Kalau cakap pasal laptop zaman sekarang ni, majoriti korang ada laptop sendiri kan? Tambahan pula sekarang banyak jenama yang keluarkan laptop model sendiri. Contohnya Asus,Acer,Dell dan bla..bla...jenama lain... Jujur nak cakap yang Eirna pun x ada laptop sendiri. Blogging cuma guna my Asus Tab dan My Honor ja untuk up entry dan buat job review..Hehehehehe..Eirna study dulu pun bab IT juga. Kat rumah cuma ada PC keramat Mr E yang tersimpan rapi dalam bilik sebab perintah berkurung untuk 2Q yg suka main game.
Ni sebenarnya nak cerita pasal anak dara kami@Qurratul yang pernah request kt Mr E nak ada laptop sendiri. Korang tahu tak jenama apa yang Qurratul request? Agak-agak korang la apa dia? Of course la jenama yang terkemuka tu...Jenama APPLE tau..Mac Book yang dimintanya...Adoi la anak....Mana nak cari tu? Eirna sendiri pun meminati jenama ini sebab sukakan teknologi yang digunakan oleh Apple ni. Mampu minat sahaja...Nak beli tak mampu.
Cerita bab minta laptop ni Qurratul pernah request masa dia baru umur 4 tahun 7 tahun lepas. Terkejut jugak sebab budak seusia muda macam tu boleh tahu pasal produk Apple ni..Besar impian Qurratul masa tu dan dia sendiri tahu harga utk produk tu memang mahal.Dia berharap satu hari nanti dia akan dapat apa yang dia impikan tu.
Kami berdua pun ada terfikir nak belikan laptop untuk Qurratul disebabkan sistem pendidikan sekarang yang banyak menggunakan teknologi untuk belajar. Kemudahan macam ni penting untuk anak-anak generasi kini dan akan datang.Insha allah dan doakan kami untuk berikan apa yang terbaik untuk anak dara kami ya.
Anak ni memang suka request yang mak ayah tak berapa nak mampu nak bagi kan? Dia ingat murah kot..hehe
ReplyDeletebudak2 mmg suka
ReplyDeletenak apple yea...hehe
ReplyDelete