Perlu diingat, menarik itu tidak semestinya mahal. Masih ada cara lain
untuk menikmati keseronokan berbulan madu dengan kos yang rendah.
Semuanya bergantung kepada anda untuk melakukan persediaan yang teliti.
Tidak perlu ke luar negara sebenarnya untuk berbulan madu kerana
segala-galanya ada di Malaysia. Apa kata langkah pertama, fikir dengan
teliti mengenai destinasi yang ingin anda pergi. Jika anda teringin
untuk menaiki kapal terbang sekalipun, anda boleh menempah tiket ke
Semenanjung atau ke Sabah dan Sarawak.
Kalau betul anda ingin
membawa yang tersayang ke luar negara atau destinasi yang perlu menaiki
kapal terbang, sudah tentu anda perlu tahu akan rangkaian penerbangan
yang menawarkan harga diskaun rendah. Tempahan tiket penerbangan murah
ditawarkan perlu ditempah setahun sebelum pemergian.
Dengan cara ini, anda akan dapat menjimatkan kos kewangan dan disimpan untuk perbelanjaan keperluan yang lain.