Aug 15, 2014

Website : TimeOut Penang,The Insider Guide to Penang

 
 
 

Website TimeOut Penang adalah panduan lengkap yang sesuai utk mereka yang ingin bercuti di Pulau Mutiara ini.

Ianya lengkap dengan berbagai maklumat yang anda perlu iaitu hotel,tempat menarik,hiburan,makanan,tempat membeli-belah,spa dan sebagainya.Ia juga mempunyai aplikasi utk telefon bimbit anda.


 
Assam Laksa
Nasi Kandar Beratur

Tap the humid weather with a refreshing Ais Tingkap
Ais Tingkap

Get up close to the Peranakan culture through delicious Nyonya food 
Masakan Peranakan Baba Nyonya
 

 Bukit Bendera

 
Batu Feringghi

Terdapat pelbagai maklumat mengenai tempat penginapan samada hotel,homestay,dorm dan sebagainya.
 
Photo by Queen's Hostel
Queen's Hostel ni khas utk perempuan sahaja.

 
Pedal Inn ni khas utk pelancong berbasikal atau bermotor..Keistimewaan tempat ni ialah ada tempat khas untuk menyimpan basikal atau motosikal,pusat servis basikal,kedai aksesori basikal..

Klik link di bawah utk tahu apa lagi yang menarik

Aug 13, 2014

Review Product : Dove Deo 7 days Challenge

dove-deo 
 
Dove Malaysia telah menganjurkan Dove Deo 7 days Challenge dimana Dove Malaysia akan memberikan sampel deadorant percuma kepada yg mendaftar.

Cepat sebelum stok habis..

Klik link ni utk sampel percuma 

Irna pun dh dapat sampel deadorant DOVE ni 2 minggu lepas.Saja ja request..Irna kan peminat fanatik sampel produk..Hehehe..Saja nak try jenama DOVE ni sebab Irna memang ada masalah ni.Masalah ni jadi semasa Irna preggy anak sulung dan sampai sekarang susah nk hilang.Mcm2 produk dah Irna guna..Tapi tak berkesan langsung.

Irna cuba pakai deodorant DOVE ni dan ia benar-benar berkesan dalam masa 7 hari.Alhamdulilah,masalah bawah lengan Irna selama ni hilang.Selain itu,ia juga mempunyai bau yang menyegar dan bahagian bawah lengan Irna mulai lembut berbeza dengan sebelum ni agak kasar.
Lepas ni,Irna akan beralih ke jenama DOVE pulak utk penjagaan diri..


Terima kasih,Dove Malaysia.

Apa itu Virus Ebola?

Ebola merupakan penyakit maut yang menjangkiti manusia dan juga haiwan mamalia lain seperti monyet,gorila dan cimpanze.Ebola ialah satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus.Virus ini baru dikenalpasti sebagai satu virus yang paling berbahaya di dunia.Ebola mudah berjangkit dan boleh menyebabkan kematian.


Simptom dan Fakta Virus Ebola

  • Ia dijangkiti oleh sejenis virus bernama Ebola dan ianya dikesan pd tahun 1976.
  • Ebola boleh berjangkit melalui darah,menyentuh barangan yg dicemari dengan virus Ebola seperti jarum suntihan atau menyentuh atau memakan daging haiwan yang dijangkiti virus Ebola
  • Pesakit Ebola akan mengalami demam,sakit kepala,sakit sendi,sakit tekak dan disususli dengan muntah-muntah dan cirit birit.Pada peringkat akhir penyakit Ebola,pesakit akan mengalami ruam dan pendarahan dalaman serta luaran.
  •  Virus Ebola menyebabkan pesakit lemah,lesu,keliru dan kekurangan air dlm badan.
  • Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 hingga 16 hari disebabkan kejutan dan kehilangan darah yg teruk.

Vaksin & Rawatan

  • Tiada vaksin berlesen utk Ebola.Beberapa vaksin sedang dikaji.
  • Tiada rawatan khusus.
  • Pesakit memerlukan penjagaan sokongan yang intensif.Pesakit akan sering megalami dehidrasi  dan memerlukan dehidrasi oral yang mengandungi elektrolit atau cecair intravena.
  • Utk mengelak penularan virus ini ialah tidak berhubung dengan pesakit.Pihak perubatan akan memakai sut khas seperti sut angkasawan utk melindungi seluruh badan.

Di Malaysia,pihak Kesihatan Malaysia telah mempunyai keupayaan utk mengesan dan merawat penyakit maut tersebut. Kerajaan Malaysia kini dlm langkah berjaga-jaga bagi menangani virus Ebola ini.Sehingga kini,tiada lagi kes penularan virus ini di Malaysia.


 

Aug 11, 2014

Lemang Tepung ?

Selepas abis cuti beraya...bermula la balik kehidupan di opis ni..Hehehe..Time rehat pagi pakat2 sembang pasal open house,raya kat mana dan mcm2 la..Bila ckp pasal lemang,ada la sorang member opis tanya..Pernah makan lemang tepung x ? Hah? Irna pun apa lagi..Terpinga..Ada ka lemang tepung?X pernah dengar pun..Member kata sedap..Mcm bengkang..Cara masak sama ja mcm masak lemang pulut tp bahan ja la lain..Guna buluh jugak..Tapi boleh buat kaler2..

 Ni la rupanya lemang tepung..


Ni Resepi Lemang Tepung
Dari : http://alwzbemybaby.blogspot.com

Bahan 
Tepung beras
Tepung pulut
Tepung gandum
Gula
Garam
Kapur
Air Pandan 
Santan

Cara2
1.Campurkan semua tepung dan masukkan air pandan sedikit demi sedikit.Tambah gula + garam
2. Gaul sebati dengan menggunakan tangan
3. Akhir sekali,masukkan santan dan gaul semula.Klau x cukup hijau,tambah pewarna hijau pulak.
4. Dah siap..Masukkan adunan ke dlm buluh yg diisikan daun pisang.
5. Bakar seperti bakar lemang pulut sehingga masak.




Aug 9, 2014

Giveaway #CikMielaBukaKedai

Assalamulaikum. Giveaway ini dibawakan oleh Cik Miela sempena pembukaan kedai Ladya Shops


Hadiah:
1x Long dress
1 x Long Tee
1 x Toup RM10
30 x mystery gift untuk 30 peserta pertama
Gambar hadiah:


Klik sini untuk join

The Ukhwah Gathering:Doa4 Ummah Organized By The Telekung Project

Assalam...Ingat lagi tak entry Irna sebelum ni pasal The Telekung Project? Satu komuniti yang melakukan kerja2 amal seperti waqaf telekung. Baca ni  The Telekung Project

Baru2 ni The Telekung Project ada post di FB mengenai satu projek iaitu The Ukhwah Gathering:Doa4 Ummah yg akan diadakan pd 16 September 2014 bertempat di Shah Alam.VVIP Jemputan ialah 800 org anak-anak yatim dan fakir miskin.Tujuan event ini ialah utk mengumpul kekuatan 800 anak yatim/fakir miskin drpada pelbagai rumah kebajikan di sekitar Selangor/Kuala Lumpur.
FB
Klik sini utk tahu lebih lanjut...



Dana diperlukan utk menampung kos logistik (sewa dewan.PA System,cetakan Yassin customade yg diserta doa Qunut Nazilah dan jamuan utk anak2 yatim/fakir miskin..

Sesiapa yg ingin memberi sumbangan ikhlas,boleh la menderma di akaun di bawah :

Akaun CIMB Pertubuhan Kebajikan Telekung Projek
8600-7250-3331
@
Akaun Maybank (Akaun khas admin TP)
5127-7250-1950 






Satay Jumbo di Sungai Lalang,Kedah



Ni la gerai Satay Jumbo Sungai Lalang,Kedah..Berdepan Jalan dari Gurun ke Sungai Petani..Selalu ramai org terutama musim org dapat gaji..Owner gerai ni suami isteri.Peramah orgnya.

Ni la satay Jumbo yg disebut-sebut tue..Nampak sedap kan?Memang sedap pun..X mahal.Secucuk cuma RM0.90 shj.Tp puas makan klau besar ni..


Qayyim pun selera makan satay ni..Dia suka satay yg banyak lemak..

Sapa2 yg dok area ni atau otw nk balik belah Utara..boleh la singgah gerai Satay Jumbo Sungai Lalang ni.
Berbaloi beli..

Aug 5, 2014

Riang Ria Hari Raya Aidilfitri 2014 ( Kedah - Perlis )

Assalam all blogger dan Selamat Hari Raya..Byk hari x update blog ni..Sibuk beraya..Hehehe..Hari ni baru sempat tgk blog...Hari ni Irna nk story aktiviti sepanjang raya ni....


Raya Pertama  ~ Sg.Petani
Pagi raya selalunya kami akan buat sesi photoshoot for raya..Hehe..Mcm2 aksi dari 3Q..Ni la keluarga kecil Irna..

Smile...

Keluarga Kecil Saya

Me & Qurratul
Me & Qayyum
Me & Qayyim


Jul 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidilftitri Dari Kami Sekeluarga.



Jul 23, 2014

The Telekung Project

   

Siapa pernah dengan tentang Telekung Project? Irna join page tu tahun lepas selepas Irna tertarik dengan cara pengasas Telekung Project iaitu waqaf telekung..Jarang2 dengar kan?
Jom baca mcmana ia bermula..
 Mana la tahu klau uols pun berminat nk join buat amal ni..
 
RENGEKAN anak sulongnya, Sofea Najihah untuk tidak mahu bersolat kerana telekung wakaf yang disediakan kotor dan busuk semasa berhenti menunaikan solat Maghrib sebuah perhentian menjadi pencetus idea kepada Norazila Abdul Aziz atau panggilan mesranya, Zila untuk menjalankan aktiviti kebajikan mencuci telekung wakaf.

"Memandangkan ketika itu usia Sofea menjangkau 7 tahun, saya cuba melatih dia untuk bersolat dan memang Sofea tidak pernah tinggal solat sehinggalah kejadian itu. Sedang kami bersiap-siap untuk balik Sofea bersoal jawab mengenai kebersihan dalam Islam.

"Mama cakap Islam itu bersih, tapi kenapa Sofea tengok orang dewasa tak jaga kebersihan telekung di sini?” Sehinggalah Sofea berkata lagi, "Mama, bukankah kita kena buat baik, kalau ini telekung wakaf, kenapa kita tak tolong cuci? Telekung di sini dah terlalu kotor. Kitakan kena selalu buat baik," katanya kepada Rehal.

Menurut Zila, anaknya berhenti bersoal jawab apabila dia bersetuju untuk membawa balik telekung berkenaan sementara meninggalkan telekung yang dibawa sebagai ganti.

Jujur Zila katakan dia berbuat begitu hanya untuk memuaskan hati anaknya. Langsung tidak terfikir di benaknya untuk melangkah sejauh ini.

"Cucian demi cucian, saya dan Sofea lakukan. Kami menjadi lebih bersemangat apabila ada pengguna yang mula sedar telekung di situ semakin bersih dan tertanya-tanya siapa yang mencucinya.

"Saya mendidik Sofea untuk menyimpan kebaikan yang dilakukan kerana ia rahsia antara hamba dan ALLAH. Sofea faham dan ini menjadikannya aktiviti yang lebih menarik dan kami namakan Telekung Project (TP) sebagai tagline projek rahsia kami," kata suri rumah sepenuh masa ini.

Menurutnya, aktiviti TP dilakukan secara rahsia lebih kurang lapan bulan. Sehinggalah Zila mendengar kuliah Maghrib dan ustaz itu membincangkan mengenai kebaikan yang perlu disorok dan perlu disebarkan.

Pada 14 October 2011, kelab peminat TP di laman sosial Facebook yang pertama ditubuhkan. Pada 15 Ogos 2012, TP berdaftar secara rasmi sebagai sebuah badan bukan kerajaan berdaftar (NGO) di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia terus bergerak sebagai sebuah NGO sehingga kini.

Zila menjalankan aktiviti cuci telekung ini di kawasan yang mampu Zila beristiqamah iaitu berdekatan rumah dan mana-mana laluan yang dilalui semasa menghantar anak sekolah.

Namun, melalui perkongsian FB boleh dikatakan TP berkembang ke seluruh Malaysia dengan cepat.

"Telekung  yang dicuci ada tanda TP dan jujurnya untuk saya sendiri lebih suka ‘berahsia’ walaupun TP sudah meluas. Saya masih menggunakan tanda butang yang dijahit seperti bunga untuk saya menjalankan project TP. Kerana butang dan bunga itu simbolik mula-mula saya dan Sofea berTP.

"Ramai yang beranggapan TP ini adalah sebuah perniagaan menjual telekung dan ramai yang terkejut bila saya katakan TP adalah sebuah NGO. Ramai yang bertanya kenapa pilih nama TP, saya akan jawab dengan bertanya , “Bilakan waktu kita pakai telekung?” dan ramai yang menjawab waktu solat. Waktu solat adalah waktu yang cukup istimewa dan perletakkan telekung itu juga cukup istimewa, ia tidak dipakai untuk aktiviti yang sia-sia.

"Maknanya telekung itu melambangkan keistimewaan dan project pula melibatkan fasa-fasa idea, perancangan dan perlaksanaan, pendek kata TP bermaksud projek yang istimewa," katanya di akhir bicara.

Setakat ini FB TP dilike seramai 114000 dan TP diikuti individu yang mempunyai semangat yang sama. Sahabat Telekung Kuantan (STK) adalah ‘adik’ TP dan kini mereka juga telah berdaftar sebagai satu badan NGO lain walaupun sama aktiviti.

Betapa berpuas hatinya Zila jika lebih banyak NGO lahir daripada usaha cuci telekung ini. Kerana tidak logik dan tidak mungkin Zila mampu cuci telekung satu Malaysia dan TP adalah medan untuk Zila menjayakan aktiviti ini. Di TP, Zila mengamalkan konsep sukarelawan terbuka (nak buat…. tak nak …. tak mengapa…). Sebab rezeki itu milik ALLAH dan rezeki kita tidak sama. 

 *Sumber dari Sinar Harian

FB FanPage Telekung Project : The Telekung Project

Jul 22, 2014

Pray For Gaza : Doa Qunut Nazilah


Selain wang ringgit,kita juga hendaklah terus berdoa dengan doa Qunut Nazilah.ini


QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi ALLAH daripada bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu ( Subuh,Zohor,Asar,Maghrib dan Isyak ).Ia dibaca pada rakaat terakhirselepas bangn dari ruku' utk iktidal..Doa dibaca ketika berdiri utk iktidal.
Ada 3 cara utk membaca doa tersebut .Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut :
  1. Membaca doa qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
  2. Membaca doa qunut Nazilah sahaja 
  3. Membaca doa qunut Subuh dan diikuti dengan doa qunut Nazilah
PERINGATAN
  • Jika para imam tidak menghafal Qunut Nazilah,boleh membaca doa qunut sepertimana dalam solat Subuh.Doa Qunut Nazilah boleh dibaca kemudian selepas solat.
  • Imam hendaklah memberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka akan mengaminkan bersama doa tersebut.

Online Shop: Raya Fiesta with Senheng

Raya Fiesta with Senheng 
Senheng mengadakan  Fiesta Raya utk jualan online sempena hari raya yg bakal menjelma..Sape2 yg nk beli barangan elektrik dan eletronik utk hari raya ni,boleh la beli di sini....Senheng.com
Pelbagai barangan dijual termasuk telefon bimbit,komputer riba dan juga hamper hari raya..Semuanya dijual dengan harga diskaun sehingga 43%...Ha..tggu apa lagi.!! Marilah kita membeli di sini...Promosi sehingga 31 Julai 2014....

Resepi Ramadan MAGGI




 Assalam...
Puasa tinggal 5 hari ja lagi..Kejap ja masa berlalu kan? Erm...Hari ni nak masak apa ya utk juadah berbuka?X tahu nak masak apa? 
Jom singgah website Maggi. Malaysia..Maggi Malaysia ada menyediakan ruangan Resepi Ramadan Maggi.
30 resepi utk sebulan puasa....Senang dan mudah kan?
Bubur Lambuk
Bubur Lambuk Maggi

Ni resepi yang Irna nak buat nanti..BUBUR LAMBUK .Khas utk hubby ngan 2Q..Memang feberet diaorg ni..Harap2 menjadi la nanti..

Selamat mencuba!!


Jul 21, 2014

My Kad,Touch n Go & Balik Kampung

 

 Assalam...
Tak lama lg kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa.Mesti ramai yang memilih utk pulang ke kampung halaman utk berhari raya kan?Tol mesti sesak terutama sewaktu hendak bayar duit tol di lorong Tunai kan?Utk menggelakkan kesesakan tu,apa kata korang cuba pakai kad Touch n Go.Kan senang keja kita...Hehehe

Sekarang ni,My Kad pun boleh guna di lorong Touch n Go..Kini dilengkapi cip Touch n Go...Korang tau x? Sapa2 yg dh buat IC baru,cuba tgk di belakang IC korang..ada x logo ni?

 
 Kalau ada,boleh la guna sebagai kad Touch n Go..X payah susah2 nk beli kad..Cuma perlu tambah nilai ja bagi ada kredit..Tambah nilai sama jugak mcm kad Touch n Go.Boleh tambah nilai di plaza Tol,stesen LRT,mesin ATM yg mempunyai logo Touch n Go dan stesen minyak..X susah kan?X payah pkai banyak2 kad..Guna My Kad ja.. 

Selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan dari PLUS Sempena Aidilfitri 2014

Jadual TTA_Malay_2014_new

Jul 19, 2014

Terkini MH17 : 181 mangsa nahas dijumpai..


Seramai 181 mangsa nahas pesawat MH17 telah dijumpai pada hari Jumaat,menurut Menteri Luar Ukraine Andriy Sybiga.Semua mangsa nahas akan dihantar ke Kharkiv,sebuah agensi kerajaan utk dikenalpasti.Perja-pekerja kecemasan meneruskan usaha pencarian di kawasan bangkai pesawat MH17 terhempas.

*Sumber dari AstroWani

Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine..


Pada 17.07.2014,Malaysia digemparkan dengan berita yg benar menyayat hati semua rakyat Malaysia.Pesawat MAS MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah jatuh terhempas di Ukraine..Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat Seramai 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 krew terbunuh dlm kejadian nahas ini.Dikhabarkan bahawa pesawat MH17 telah ditembak dengan peluru berpandu BUK oleh pihak yg tidak dpt dikenalpasti lagi.


Bersama-sama kita sedekah Al-Fatihah kepada mangsa nahas MH17 yg beragama Islam dan takziah buat keluarga mangsa.




Jul 16, 2014

Harga Baru Lesen Kereta dan Motosikal Mulai 14 Julai 2014

Bermula 14 Julai 2014,harga Lesen Kereta (Kelas D) dan Motosikal (Kelas B2) akan naik lagi disebabkan naiktaraf Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) oleh JPJ.Ia berkuatkuasa serta merta di seluruh institusi memandu negara.

 



Format baru Lesen Kereta dan Motosikal 2014

  • Penambahan modul kelas KPP merangkumi 3 teras atau 3 elemen utama.
  • Buku teks KPP baru / Sukatan Pembelajaran Terkini
  • Kelas modul KPP utk kereta dan motosikal diasingkan.
  • Ujian Komputer juga berbeza utk kereta dan motosikal

 Harga Terkini utk Lesen Kereta dan Motosikal 2014

  • Lesen Kereta (Kelas D) ~ RM 1200 dinaik ke RM2000
  • Lesen Motosikal (Kelas B2) ~ RM600 dinaikkan ke RM1050 *Termasuk yuran lesen

  Kelas D

 harga kereta

Kelas B2
 
 b2

"Super Raya Sale" Bersama Lazada


 Displaying SuperRaya.png

Sempena hari raya Aidilfitri yang kian hampir,Lazada Malaysia menganjurkan "Super Raya" selama satu hari iaitu pada 16 Julai 2014.Ia diadakan sempena aktiviti tahunan Tourism Malaysia iaitu 1Malaysia Mega Sale  yang merupakan acara membeli-belah yg terkenal di Malaysia.

"Super Raya Sale" ini melibatkan kesemua 13 kategori barangan yang ditawarkan di Lazada.Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 92% ketika membeli-belah di Lazada.

 Displaying Raya Open House.png

 Displaying HattaDolmat.png

Selain itu,Lazada juga menganjurkan permainan "Wheel Of Raya"sepanjang jualan berlangsung utk memberi peluang kepada pelanggan utk memenangi hadiah menarik seperti baucer tunai bernilai RM39,000 dan 1000 unit cecair pencuci pinggan mangkuk berjenama JOY.




Displaying WheelOFRaya.png 

Maklumat lanjut mengenai "Super Raya Sale" ni..sila klik link dibawah