Dec 23, 2021

Jom Bayar Zakat Pelaburan dengan Lembaga Zakat Selangor.

 


# DEFINISI ZAKAT PELABURAN

SAHAM adalah wang yang dilaburkan dalam syarikat atau perniagaan. Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang tersenarai di pasaran saham (contohnya Bursa Malaysia), ianya mudah untuk dijadikan wang tunai berbanding dengan saham dalam syarikat yang tidak tersenarai atau dalam koperasi.

Pemilik saham adalah pemilik syarikat and berkongsi keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat. Prestasi sesebuah perniagaan biasanya boleh diukur melalui dividen yang diagihkan dan juga harga atau nilai saham seperti yang tersenarai di pasaran saham.


# PELABURAN PASARAN MODAL ( BURSA SAHAM )

Di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti (SC) adalah badan yang bertanggungjawab dalam mengawal dan menyelia pasaran modal atau saham. Pasaran modal merupakan rumah utama yang menyediakan aktiviti untuk penghasilan dana dan pelaburan jangka masa panjang serta meningkatkan kecairan sistem kewangan. Di dalam pasaran modal ini,segala jenis saham dan dana diurusniagakan.

1.    Diantara contoh instrumen pelaburan di pasaran modal ini adalah:

 * Saham biasa & keutamaan (ordinary & preference)
* Saham Amanah, samada melalui pengurus dana swasta atau kerajaan
* Saham Amanah Hartanah (REITs)
* Dana Dagangan Bursa (ETFs)


2.    Lain-lain instrument pelaburan yang diniagakan di Bursa Malaysia atau pasaran modal di luar negara.Secara umum, terdapat 4 kategori utama produk-produk di pasaran modal iaitu iaitu:

* Ekuiti (Saham / Unit Trust / REITs/ Index Fund / ETF )
* Bon & Debentur
* Derivatif (Option & Future)

* Produk Berstruktur


# DALIL WAJIB  ZAKAT PELABURAN



# SYARAT WAJIB ZAKAT PELABURAN

* ISLAM
- Diwajibkan kepada pemilik Muslim sahaja.

* MILIK SEMPURNA
- Mempunyai kuasa menjual dan memperoleh manfaat daripada portfolio saham atau pelaburan.

* MILIK PIHAK TERTENTU
- Saham atau pelaburan yang dimiliki oleh masjid, surau, dan dana untuk maslahah am dan seumpamanya, TIDAK WAJIB zakat.

* CUKUP NISAB
- Nisab portfolio pelaburan ialah nilaian yang sama dengan atau 85 gram emas (20 mithqal). Apabila nilai portfolio pelaburan bersamaan atau melebihi nisab maka, ianya DIWAJIBKAN zakat.

* CUKUP HAUL
- Haul bagi saham dan pelaburan lain hendaklah genap tempoh 1 (SATU) tahun pemilikan portfolio pelaburan.

* HALAL
- Saham yang diterbitkan untuk operasi perniagaan teras yang halal.


#KAEDAH TAKSIRAN ZAKAT PELABURAN


Nilai zakat yang diwajibkan adalah 2.5% daripada nilai pelaburan di hujung Haul. Bagi pelaburan yang diniagakan, jumlah keuntungan yang ditunaikan sepanjang tahun hendaklah dicampurkan.


# CARA PENGIRAAN ZAKAT PELABURAN

Mari kita lihat bagaimana cara pengiraan zakat pelaburan ke atas saham yang dimiliki oleh syarikat.

 


#ZAKAT PELABURAN TIDAK TERSENARAI DALAM SYARIKAT PERSENDIRIAN DAN KOPERASI

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 26 Mac 2007 (rujuk Panduan Zakat Perniagaan terbitan LZS 2007). memutuskan bahawa hukum zakat pelaburan WAJIB dikeluarkan oleh syarikat berdasarkan hukum KHULTOH iaitu harta bercampur. 
Tetapi sekiranya syarikat tidak membayar zakat,maka kewajipan zakat WAJIB ditunaikan oleh INDIVIDU.


Senario 1: Syarikat Membayar Zakat

Zakat perniagaan syarikat secara ringkas adalah mengikut dua kaedah berikut :-

* Kaedah Modal Kerja = (Aset semasa – Liabiliti Semasa) +/- Pelarasan
* Kaedah Modal Berkembang = (Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa) +/– Pelarasan


Senario 2: Syarikat Tidak Membayar Zakat

Zakat dikenakan ke atas individu berdasarkan PERATUS NILAI PEGANGAN INDIVIDU dalam syarikat tersebut.

Contoh Taksiran

Harta syarikat/koperasi yang diwajibkan zakat di hujung haul 2012 ialah RM10 juta.

Zakat perniagaan Syarikat ABC Sdn Bhd: RM10 juta x 2.5% = RM250,000
Pegangan saham milik En.Ali didalam Syarikat ABC Sdn Bhd : 15%
Zakat Pelaburan En.Ali : 15% x 250,000 = RM37,500



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tak tahu cara nak kira Zakat Pelaburan? 
Jom guna Kalkulator Zakat ni.
Cuma klik ja banner di bawah.



Opps..Terlupa pula..Ada satu berita menarik buat semua pembayar zakat. Korang berpeluang memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan oleh Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Tabung Haji.
Yang menariknya, korang boleh kongsi bersama asnaf terpilih.

Jom Tunai Zakat " Menang & Kongsi " ini akan berakhir pada 31 Disember 2021. Jangan lepaskan peluang keemasan ni....Besar pahalanya berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Insha allah,akan diluaskan lagi rezeki korang.








Hotline : 1-300-88-4343










Jul 3, 2021

CANDLENUTSBYNADIA : Lilin Wangi Tanpa Sumbu Pertama di Malaysia

 


Assalam dan selamat malam buat semua silent readers Eirna..Rasanya dah lama Eirna tak update blog dan kali ni Eirna nak perkenalkan satu produk yang pasti buat korang tertarik nak cuba.

Produk yang Eirna nak sangat rekomen kat korang ni ialah candle meltz daripada Candlenutsbynadia.

Sebenarnya Eirna dah lama follow founder Candlenutsbynadia iaitu Dr Nadia..Jangan terkejut tau sebab Dr Nadia ni sebenarnya adalah doktor veterinar. Buat lilin wangi ni adalah hobi dia sahaja asalnya sehinggalah tertubuhnya " Candlenutsbynadia " pada tahun 2016 dimana Dr Nadia membuat keputusan berhenti kerja pada tahun 2018 untuk kembangkan lagi Candlenutsbynadia.

Pada 2019,Candlenutsbynadia mula masuk ke pasaran di beberapa Aeon Store terpilih.Candlenutsbynadia juga pernah dijemput ke rancangan NONA TV3 pada September 2020 bagi memperkenalkan Candle Meltz di Malaysia

APA ITU CANDLE MELTZ?

* Lilin Tanpa Sumbu Pertama di Malaysia
* Produk Buatan Malaysia
* Diperbuat daripada Palm Wax & Pthalate Free Fragrance Oils
* Certified Safe daripada Chem Lab Test
* Sesuai digunakan oleh semua lapisan umur termasuk ibu mengandung dan kanak-kanak.Selamat bagi haiwan kesayangan korang.

Yang paling penting,harganya yang sangat berpatutan dan kualitinya yang setanding dengan lilin import yang berada di pasaran.


Untuk pengetahuan korang, proses penghasilan dilakukan secara manual dan penuh kasih sayang.Hehehehe...Sebab itu baunya sangat wangi kerana penuh kasih sayang.


Candle Meltz ni walaupun saiznya kecil tapi ia mampu wangikan satu rumah korang.
Tak kira tempat mana korang,baunya memang menyerlah suasana rumah korang nanti.


Terdapat 15 scent Candle Meltz di Candlenutsbynadia dan masing-masing mempunyai tahap bauan yang tersendiri dan memenuhi citarasa korang. Setiap pek mengandungi 8 biji Candle Meltz.

.....................................................................................................................................................................

BEGINNER STARTER UNTUK PENGGUNA YANG INGIN MENCUBA

Untuk pengguna baru,Eirna suggestkan kepada korang 2 jenis beginner starter iaitu Combo Pack dan Sampler Pack.


COMBO PACK - RM37.90 ( Standard Burner )
                            - RM42.90 ( Exclusive Burner )



SAMPLER COMBO PACK - RM39.90 ( Standard Burner )
                                                 - RM44.90 ( Exclusive Burner )



APA YANG ADA DALAM BEGINNER STARTER NI?

CANDLE MELTZ

@

SAMPLER BOX
TEALIGHT CANDLES ( 10 PCS )


STANDARD / EXCLUSIVE BURNER
......................................................................................................................................................................

Di Candlenutsbynadia juga terdapat produk lain iaitu Therapeutic Candle Meltz.
Terdapat 2 jenis Therapeutic Candle iaitu Sleep Away dan Sinus Relief.





CAR PERFUME,PRODUK TERBARU DARI CANDLENUTSBYNADIA

Baru-baru ini,Candlenutsbynadia baru lancarkan produk terbaru iaitu Car Perfume dimana ia diperbuat daripada 5 scent koleksi Candle Meltz iaitu : -

- Wild Fig
- Spa Day
- Night Indulgence
- Coral & Sea
- Pure Comfort

Jadi korang boleh pilih ikut candle meltz kesukaan korang.

......................................................................................................................................................................

CUSTOMER REVIEW





Artis Puteri Sarah Liyana dan Erynne pun dah cuba Candle Meltz dari Candlenutsbynadia ni.




So,tunggu apa lagi?
Jom order sekarang untuk merasai hebatnya produk Buatan Malaysia ni.

......................................................................................................................................................................


Instagram : @candlenutsbynadia


Sesiapa yang berada di Kedah terutama area Sg Petani dan Gurun dan ingin mencuba produk Candlenutsbynadia ni,boleh DM Eirna terus.Eirna akan guide korang dari mula hingga akhir.
Jangan risau sebab Eirna sendiri adalah pengguna Candlenutsbynadia sehingga sekarang.


Whatapps : +0195449534


" To produce luxury yet affordable scented candles in Malaysia for Malaysian "












May 2, 2021

Mudahnya Urusan Pembayaran Zakat dengan FPX Payment.

 

Sebelum tu,mari Eirna ceritakan serba ringkas apa itu Zakat.
Rukun ke-3 dalam Rukun Islam.
Rukun zakat dari Surah At-Taubah ( Ayat 103 ) yang bermaksud,




Zakat ni sebenarnya ada banyak jenis iaitu :
1. Zakat Fitrah
2. Zakat Emas
3. Zakat Pendapatan
4, Zakat Perniagaan
5. Zakat Wang Simpanan
6. Zakat Emas dan Perak
7. Zakat Pelaburan 
 8. Zakat KWSP


Mesti korang tertanya-tanya kemana perginya zakat yang korang dah bayar selama ini kan?
Setiap zakat yang korang bayar akan diagihkan kepada golongan Asnaf Fakir,Asnaf Miskin,Asnaf Amil,Asnaf Mualaf,Asnaf Riqab,Asnaf Fisabillilah,Asnaf Gharimin dan Asnaf Ibnu Sabil.
Penerangan lanjut tentang Asnaf Zakat boleh korang baca di sini Golongan Asnaf Zakat
Disitu korang boleh tahu lebih lanjut kemananya zakat yang dibayar diagihkan

.


Untuk pengetahuan korang,Lembaga Zakat Selangor telah melakukan beberapa agihan kepada golongan yang layak mendapat zakat.Antaranya yang terbaru ialah :


PROGRAM DAPUR RAMADHAN ASNAF SELANGOR ( DRAS ) 2.0


Sempana Ramadhan,Lembaga Zakat Selangor telah melancarkan Program Dapur Ramadhan Asnaf Selangor pada 1 Ramadhan 1442H bersamaan 13 April 2021 sekitar negeri Selangor. Sumbangan seperti barangan dapur diagihkan bagi memenuhi keperluan dan meringankan sedikit beban sepanjang Ramadhan.





Selain itu,Lembaga Zakat Selangor turut menyampaikan sumbangan ke pintu rumah golongan asnaf,sumbangan kepada anak-anak yatim,membantu asnaf mualaf dan membantu golongan Orang Asli.

Dengan info sebegini,korang akan rasa lega dan bersyukur zakat yang dibayar disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Oleh itu,kita hendaklah banyakkan bersedekah dan membayar zakat mengikut syarat -syarat yang ditentukan.


PEMBAYARAN ZAKAT MENGGUNAKAN FPX PAYMENT




Nak bayar zakat sekarang ni,x payah susah-susah nak ke pejabat zakat.Cari parking dan beratur untuk membayar.Bayar melalui atas talian sahaja.Pilih -Tekan-Bayar kat hdphone korang tu.
Bagi Eirna,pembayaran menggunakan FPX ni sangat mudah dan cepat. Tidak memerlukan masa yang lama untuk membayar. Pembayaran zakat pun boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja korang berada.Ianya beroperasi 24 jam dan korang tak perlu risau kerana FPX adalah anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia dimana ia bertindak sebagai orang tengah antara pembayar,peniaga dan bank.

Lagipun Lembaga Zakat Selangor mengesyorkan pembayaran zakata melalui FPX payment disebabkan cara begini lebih selamat untuk orang ramai memandangkan penularan Covid 19 yang masih lagi berleluasa di negara kita.



Contoh skrin FPX Payment Lembaga Zakat Selangor.

Klik link SINI untuk ke FPX Payment Channel Lembaga Zakat Selangor. Cuma ikut sahaja arahan yang diminta,urusan zakat korang berjalan lancar.



Marilah kita bersama-sama berkongsi rezeki sambil membayar zakat.


Web : https://www.zakatselangor.com.my/
FB  : https://web.facebook.com/zakatselangor
Alamat : Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan WorldWide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor,
Tel: +603-8314 2222
Fax: +603-8314 2233 / 2244
Talian Zakat Selangor: 1 300 88 4343 
Email : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my


















Nov 16, 2020

11.11 Double Digit Sales PG Mall Bikin Gegar Jiwa Pembeli Online Tegar !!

 

Mesti korang pun tertunggu-tunggu tarikh 11.11 ni kan? Hari yang dikatakan "berhantu" ni memang buat pembeli online tak senang duduk dan tak sabar nak membeli.Maklum la sekarang ni kan semuanya di hujung jari. Cari ja platform shopping mana yang korang berkenan dan shopping. Salah satu platform shopping online yang turut buat sales 11.11 ni ialah PG Mall.

Jadi sebelum Eirna nak bebel pasal sales Double Digit dari PG Mall ni,Eirna nak cerita serba ringkas mengenai PG Mall ni dulu.

Untuk pengetahuan korang, PG Mall ialah platform Local E-Commerce No.1 di Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 2017 . PG Mall kini berada di tangga Top 3 dalam platform E-Commerce site di Iprice Insight Report.

Untuk proses pembayaran,PG Mall turut menerima semua pembayaran secara E-Wallet dan payment gateway.



11.11 DOUBLE DIGIT SALES GOLD JEWELLERY DAY


Wow, banyaknya sale untuk barangan kemas.Boleh la minta Encik Suami belikan habuan hadiah birthday atau anniversary. Dah lumrah alam perempuan sukakan barang kemas.Termasuk la Eirna juga.

Tawaran 11.11 Gold Jewellery Day ni berlansung 10 sehingga 12 November 2020.Korang boleh tengok di sini >>>> https://pgmall.my/gold-jewellery-day ya. Banyak potongan harga diberikan oleh PG Mall buat pembeli dan korang cuma masukkan code yang diberikan semasa proses pembelian nanti.

Guna CODE ni untuk menikmati potongan harga yang kekabom tu.

PGJewel = Apply code " KBBM30 "
Aurora = Apply code  " FPX10 "
Tai Fook = Apply code " KBBM30 "
PG Gold Museum = Apply code " FPX10 "


KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA ( KBBM )

Best rasanya bila ada kempen macam ni di Malaysia.Siapa lagi nak sokong kalau bukan kita sebagai rakyat Malaysia yang wajib menyokong industri buatan negara.


Kempen Beli Barangan Malaysia @ KBBM PG Mall ini giat dilancarkan sejak Julai lalu sehingga akhir Disember 2020 nanti. Di PG Mall,terdapat banyak barangan buatan Malaysia yang dijual seperti barangan keperluan dapur dan harian,barangan keperluan bayi dan kanak-kanak,produk kecantikan dan kesihatan,barangan elektronik,barangan sukan dan fesyen.

Jangan ingat produk buatan Malaysia tak berkualiti tau!. Hashtag #BarangBaikBarangKita.
Yang pasti di PG Mall korang boleh dapatkan dengan diskaun yang menarik. Cuma gunakan kod promosi " KBBM20 " untuk setiap pembelian RM50 ke atas dan " KBBM30 " untuk setiap pembelian RM100 ke atas.






Klik link ni >>>> https://pgmall.my/proudly-local-campaign untuk membeli.Atau klik ja link di bawah ni.

SUPER BRAND STORE

Di PG Mall juga ada menawarkan diskaun yang menarik untuk produk-produk kesihatan dan kecantikan,barangan rumah,peralatan elektronik dari jenama yang terkenal seperti Nestle,Revlon,P & G,Vivo Malaysia,Gintell,Hurix's ,Skechers Malaysia,Crocs dan sebagainya.


                            Nestlé Online Store  | https://pgmall.my/Nestl%C3%A9-Online-Store-1




GINTELL (M) SDN BHD | https://pgmall.my/GINTELL-(M)-SDN-BHD-1


Klik link di bawah untuk diskaun yang menarik.

P&G Official Store    | https://pgmall.my/P-and-G-Official-Store

BRAND'S SUNTORY (M) SDN BHD    | https://pgmall.my/BRANDS-SUNTORY-(M)-SDN-BHD

REVLON Official Store  | https://pgmall.my/REVLON-Official-Store-1

Crocs | https://pgmall.my/CROCS-1

Nestlé Online Store  | https://pgmall.my/Nestl%C3%A9-Online-Store-1

Julie's | https://pgmall.my/Julies

Focus Point  | https://pgmall.my/Focus-Point-1

GINTELL (M) SDN BHD | https://pgmall.my/GINTELL-(M)-SDN-BHD-1

Skechers Malaysia| https://pgmall.my/Skechers-Malaysia

vivo Malaysia | https://pgmall.my/vivo-Malaysia-1

HURIX'S| https://pgmall.my/HURIXS-1

G2000 Malaysia Official Store | https://pgmall.my/G2000-Malaysia-Official-Store-1 


Jadi,tunggu apa lagi.Jom shopping di PG Mall. 

Rugi tak grab diskaun menarik di PG Mall. Tambahan pula sekarang ni kita di fasa PKPB di mana susah nanti keluar shopping dengan keluarga. Dengan PG Mall,korang boleh membeli belah secara online dan tunggu barang sampai depan pintu korang.



Info lanjut tentang PG Mall,korang boleh klik link di bawah ya!

Website : https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=724

Facebook : https://www.facebook.com/PGMallMalaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/pgmall.my/

Telegram : https://t.me/pgmallofficial001


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #1111sales #superbrandstore #Stayathome 



Oct 25, 2020

Kebaikan D'Aura Aromatic Virgin Coconut Oil ( D'Aura AVCO ) Untuk Kulit dan Rambut




Bila cakap pasal minyak kelapa dara ni mesti kita bayangkan bau yang kurang menyenangkan.Tambahan pula bila disapu di atas rambut kita sendiri. Ikut petua orang tua,bagus untuk lebatkan rambut dan suburkan rambut yang gugur.Sebenarnya ia memang terbukti keberkesanan minyak kelapa dara ni jika disapu pada rambut.Sebenarnya ianya mampu digunakan utk kulit kita.


Kini minyak kelapa dara diinovasikan menggunakan teknologi terkini dan dikomersialkan di pasaran Malaysia dan di luar negara.D'Aura Group Sdn Bhd adalah salah satu syarikat Bumiputera yang mengetengahkan produk berasaskan minyak kelapa dara.



APAKAH ITU AVCO ?



Mari Eirna perkenalkan kepada korang produk dari D'Aura iaitu Aromatic Virgin Coconut Oil atau nama singkatannya AVCO di mana ia diformulasikan untuk meningkatkan bauan aromatik tanpa menjejaskan keaslian minyak kelapa dara.Ianya kaya dengan kandungan antioksidan dan Vitamin E dimana ia boleh menjadi rutin penjagaan yang amat sesuai untuk kulit dan rambut.Ianya diperbuat daripada 100% minyak kelapa dara asli tapa bahan kimia yang merbahaya seperti SLS,paraben dan plumbum.Ia juga diadun dengan haruman semulajadi dimana sangat terbukti digunakan sebagai penanggal mekap ( make-up remover ) sambil menyerlahkan keserian kulit wajah korang.


Yang bestnya AVCO ni ialah ianya tak meninggalkan kesan melekit pada kulit kerana minyak kelapa dara merupakan minyak yang paling cepat meresap pada kulit. Teksturnya yang lembut dan cepat meresap pada kulit dan harumannya yang menenangkan mampu menerbitkan aura positif dalam diri.
Proses penyerapan pada kulit cuma mengambil masa 5 ke 10 minit sahaja.


Isian bagi setiap botol AVCO ialah 50ml dengan botol yang boleh dipam dan mempunyai penutup luar.Ianya mudah dibawa ke mana sahaja dan harga cuma RM22.90 sebotol.Memang berpatutan dan jimat.

Yang paling penting sekali ialah kualitinya yang 100% asli,produk Buatan Malaysia dan mendapat pengesahan daripada KKM.




Setiap AVCO tahan selama 2 tahun selepas dibuka.Bagi tempoh penggunaan pula,sebotol AVCO boleh tahan sehingga 1 tahun atau 2 tahun sekiranya had penggunaan 2x sehari.



Didatangkan dengan 2 haruman iaitu Morning Dew dan Fresh Floral.

Morning Dew ~ berasaskan bauan kesegaran alam semulajadi.

Fresh Floral ~ berasaskan flora atau bunga.


SIAPA YANG PERLU CONSUME

1.Ibu hamil
2..Bayi
 3.Warga emas
4. Orang dewasa



KELEBIHAN AROMATIC VIRGIN COCONUT OIL (AVCO)



1. Merawat dan menyegarkan kulit kepala.

Ia mampu membantu menghilangkan masalah kelumumur,rambut kusam,kering dan rambut bercabang.
Harumannya mampu menyegarkan rambut dan kulit kepala terutama si pemakai yang berhijab macam Eirna.Tak perlu risau bab gatal kulit kepala dan bau hapak bila berada di khalayak ramai.Betul tak?


2. Menguatkan dan melebatkan rambut.

Eirna gunakan AVCO untuk menyelesaikan masalah keguguran rambut yang teruk.Runsing sebab Eirna memiliki rambut halus dan nipis.Takut nanti dapat kepala botak pula. Dengan AVCO ni, ia mampu menguatkan dan melebatkan rambut si pemakainya. Minyak kelapa dara memang terkenal dengan fungsi untuk melebatkan rambut.


3. Melembapkan dan mencantikkan kulit.

AVCO mampu membantu melembapkan kulit yang kering dan kusam.Ia juga sesuai untuk si pemakai yang memiliki kulit sensitif di mana ia tak perlu risau bab bahan kimia.Kulit muka akan rasa segar,berseri dan " glowing".
Walaupun korang memiliki kulit yang berminyak,AVCO ni pun boleh membantu mengurangkan minyak di wajah korang.Pakai sebelum tidur. Insha allah,masalah kulit berminyak akan berkurangan.


4. Melembap,menganjalkan serta mengurangkan kedutan halus pada wajah.

Ni yang paling perempuan takutkan bila usia semakin meningkat,masalah penuaan@kedutan pada wajah.Dengan AVCO,kandungan antioksidan mampu melambatkan proses penuaan di wajah.Jadi korang kena la rajin sapu AVCO untuk rasa kesannya.Hehehehe..


5. Merawat luka dengan cepat.

Baru-baru ni Eirna ada masalah bibir bengkak dan melecur kerana demam panas.Habis bengkak bibir bahagian atas macam kena tumbuk.Habis officemate tanya sebab apa.Nasib la pakai mask sbb ikut SOP Covid 19. Selepas bengkak surut dan kesan melecur dah kering,Eirna cuba sapu AVCO di bibir dan ianya semakin sembuh.


6. Sebagai penanggal mekap ( make-up remover )

Produk macam ni memang wajib ada dalam setiap beng tangan atau beg perempuan terutama yang memakai mekap. Tak lengkap rasanya kalau tak ada.Dengan AVCO,korang cuma perlu picit sedikit di kapas muka dan bersihkan mekap dengan mudah dan cepat.



6. Mengawal jerawat serta memudarkan jeragat dan parut.

Dengan AVCO,korang dapat mengawal masalah jerawat serta jeragat.
Cuma gunakan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang berkesan.Parut jerawat pun boleh hilang tau.


7. Boleh digunakan sebagai minyak urut.

AVCO ni pun boleh digunakan sebagai minyak urut kerana ianya tidak melekit dan berbau harum.Macam kat spa kecantikan tu. Aromaterapi badan bila seharian menguruskan kerja di pejabat atau rumah.Sekali sekala kena manjakan dengan aroma yang sebegini untuk melepaskan stress.


BELI D'AURA AVCO SECARA ONLINE


D'Aura ACVO boleh didapatkan di website D'Aura atau kedai Shopee.Tak perlu susah untuk cari di farmasi.


Info lanjut :

Website D'Aura : www.daura.com.my