Nov 11, 2015

Shopee Mega 11.11 Sale

Shopee Mega 11.11 Sale




Ada satu pengumuman untuk korang yang kaki shopping ni..Sempena hari ini iaitu 11.11.2015,Shopee telah mengadakan Shopee Mega 11.11 Sale.
Diskaun sehingga 80% pula tu..Banyak tu boleh save.
Promosi bermula dari 11 pagi - 11 malam.Cuma utk hari ni shj ya....11.11.15


 


Rumah rasa sempit?Penuh dengan barang yang tak digunakan? Nak simpan tapi memerlukan ruang untuk disimpan?Nak jual tapi tak tahu macam mana?Situasi macam ni selalu terjadi kan?
Sekarang korang boleh jual barang yang korang tak nak tu di Shopee Malaysia.
Jual secara atas talian.Hanya guna hphone korang ja.


Shopee adalah pasaran mudah alih yang direka untuk pembeli dan penjual menikmati proses jual beli dengan lancar,mudah dan selamat.Dengan fungsi-fungsi dalam aplikasi dalam Shopee,korang tak perlu risau lagi barang banyak atau tempat utk disimpan,sebaliknya korang boleh dapat duit extra dengan hasil jualan.
Jaminan Shopee memastikan produk yang dihantar oleh penjual sampai kepada pembeli selepas proses pembayaran dan pembayaran kepada penjual akan dipindahkan kepada akaun penjual selepas pembeli menerima produk.
Tujuan Shopee adalah untuk mewujudkan pasaran mudah alih yang mudah dan selamat untuk semua orang membeli dan menjual,bila-bila masa,di mana saja.



Jual dengan mudah.



Snap pic produk yang korang nak jual tu,letakkan detail produk dan letakkan harga yang korang nak.
Dah boleh jual dalam Shopee. 

Membeli dengan live chat


Jumpa produk yang menarik?Senang ja.Chat dengan penjual dan boleh tawar menawar.


 Jaminan Shopee
  

Terima produk atau wang akan dikembalikan.
Jaminan Shopee menjanjikan bahawa bayaran akan dibayar kepada penjual selepas pembeli menerima barang bagi mengelakkan sebarang penipuan.

Tiada caj perkhidmatan dikenakan


Tiada sebarang caj utk muat turun,komisen dan sebagainya.Semuanya  PERCUMA.


Boleh share di laman sosial


Korang boleh juga share produk yang korang jual,suka ke laman sosial seperti FB,Twitter dan sebagainya.

 Tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi Shopee sekarang dan mula membeli belah.







Oct 1, 2015

Fuyooo !!! Giveaway by Mama Darwiish


klik banner untuk join
FUYOOO !!! GIVEAWAY 
by Mama Darwiish
Hadiah  :
1x Leonovo A560 + 8Gb SD Card 
1x Cartoon Power Bank 8800 mAh 
1x Mini MP3
1x Neesya Serum
1x Cash RM50
Tempoh :
28 Sept 2015 - 28 Okt 2015
Pengumuman Pemenang 31 Okt 2015
Syarat-syarat :
1. Blogger yang beralamat di malaysia
2. Wajib mempunyai akaun instagram
3. Follow, Add, Like semua blog, fanpage, G+, instagram penaja
4. Copy Code yang disediakan dan paste di ruang html blog anda
5. Tag minimum 3 rakan  anda yang lain dan pastikan mereka tahu
6. Tinggalkan link penyertaan & emel di kotak komen entri ini
Pemilihan pemenang :
1. Kesemua pemenang akan dipilih menggunakan random
2. Penyertaan akan terbatal jika gagal ikut syarat terutama No.2
3. Pemenang akan dihubungi melalui email
Follow Blog  : http://mamadarwiish.blogspot.my/ http://sharingiscaring-fiza.blogspot.my/ http://unclezuan.com/ http://mrspuex.blogspot.my/ http://mekzumbie.blogspot.my/ http://www.hafizhafizol.my/ http://aderakukeysah.blogspot.my/ Follow G+ :  : Khalid Kyle Blurrydino
Like Page Penaja :
Mama Darwiish
SuperMom With SuperKids
Blog Uncle Zuan
MrsPuexDotBlogspotDotCom
Gloxina17
Acacia Beauty Care HQ
Qyra Beauty Care
Follow Instagram :


Tag :Farah
       Fiza
       Dkna

Aug 21, 2015

Asus ZenPad S 8.0 (Z580CA),model terbaru Asus.

 
Minggu lepas,saja Eirna buka website Asus untuk tgk aksessori untuk Fonepad..Rasa macam ada model baru...Cantik tu...Nampak elegan.Namanya pun comel...Asus Zenpad S 8.0.Masa tu tak dengar lagi ura-ura nak keluar model baru untuk tablet.

Seminggu lepas tu,baru keluar paper model baru ni...Katanya akan launch pada 28 Ogos 2015.Pakat opismate berkenan la design ni.Kalau tengok dekat website Asus,Zenpad ni ada 3 saiz iaitu 7" , 8" dan 10". Jadi sapa yang berkenan yang kecil,boleh pilih 7" atau 8" dan yang minat yang saiz besar,boleh pilih saiz 10".

Jom kita tengok spec untuk model terbaru ni...



 
HDTV -Asus VisualMaster 

 



Asus Tru2Life


 

Asus TruVivid



Aug 17, 2015

Bingsu,pencuci mulut popular dari negara Korea.

 
Sumber : Google

Terliur ja tengok orang update makan Bingsu...Bingsu ni adalah salah satu pencuci mulut popular dari negara Korea. Terutama tiba musim panas.
Rupanya seakan ais sagat dan ABC,cuma bahan sahaja yang berbeza.

Bingsu adalah pencuci mulut yang diperbuat daripada ais sagat,susu pekat manis,kacang merah dan kuih beras.Semua tu adalah asas untuk Bingsu.Tapi sekarang ni dah pelbagai bahan digunakan dalam Bingsu.

Kalau nak makan Bingsu ni,boleh la cari di Caffebene.
Caffebene bermaksud Good Cafe dimana menampilkan kafe unik budaya Korea dan Eropah.
Terdapat pelbagai variasi Bingsu di situ dimana kita sendiri rambang mata untuk memilih yang mana satu yang nak dimakan.

Selain Bingsu,terdapat juga Latte,Frappeno,Waffle,HoneyBread,Coffee dan Gelato.


 


Lokasi atau outlet Caffebene di Malaysia

1. Sunway Pyramid Shopping Mall

Lot OB5, G-2 Oasis Boulevard, Ground Floor, Sunway Pyramid Shopping Mall.

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

2. Solaris Mont Kiara

K-G-04, Solaris Mon't Kiara, No.2, Jalan Solaris , 50480 Kuala Lumpur.

Business Hours: 9.30am - 11.00pm

3. Jaya Shopping Centre (Section 14)

Lot G.17, Jaya Shopping Centre, Jalan Semangat, 46100 Petaling Jaya.

Business Hours: 10.00am - 10.00pm

4. Gurney Paragon Mall, Penang

163D-1-06, Persiaran Gurney, 10250 Penang.

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

5. Gamuda Walk
(Kota Kemuning)

G-18, Gamuda Walk, Kota Kemuning Seksyen 31, 40460 Shah Alam

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

6. Terminal Pahlawan
Malacca

Lot G69-G70, Ground Floor,
Terminal Pahlawan, 75000 Melaka

Business Hours: 10.00am - 10.30pm

7. iOi Mall (Puchong)

LOT EG002A, Ground Floor, IOI Mall, Batu 9 Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Business Hour: 10.00am – 10.30pm

Aug 14, 2015

#sehatisejiwa,tema Hari Kemerdekaan Tahun 2015.

Logo Merdeka Hari Kebangsaan 2015 


Tak lama lagi,negara kita akan menyambut Hari Kemerdakaan dan seperti biasa tema dan logo akan dicipta bagi rakyat Malaysia menghayati bulan kemerdekaan setiap tahun.

Untuk tahun ini iaitu 2015,temanya ialah #sehatisejiwa di mana ia mencerminkan roh kesepaduan,kesefahaman,kekitaan dan kemanusian seluruh rakyat selain melambangkan semangat kesepaduan di kalangan rakyat walaupun di mana berada.

Sebelum ini,hari kemerdekaan disambut mengikut ulangtahun tapi berbeza dengan tahun ini dan seterusnya,ia akan disambut mengikut tahun.



Aug 12, 2015

Apa itu Hiperhidrosis?


Pernah tak korang hadapi masalah peluh berlebihan id anggota badan? Terutama sekali di tapak tangan,ketiak atau tapak kaki?

Contoh macam di bawah ini....



Segelintir dari kita mengalaminya atau pernah mengalaminya sebelum ini.Rupa-rupanya Eirna sendiri mengalami masalah ini dimana Eirna telah terbaca  mengenainya di satu keratan akhbar.Tak sangka ia sebenarnya adalah satu penyakit.Bertahun-tahun Eirna mengalaminya dan berbagai cara,produk atau petua dilakukan tetapi tidak berjaya.

Nak tahu ia dipanggil apa?Ia merupakan satu penyakit dimana ia dipanggil Hiperhidrosis.Ramai daripada kita anggap ia cuma masalah kesihatan biasa tetapi sebenarnya ia adalah satu penyakit yang teruk dimana boleh meyebabkan seseorang penghidap rasa tidak selesa untuk berdepan dengan orang ramai serta menjejaskan aktiviti seharian.

Terdapat 3 jenis hiperhidrosis iaitu hiperhidrosis berpunca daripada emosi yang melibatkan tapak tangan,tapak kaki dan ketiak,hiperhidrosis setempat dan hiperhidrosis menyeluruh yang melibatkan seluruh anggota badan. Punca terjadinya hiperhidrosis ialah ia dikaitkan dengan aktiviti berlebihan saraf simpatetik dalam badan atau pembawaan genetik.
Hiperhidrosis menyeluruh pula berkaitan dengan masalah penyakit kanser seperti diabetes,gout,menopous dan sebagainya.

Simptom Hiperhidrosis ialah peluh berlebihan di : -
  • Tapak tangan
  • Ketiak
  • Tapak kaki
  • Muka
Rawatan :
  1. Suntikan toksin Botulinum atau Botox amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis di tapak tangan dan ketiak.
  2. Ubat anti peluh seperti Ostematrix dari Shaklee
  3. Ubat anti-kolinergik
  4. Pembedahan ETS.Cuma terdapat beberapa hospital di Malaysia yang boleh menawarkan pembedahan ini iaitu Institut Jantung Negara (IJN),Hospital Sultanah Aminah,Hospital Pantai Bangsar,Hospital Sime Darby Subang Jaya.
  5.  Rawatan Iontophoresis
Ostematrix dari Shaklee

 Rawatan Iontophoresis

    6. Produk Anti-Perspirant.

 
Perspirex
Hiperhidrosis 
Driosec