Dec 2, 2014

Resepi : Spaghetti Sosej Bersos Tomato dan Ayam Cincang


Menu utk dinner 2 hari lepas..Khas utk 3Q dan Mr E..Maknya tengok ja dulu..Nak dengar respomn dari tukang rasa ni...

Sumber inspirasi menu ni dalam FB..Hehehe..Sesuai untuk anak-anak dan picky eater.Macam Qayyum


Step 1 : Sediakan bahan-bahannya..
1. Sosej(Brand apa pun x pa.Irna guna Ayamas )
2. Tomato Puree
3. Ayam Kisar (Irna beli jenama Tesco ja)
4. Spaghetti (Jenama Tesco)


Step 2 :Potong sosej kepada 4 bahagian..Senang sikit anak nak makan..


Step 3 : Ambil spaghetti dan cucukkan pada sosej yang dipotong tadi.Anggaran dalam 4 batang spaghetti utk satu potong sosej. Buat sehingga habis..
 Ni la hasilnya....

Step 4 : Rebus sosej tadi kedalam periuk berisi air dan sedikit minyak.Masak ikut selera masing2..

Step 5 : Buat kuah utk spaghetti macam biasa.Irna guna daging ayam kisar.Boleh juga guna daging kisar.Ikut selera masing-masing la..

Step 6 : Hidangkan spaghetti bersama kuahnya..

Dah siap untuk dimakan...


Aksi-aksi 3Q semasa makan menu ni...


4 comments:

  1. pernah tengok kat internet dia dok cucuk spageti kat dalam hot dog tu :D leh tarik minat anak nak makan, kan?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. memang tgk dari internet...tu la..anak2 saya suka sgt....bertambah-tambah makan..

    ReplyDelete

Thanks a lot for your comment..