About Me

Pakej Murah Seoul 2017

Our Location

728 x 90

Follow us on instagram

Dec 30, 2016

Nantikan kemunculan Harumanis Adventure Trail Run 3.0 2017...


Lagi 2 hari sahaja dah nak masuk tahun 2017...Sekejap ja masa berlalu kan ? Sebenarnya Eirna bukan nak tulis pasal 2017 tapi pasal satu event khas buat runners Malaysia yang bakal muncul semula pada  Mei 2017...

Nak tahu apa event tu ? 
Mesti la event " Harumanis Adventure Trail Run 3.0 " dimana ia adalah event tahunan yang dibuat di Perlis sempena musim buah mangga Harumanis....Ia diadakan pada 01 May iaitu pada hari Pekerja...Menarik kan ?
Tahun 2017 adalah tahun ke-3 ia diadakan.... Bagi runners yang pernah sertai sebelum ini mesti ternanti-nantikan event ini kan?
Lepas lari,korang boleh la shopping banyak-banyak mangga Harumanis yang famous tu..Yang ni memang gred A punya sebab beli segar dari ladang Harumanis..
Selain itu,korang boleh cuba rasa keenakan pulut mangga Harumanis serta jus Harumanis di Harumanis Cafe. Produk lain yang berasaskan mangga Harumanis seperti kordial,makanan ringan dan sebagainya ada dijual di situ...
 
 * Sumber : Google

Kali ni event Harumanis Adventure Trail Run 3.0 ada penambahan sedikit dari tahun lepas...Bagi yang berminat yang nak sertai event ni , boleh la register secara online di website Harumanis Adventure Trail Run.
Penyertaan baru dibuka beberapa hari lepas dan akan tamat pada penghujung April 2017.

Jom korang sertai ramai-ramai....Nanti jumpa Eirna di sana ya!!!!




MAKLUMAT EVENT

Tarikh :

1 Mei 2017 ( Isnin )


Masa :

6.30 pagi - 12 t/hari


Lokasi :

Sungai Batu Pahat,Kangar,Perlis


Jarak :

15 km


Kategori  & Yuran Penyertaan :

Open ( Tiada Had Umur )
** RM 160/pasukan

Local Open ( 18 tahun - 44 tahun )
** RM 160/pasukan
Local Veteran ( 45 tahun ke atas )
** RM 150/pasukan
Local Junior ( 17 tahun ke bawah )
** RM 120/pasukan

 ** Klik link kat bawah ni utk register ya...



PROMO T-SHIRT



FINISHER MEDAL


* Medal yang siap


Atas ni pic yang Eirna dapat dari Instagram Harumanis Adventure Trail Run...Baru sahaja siap dibuat...Cantik kan?



PETA LOKASI


Maklumat lanjut mengenai event ni boleh la korang cari di website dan laman sosial Harumanis Adventure Trail Run seperti di bawah : -



Website :
 
Email :
info@harumanis-atr.com
 
Facebook :  

Instagram :

Twitter :



" MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"


 




No comments:

Post a Comment

Thanks a lot for your comment..