Jan 15, 2015

Menang Segmen Mama Mencari Bloglist dari Blogger Mamaniza..

 

Hari ni baru mula kerja selepas bercuti semalam..Saja nak belek blog..Tiba2 ternamapak entry terbaru dari blogger Mamaniza..Pasal pemenang segmen yang dianjurkan..

Tak sangka Irna menang segmen Mamaniza..No 1 dalam senarai pemenang pulak tu.....Wah..Saya suka..saya suka..Saja seronok ja join..Irna memang selalu blogwalking blog Mamaniza ni...

Hadiah? Blog Irna akan berada dalam bloglist Mamaniza selama 3 bulan..Okay la tu..Itulah peluang blog Irna ni berkembang dan boleh dapat rakan blogger baru..

Tahniah bagi 19 pemenang yang terpilih...Yang tak menang,jgn risau..Ada peluang lagi untuk mencuba...


Jan 13, 2015

Pakej Makanan Berkhasiat di SK Cyberjaya..

 
Sumber : FB Harian Metro

Bagus betul idea pakej makanan berkhasiat yang disediakan oleh SK Cyberjaya.Pakej ni sekali dengan buah dan air minuman.Dibuat khas untuk murid tahun 1 shj..Biasa la kan baru masuk sekolah,mana la reti beli makanan sendiri di kantin.Tak pandai guna duit lagi katakan...

Pakej makanan ini berharga RM3 dan ibu bapa akan membayar mengikut hari persekolahan.
Cara ini sedikit sebanyak membantu murid dan ibubapa..

Sekolah lain patut cuba kaedah ni...

Jan 12, 2015

Roti Bakar Sedap di Bedong,Kedah...

Roti Bakar Chinese Style

Ni lah roti bakar yang sedap tu...Roti Bakar Chinese Style di Restoran Fatihah,Bedong,Kedah.
Roti bakar yang disapu mentega dan kaya + telur separuh masak di atasnya
 Murah ja..Cuma RM 2.50 shj..

Sedap dan sesuai untuk sesiapa yang gemarkan sarapan pagi yang ringan.Menu yang selalu Irna request tiap kali makan di sana...Macam2 menu utk sarapan dan lunch di situ..Sebelah malam pula ada western food pula...

Sarapan pagi yang special kat situ ialah Pulut Ikan Kering dan Lontong.

Senang ja nak cari restoran tu...
Betul-betul tepi jalan sebelah kiri jalan Bedong ke Gurun..Sebelah bank BSN


3Q dah mula bersekolah...


Minggu ni, 3 Q mula bersekolah..setelah lama bercuti....

Hari ni hari pertama Qurratul mula sekolah....Penampilan baru sebagai pengawas sekolah..Dah 10 tahun umurnya..Kejap ja dah besar anak dara Irna ni..Sama besar Irna dah ni...


Hari ni hari ke-2 buat Qayyum dan Qayyim masuk tadika...Irna pilih Tadika Perpaduan kali ni utk my little Upin Ipin ni....Qayyum 6 thn dan Qayyim 5 tahun...

First tadika utk my baby Qayyim dan Second tadika utk my handsome boy...

Alhamdulilah,tak ada masalah kali ni buat Qayyum..
Kali ni,Qayyum ada kawan yang boleh tolong dia di tadika...iaitu Qayyim.Hehhee..
 Harap sangat dia boleh tlg abang dia...
 


 Sunyi la Irna tahun ni..sebab semua dah bersekolah...Ada Mr E ja...

Belajar rajin-rajin ya anak-anakku..Jangan nakal !!


1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com

http://www.bubblynotes.com/2015/01/1st-mini-cash-giveaway-2015.html 
Klik banner untuk join !!!

 Komen Irna

Irna suka layout blog Farah sebab ianya simple dan mudah faham..Banyak info yang Irna boleh dapat dari blog Farah..Nice blog....

GiveAway Ole-ole dari Japan by Ayue Idris


Assalamualaikum~

(Klik banner di atas untuk join)


facebook link : https://www.facebook.com/eirna
instagram id : @irnazakrie


Jom ramai-ramai meriahkan GA Ayue Idris!!




Jan 9, 2015

BACA WORLD 2015,Malaysia's 1st Digital Content Exhibition

 

 BACA WORLD 2015 adalah pameran bahan digital pertama diadakan di Malaysia.Pameran ini dianjurkan oleh MABOPA

Sesuai untuk semua peringkat umur.

 
 


Maklumat Lanjut :


Facebook : Baca World

Korean Drama Love Rain..Love It...

 
Im Yoona dari Girls Generation dan Jang Keun Suk


Irna suka sangat tengok drama Korea ni..Love Rain..Sedih ceritanya..
 Sebenarnya dah lama tak layan drama Korea ni..Sejak dah kahwin..Drama ni pun secara tak sengaja tengok kat NT7 tahun lepas..Sempat tengok 2 3 episod ja...

Apa lagi merap Mr E la download drama ni..Hahahaa..Lepas dah download,tiap2 mlm tengok sampai habis...Sampai menangis la sorang2 tengok dalam laptop Mr E tu..
 Hero dan heroin memang sepadan sgt..Sama-sama comel..
 
Scene yang Irna paling suka...

 

Bila nak tengok balik drama ni,hard disk Irna dah hilang....Tidak.....Nampak gaya kena download lain la drama ni...

 
 

Perfume Terbaru dari One Drop Perfumes

 
Sumber : One Drop Perfumes FB

Cakap pasal perfume One Drop,mesti korang ingat perfume yang botol kecil tu kan?Dulu2 memang famous perfume ni sebab tak ada tambah alkohol dan boleh dibawa sembahyang.
closed 
Ni packaging yang dulu..

Sebenarnya Irna ada tertengok iklan perfume terbaru One Drop Perfumes ni dalam tv yang gunakan pelakon Che Ta sebagai model perempuan dan Wahi sebagai model lelaki.
 Nampak macam best ja tgk Che Ta dengan perfume terbaru tu..Ada chemistry..Hahaha..

Yang paling Irna suka ialah rekabentuk botol perfume terbaru One Drop Perfumes ni. 
 Cnatik kan? Cuma RM 68.00 sahaja...

Irna nak beli juga la nanti ni..

Terdapat 10 varian wangian dimana 4 varian untuk lelaki dan 6 varian untuk perempuan.

Nak beli online pun boleh...klik SINI untuk membeli


Maklumat Lanjut :

Website One Drop Perfumes : http://www.onedropperfumes.com/

Segmen Mama Mencari Bloglist




Assalamualaikum

Mama akan memilih 20 blog secara random untuk mengisi senarai bloglist mama yang baru.

Syaratnya :

Follow blog Mama Niza.

Letakkan URL blog mama di bloglist anda.

Tamat : 10 Januari 2015

Senarai peserta akan diupdate pada 12 Januari 2015

Nota : Jom beri sokongan pada mama!