Oct 13, 2014

Malaysia memerlukan 900 lagi pakar psikiatri..

 

Sekarang,Malaysia hanya mempunyai seramai  300 pakar psikiatri di seluruh negara dimana 1 pakar psikiatri mewakili keperluan 150,000 penduduk.Keperluan nisbah dan standard kebangsaan ialah 1 pakar bersamaan 50,000 penduduk sahaja.Malaysia masih tidak dapat menampung jumlah yang diperlukan kerana tidak banyak yang berminat dalam bidang tersebut.Tambahan pula. sekarang pesakit mental mula bertambah.

Menurut kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan 2011 mendapati 1.8 peratus atau 340,000 penduduk dewasa mengalami kemurungan dan pelbagai masalah kesihatan mental.Semua individu berkenaan tidak pernah menerima rawatan kesihatan mental di hospital.

Kanak-kanak berusia 5 - 15 tahun juga dikesan terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan mental dimana 1 daripada 5 kanak-kanak mengalaminya.



1 comment:

  1. menyelit disini , wang tunai menanti anda, jemput join segmen saya

    ReplyDelete

Thanks a lot for your comment..