Oct 23, 2017

Basri Kuey Teow Kerang Port Makan Yang Sedap dan Best


Cakap pasal Kuey Teow Kerang atau Char Kuey Teow,memang kami anak beranak paling suka hunting port makan yang sedap.Anak-anak Eirna suka sangat dengan menu ni.Entah la ikut sapa punya selera.Heran jugak kami berdua laki bini ni..Asal malam Jumaat ja mesti wajib makan menu ni...Sebab apa malam Jumaat? Khamis sebenarnya hari yang kami laki bini setting untuk bawa 3
Q keluar makan dan hari Khamis kan hari last sekolah. bagi Kedah.

Port makan untuk menu ni banyak dah Eirna pergi area Sungai Petani dan cuba rasa.Ada yang okay dan ada yang kurang rasanya.Jadi kali ni Eirna nak promote satu port Kuey Teow Kerang yang baru di Sungai Petani,Kedah ni iaitu Basri Kuey Teow Kerang.

Lokasi gerai Basri Kuey Teow ni tak susah nak cari tau. Ia terletak di tapak Bazar Ramadhan Taman Ria.Berdekatan Wisma Ria. Sesiapa yang pernah pergi Bazar Ramadhan Taman Ria yang popular disebabkan gerai yang panjang tu. Tak susah la korang nak cari gerai Basri Kuey Teow ni.
Dibuka pada pukul 5.30 petang hingga 12 tengah malam dari Ahad hingga Jumaat 
( Sabtu tutup).

Owner gerai Basri Kuey Teow Kerang ni muda lagi.Kiranya ini bisnes terbaru dia selain supply doh dan bahan membuat pizza bagi francias Hot Pizza. Tak silap Eirna francias Hot Pizza ni dah sampai ke KL. Buatan anak Melayu lagi tu. Eirna pun memang ada beli juga pizza dari Hot Pizza ni dan rasanya memang sedap dan tak mengecewakan.

Jauh pula dah Eirna merepek ni.Sekiranya korang turun Sg.Petani dan nak cuba makan di Basri Kuey Teow Kerang ni,wajib korang pilih menu yang famous kat situ iaitu Kuey Teow Kerang Telur Atas.
 

Nampak sedap kan? Telur mata kerbau@telur gedik atas kuey teow kerang yang masih basah.Memang menyelerakan jika dimakan panas-panas.
 Ditambah pula cabai jeruk..Fuhh...Meleleh pula air liur Eirna tengok pic ni.
Disebabkan Eirna dah cuba makan menu ni,Eirna boleh bagi 4 bintang untuk rasa dan servis.Memang puas hati dengan rasa dia.


Qayyum paling teruja bila nampak Kuey Teow Kerang ni..Sampai nak tumpang rasa sikit pun dah bising tak cukup..Eirna memang raji mengusik si Qayyum ni sebab dia yang paling addict makan menu ni...

Selain Kuey Teow Kerang,terdapat juga menu lain di situ iaitu pizza. Tak semua orang suka makan macam kami anak beranak ni. Boleh la cuba ya..Rasa memang sedap dan memuaskan.

 Di Basri Kuey Teow Kerang ni,korang jangan risau bab parking sebab luas dan tak perlu nak berebut atau susah hati nak lintas jalan. Masa Eirna makan kat situ,kebanyakan pelanggan terdiri dari kalangan keluarga.Jadi bab parking ni memang kena ambil kira bila nak makan di luar.

Gerai ni memang bagus untuk golongan muda untuk lepak atau berkumpul dengan kawan-kawan.Pakcik balik dari masjid pun banyak juga singgah minum di gerai ni.Maknanya gerai Basri Kuey Teow Kerang ni sesuai sangat jadi port lepak yang strategik. Hahahahaha....

Nak cuba? Ni lokasi Basri Kuey Teow Kerang tu.









4 comments:

  1. wah makanan kegemaran saya juga nih.. kalau dekat dh g cuba..

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa kalau kat kl ni payah nak jumpa yg betul2 sedap

    ReplyDelete
  3. Salam singgah dan follow. :)

    Anda dijemput join GA saya..

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah balik ke Kedah boleh singgah ke sungai petani merasa koteow

    ReplyDelete

Thanks a lot for your comment..