Sep 11, 2014

Jenama Motosikal Apa Yang Korang Minat?

Motosikal....Selalu sinonim utk Mat Rempit kan?Tak semua orang naik motosikal tu mat rempit...Hehehe...Irna pun minat jugak dengan motorsikal jugak....Dari kecil tak penah teringin nak ada kereta tapi nak ada motor berkuasa tinggi...

So,jenama apa yang korang suka kalau nak beli motor?
Irna paling suka jenama MODENAS..Motosikal Nasional tau!!! Walaupun banyak orang kata motor jenama MODENAS ni tak bagus,Irna tetap peminat setia jenama ni.Hubby Irna pun pakai motor MODENAS iaitu Kriss..Tetap teguh sampai sekarang menemani tuan empunya...Hehehe..

Bagus atau tak bagus sesebuah jentera tu terletak pada tuan yang menjaganya.Elok dijaga,elok la perkhidmatannya..Bukan pada jenteranya...Kalau ada pun 1 dari 1000..

Irna paling suka model ACE115 ni..Edisi Harimau Malaya..


 
 
 
 
Yang ni model GT128...

Proton Iriz akan dilancarkan 24 September 2014 ini..

PROTON bakal melancarkan model kereta baru iaitu Proton Iriz pada 24 September 2014 ini di Tanjung Malim,Perak.Proton Iriz digelar sebagar "Game Changer" kerana menampilkan platform dan enjin serba baru.

Harga
 Utk Standard dari RM38,000.00
 Utk Executive dari RM42,800.00 - RM51,300.00
Utk Premium pula RM54,800.00 (Solid) dan RM55,300.00 (Metallic)


Jom kita layan gambar rekaan luaran dan dalaman Proton Iriz ni...Irna sendiri pun teruja tengok rekabentuknya..Sesuai utk perempuan...


REKAAN DALAMAN

 
 Skrin sesentuh 6.2 inci yang menggunakan Sistem Andround utk varian 1.6 Premium

 
Dilengkapi juga dengan kamera undur
 
 
Butang "Push-Start" dengan kemudahan tanpa kunci 

Enjin serba baru


 
 Kerusi bersalut kulit dan dilengkapi anchor ISOFIX utk kerusi kanak-kanak.

 
 
REKAAN LUARAN
 
 
 
 
 
 
*Gambar dari www.paultan.org

Sep 10, 2014

Raef - It's Jumuah [Friday] (Rebecca Black Cover)

Idea Kreatif Dekorasi Bilik Tidur Anak


 

 


 















Sep 9, 2014

Giveaway September by Karya Mahirah

Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:

Sep 8, 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih



As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 


Hadiah :
Wang Tunai RM50 x 6
Pendrive 8gb x 5
Baju T-Shirt I AM x 5
Cool Hijab x 1
Thermos x 1
Camera Lomo x 1



Sep 5, 2014

Hasil Kreatif Dari Bahan Terbuang.

 

 
 


 

Sep 4, 2014

2nd Giveaway by Miminadam

http://miminadam.blogspot.com/2014/09/2nd-giveaway-by-miminadam.html 
Klik banner utk join

Saya nak sertai giveaway ini kerana saya ingin berkenalan dengan rakan blogger baru dan berkongsi ilmu dalam berblogging..

Due Date : 03 September 2014- 06 Oktober 2014

Hadiah :
 
Top Referal : 3 Box Name Card (300pcs) free design x 3 pemenang
1 box NameCard x 10 Pemenang
Logo treadmark blog x 5 Pemenang
Mars Jar Oreo x 5 Pemenang

Kebaikan Kahwin Muda

 

Kahwin muda? Sinonim sebagai tradisi nenek moyang kita dulu yang berkahwin seawal usia 18 tahun.Akhirnya perkahwinan tersebut bertahan hingga akhir hayat.

Lain pula dengan zaman sekarang,pasangan yang bercinta takut untuk berkahwin di usia muda kerana bimbang tidak dapat bebas dan tidak sukakan komitmen..Sbenarnya berkahwin muda mempunyai kebaikannya tersendiri...

Macam Irna..Irna dan Mr E pun kahwin muda..Sewaktu itu Irna baru berusia 19 thn dan Mr E pula 22 thn..Sewaktu itu kami masih lagi study di sebuah kolej swasta..Irna mula hamil anak pertama ketika usia Irna 20thn dan last semester..Alhamdulilah,Irna dapat habiskan pengajian Irna walau sarat mengandung..

Sekarang usia perkahwinan kami dah pun 11 tahun..Siapa kata kahwin muda menyusahkan?Semuanya terletak pada pasangan tersebut utk kekal hingga akhir hayat.
 
 
Elakkan Diri dari gejala sosial dan terkutuk.
Perkahwinan di usia muda dapat membendung dan menggelakkan gejala yang tidak elok seperti seks luar nikah dan pembuangan bayi.

Tuntutan Agama
Perkahwinan adalah satu tuntutan agama yang disarankan dalam agama Islam.Mendirikan rumahtangga seperti mendirikan sebuah masjid.
 
Mematangkan Diri
Perkahwinan dapat mematangkan diri seseorang apabila dia mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan yang dinikahi.
 
Memperbaiki Diri
Perkahwinan membolehkan seseorang memperbaiki diri menjadi seorang yang lebih baik Lebih matang.
 
Mengelakkan Fitnah
Berdua-duan sebelum berkahwin memang akan menimbulkan fitnah.Tidak manis ditengok orang.Lebih baik bernikah daripada kena fitnah...



Review Product : Wonda Coffee Kopi Pilihan Irna..Anda?


 Anda peminat kopi?
Kopi apa yang korang suka?
Sekarang di pasaran terdapat berbagai jenama kopi yang siap diminum..Tak perlu bancuh..Macam orang dulu2..Tapi Irna tetap suka Kopi O zaman dulu..Cicah dengan biskut mayat...Feberet menu dari dok asrama sampai sekarang...

Kopi readymade pulak, Irna suka sekarang ialah Wonda Coffee..Rasa kopinya yang lembut..Menyusuk kalbu..Hehe..Terdapat 3 pilihan iaitu Original,Latte dan Mocha.


Irna paling suka kopi Wonda yang ini...Hubby Irna pun dah terjebak sama dengan kopi Wonda Mocha ni..Dia kata sedap...Tambah pulak,diminum sejuk..Fuh..sedap......







Sep 2, 2014

Merdeka ke-57 di Perlis...


Inilah event tahunan kami bila sampai bulan Ogos...Wajib bawak 3 Q tgk sambutan Merdeka di Kangar,Perlis..Tak pernah miss lg event ni..Seronok bawak anak-anak sambut Hari Kemerdekaan..Satu satu cara utk mengajar anak-anak apa itu Kemerdekaan..Walaupun masih kecil,kami cuba terapkan apa yang terbaik buat 3 Q...Hehehe...

Banyak badan kerajaan,NGO,swasta,IPT,sekolah join perarakan ni..Mcm2 ragam.....






Hello Kitty Vending Machine yg Pertama di Malaysia

Khas utk peminat Hello Kitty...di Level 1, Avenue K


 
 Macam2 ada kat mesin ni..Ada lipbalm,syampu,losyen tangan,beg makeup dan aksessori lain..Dijual dgn harga yang berpatutan.

 

 


Aug 28, 2014

Paintball Sekitar Kedah/Perlis....Sapa berminat?

http://p8ball4life.blogspot.com/
                                                                              Klik banner ni..


Ada sesiapa tak yang berminat nak main sukan lasak? nak cuba main sukan Paintball? Irna pernah post entry mengenai sukan Paintball sebelum ni. Klik SINI ni utk tahu apa itu sukan Paintball ...

Bagi yang dah tahu tapi x tahu nak main kat mana?
Nak buat tournament tp x tahu nak cari orang yang boleh arrange tournament tu?
atau nak buat Klinik Paintball utk sekolah,universiti,badan kerajaan atau swasta?

AREA KEDAH & PERLIS

Utk tahu lebih details....Boleh la cari Mr " E " ya....Call/SMS/Whatapps/Wechat ~ 0195680685..

Nak tengok blog Mr " E " pun boleh .....Klik ja banner di atas....