 2014

Harga Baru Lesen Kereta dan Motosikal Mulai 14 Julai 2014

Bermula 14 Julai 2014,harga Lesen Kereta (Kelas D) dan Motosikal (Kelas B2) akan naik lagi disebabkan naiktaraf Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) oleh JPJ.Ia berkuatkuasa serta merta di seluruh institusi memandu negara.

 



Format baru Lesen Kereta dan Motosikal 2014

  • Penambahan modul kelas KPP merangkumi 3 teras atau 3 elemen utama.
  • Buku teks KPP baru / Sukatan Pembelajaran Terkini
  • Kelas modul KPP utk kereta dan motosikal diasingkan.
  • Ujian Komputer juga berbeza utk kereta dan motosikal

 Harga Terkini utk Lesen Kereta dan Motosikal 2014

  • Lesen Kereta (Kelas D) ~ RM 1200 dinaik ke RM2000
  • Lesen Motosikal (Kelas B2) ~ RM600 dinaikkan ke RM1050 *Termasuk yuran lesen

  Kelas D

 harga kereta

Kelas B2
 
 b2

"Super Raya Sale" Bersama Lazada


 Displaying SuperRaya.png

Sempena hari raya Aidilfitri yang kian hampir,Lazada Malaysia menganjurkan "Super Raya" selama satu hari iaitu pada 16 Julai 2014.Ia diadakan sempena aktiviti tahunan Tourism Malaysia iaitu 1Malaysia Mega Sale  yang merupakan acara membeli-belah yg terkenal di Malaysia.

"Super Raya Sale" ini melibatkan kesemua 13 kategori barangan yang ditawarkan di Lazada.Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 92% ketika membeli-belah di Lazada.

 Displaying Raya Open House.png

 Displaying HattaDolmat.png

Selain itu,Lazada juga menganjurkan permainan "Wheel Of Raya"sepanjang jualan berlangsung utk memberi peluang kepada pelanggan utk memenangi hadiah menarik seperti baucer tunai bernilai RM39,000 dan 1000 unit cecair pencuci pinggan mangkuk berjenama JOY.




Displaying WheelOFRaya.png 

Maklumat lanjut mengenai "Super Raya Sale" ni..sila klik link dibawah

Product Review : Safi Shayla Utk Wanita Bertudung


Rambut gugur?Byk kelemumur?Rambut kusam?Kasar?..Mcmana nk buat ni?Saya bertudung..
.Jangan risau..SAFI ada jawapannya..

Safi ada mengeluarkan produk terbaru penjagaan rambut khas utk wanita bertudung iaitu SAFI SHAYLA..Terdapat 4 variasi Syampu Safi Shayla iaitu Licin Terurus,Segar Bermaya,Kawalan Rambut Gugur,Anti Kelemumur serta Perapi Rambut dan Penyegar Kulit Kepala.Produk ini menggunakan Habbatus Sauda sebagai salah satu ramuan.Produk Safi  ni halal,selamat dan suci.




Review utk hari berdasarkan pengalaman Irna sendiri guna produk ni disebabkan masalah kelemumur..Tambahan pula Irna wanita berkerjaya yg bertudung..Banyak produk Irna dah cuba..Tetap ada lg kelemumur..Susah nak cari produk ni masa mula dikeluarkan.Merata Irna cari..Guardin dan Watson pun x ada produk ni..Akhirnya jumpa jgk kat Giant..
Utk produk ni,Irna pilih syampu Safi Shayla utk Anti Kelemumur dan Penyegar Kulit Kepala.

Anti KelemumurPenyegar Kulit Kepala


Syampu Safi Shayla Anti Kelemumur ni mmg bagus.Masa Irna syampu rambut dengan syampu ni,rasa berangin dan sejuk rambut dan kulit kepala..Best sgt..Bau pun wangi sgt...Lepas syampu,Irna guna pulak Penyegar Kulit Kepala.Yg ni ditambah dengan Menthol. dan baunya kekal lama walaupun pakai tudung dlm jangka masa yg lama..Sesuai sgt la dengan Irna yg bekerja..Pegi kerja pun,dah x rasa gatal kulit kepala lagi...Memang puas hati dan berbaloi beli produk ni..

Irna bagi 5
utk produk ni....


Apa lagi...Wanita bertudung di luar sana...Cubalah produk ini..Pasti dapat mengatasi masalah rambut anda..Rugi x beli..






Jul 15, 2014

Sukan Paintball, Sukan Extreme


Hai bloggers....Kali ni Irna tukar topik sukan pulak...Korang pernah dengar tak sukan "Paintball" ? Sukan ni dah lama popular di negara Barat dan sekarang popular di Malaysia..Sukan ni memang extreme dan lasak..Tp best..Husband Irna pun main sukan ni..Dah hampir 12 tahun dia join..Jadi Irna nk terangkan serba sedikit sukan extreme ni..




Paintball adalah sukan di mana pemain bersaing samada kumpulan ataupun individu utk menghapuskan lawan dengan meletakkan tanda menggunakan bebola gelatin yg berisi cecair larut air.Ia dipanggil "pellets".Pemain menggunakan sejenis peranti yg dipanggil " marker ".

Marker paintball
Pellet


 










Pellets ni tidak bahaya..Diperbuat daripada gelatin tumbuhan dan cecair di dlmnya adalah larut air.

Ni peralatan2  yang lain 


Pod dan harness
Pod utk isi pellets extra...


Face mask

Facemask ni wajib ada utk main sukan ni...
 

Barrel socks
 
Barrel sock utk disarungkan pada barrel.Wajib pakai sock ni apabila ada di luar padang..Ni utk keselamatan.
Air Tank

 Yg ni pun wajib ada..Klau x ada benda ni..x function la marker uolls.Hehehe



 Pakaian pun mestilah yg bersesuaian..Mcm paintball pants ni..Siap ada safety pad lg..Glove pun kena pakai..Kan nk sliding atas padang...takut cedera..