Jul 1, 2015

Iftar Bersama HIJABEY2015 | SP Arena,Seberang Prai,Penang.


 Sabtu lepas,Eirna join iftar bersama anak-anak yatim dalam event Hijabey2015 di SP Arena,Seberang Prai,Penang sebagai media under KBBA.

Sampai ja di event,terus cari Kak Jue iaitu penganjur event Hijabey2015.Cantik orangnya.Sementara menunggu waktu berbuka,Eirna ronda dulu di booth yang terdapat dlm dewan.
Terdapat booth hijab yang terkenal iaitu Aidijuma dan Naelofar Hijab.Selain booth hijab,ada juga booth menjual pakaian,makanan dan produk kecantikan.

 



Banyak hijab dan pakaian yang cantik-cantik kat event ni.Rambang mata dibuatnya.

Selepas selesai iftar dengan anak-anak yatim,seisi penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim bermula.




Sebelum balik....posing dulu ala " red carpet ".



Hello July....

 
Cepat sungguh masa berlalu.Rupanya dah masuk 1/2 tahun .....Hari ni dah masuk bulan July..Bermakna umur Eirna pun dh bertambah 1 angka..

Diharap Eirna dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera..Semoga diberi kekuatan oleh ALLAH S.W.T untuk memperjuangkan agama,rumahtangga dan mendidik anak-anak yang semakin membesar.

Amin Ya Rabbal Alamin..


Jun 30, 2015

GA RAYA 2015 Blog Jaket Biru

Klik banner utk join

HADIAH

Hadiah Utama : Penginapan 1 malam di Bayou Lagoon Resort,Melaka.

Hadiah Kedua : RM50 

Hadiah Ketiga : RM20

* Pemenang berdasarkan pemilihan Random org

Dayana and DurratunKhayla Surprise Giveaway

http://www.dayanazahari.com/2015/06/dayana-and-durratunkhayla-surprise.html
Klik banner utk join

Jun 23, 2015

Hasil Seni Qayyim : Keluarga Saya






Ni hasil seni anak Eirna yang bongsu...Umur baru 5 tahun.
Tiba-tiba ja ambil pensil warna dan buku conteng untuk lukis ni.

Mungkin kat tadika,cikgu ajar mewarna dan melukis kot..Tu yang balik praktik kat umah pulak.
Hari-hari nak lukis benda yang sama..Alahai anak...
 

Jun 17, 2015

Selamat Menyambut Ramadhan 2015


Sempena di bulan yang mulia ini,Eirna ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali Eirna.Halalkan makan minum Eirna selama ini.


Jun 16, 2015

Travel & Stay Green Campaign dari KTMB

http://www.ktmb.com.my/images/FA_KTMB-Website-640x1170_June-2015.jpg 
KTMB telah mengadakan satu kempen iaitu " Travel & Stay Green Campaign dimana KTMB menawarkan baucer penginapan percuma di The Haven Luxury Resort,Ipoh buat penumpang bertuah.

The Haven Luxury Resort adalah hotel bertaraf 5 bintang di mana ia dikelilingi dengan gunung dan alam semulajadi.

Tengok gambar pun dah terpesona.Memang cantik.

Travel & Stay Green Campaign ini berlangsung dari 15 Jun hingga 15 Ogos 2015 dan sebanyak 120 baucer ditawarkan.

Cara penyertaan seperti di bawah.



 




Maklumat lanjut : www.ktmb.com.my


Giveaway Mega Raya by Azhafizah.com

giveaway-mega-raya-by-azhafizahcom  
Klik banner utk join


Jun 12, 2015

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Jun 10, 2015

3rd Giveaway Sulaman Lace Heaven

http://fuzamusa.blogspot.com/2015/06/3rd-giveaway-sulaman-lace-heaven.html 
Klik banner utk join


Giveaway tamat pada 25 June 2015 pukul 8.00 malam dan pemenang akan diumumkan pada 26 June berdasarkan Random.My
Hadiah utama ialah tilam fiber seperti di atas untuk seorang pemenang dan 5 hadiah saguhati kad Raya Limited Edition dari Sulaman Lace Heaven.

Tag :Yoorin Melacolea

Jun 9, 2015

Akhirnya diterima juga......


Sepanjang serius berblogging ni,Eirna suka blogwalking blog blogger yang otai macam Ben Ashaari,Emas Putih,Bro Framestone,Mr Jocko..Suka baca travelog masing-masing..Best sgt....

Salah satu platform yang banyak menonjolkan travel blogger ni ialah Air Asia Blogger's Community (AABC).Macam menarik dan cuba untuk join...Hasil kerjasama dari Kelab Blogger Ben Ashaari member,akhirnya email Eirna diterima....TQ Mr Ashman accept me into the community.

Review : Monster's Crazy Crunchy (MCC) Versi Rainbow

Brand : Monster's Crazy Crunchy (MCC) Versi Rainbow


Kali ni Eirna nak review salah satu produk dari Monster Food Sdn Bhd iaitu Monster's Crazy Crunchy (MCC) Versi Rainbow.
Mula-mula dapat dari MCC ni,rasa tak sabar nak makan.Nampak macam sedap sangat.Kombinasi coklat + rainbow rice memang sesuai dan menyelerakan...Sekali buka....aroma coklatnya memang ummph....
Sedap,Rangup & Senang Gaul

Nak makan MCC ni pun ada caranya.Bukan boleh makan terus ja.Kena cairkan coklatnya dulu baru boleh menikmati kelazatan MMC Versi Rainbow ni.

Jom ikut cara nak makannya...
1. Isi air panas dalam mangkuk atau mug.
2.Rendamkan penutup botol MCC ke dalam mangkuk atau mug yang diisi air panas tadi.[ Utk coklat lebih cair dan lebih sedap].
3. Tunggu 3-5 minit untuk bagi coklat cair.
4. Buka penutup MCC dan terus makan.



Cara Nak Order :
Hotline MCC  013-8890044 (Whatapps)

Testimoni :

Website :


Eirna dah rasa sebotol masa tgk bola dengan Mr E dan dia kata memang sedap sehingga menjilat botol..Hahahha.....

MOMMY'SIGNATURES 1st Giveaway by EyraSaha

http://eyrasaharuddin.blogspot.com/2015/06/mommysignatures-1st-giveaway-by-eyrasaha.html 

 

Jun 5, 2015

Advertorial atau Review Produk@Servis..Kini Dibuka...



Jun 3, 2015

FREE MOVIE TICKET GIVEAWAY BY REDBELLAS

Klik banner untuk join

Lama tak join GA..Cuba join GA dari blogger Farida pula.
Hadiah tiket wayang tu...Hahaha...

Welcome June and Happy 5th Birthday,My Little Boy Qayyim Amsyar


                5 tahun ( 2015)                                                            1 tahun (2011)


May 25, 2015

Pesta Bunga Pulau Pinang 2015





May 22, 2015

Autism Awareness Day di Gurney Plaza,Penang


Pernah dengar tak apa itu Autisme? Mesti ada yang pernah dengar kan?Autisme ialah satu sindrom di mana otak kanak-kanak atau bayi mengalami kerosakan dan meyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah dalam komunikasi,pembelajaran dan sebagainya.Kanak-kanak autisme sering hidup dalam dunianya yang tersendiri iaitu dunia fantasi.

Irna sendiri pun anak yang mempunyai Autisme.Qayyum adalah kanak-kanak autisme kategori Mild Autisme.

Baru-baru ni,Eirna ada terbaca mengenai event ini di telegram group Autisme Utara .Jadi Eirna pun ajak Mr E untuk join event ni di Groud Floor Gurney Plaza,Penang.Terdapat beberapa aktiviti yang diadakan di situ.

Seisi sensori untuk kaki


Seisi sensori untuk tangan


Event ini dianjurkan oleh Prospect Rainbow iaitu salah satu pusat khas untuk kanak-kanak yang memerlukan penjagaan khas seperti masalah pembelajaran,masalah komunikasi dan tingkahlaku.Sesiapa yang memiliki anak istimewa dan mencari pusat yang menyediakan penjagaan khas,boleh menghubungi Prospect Rainbow Centre di talian 604-890 0870
atau layari website : www.prospectrainbow.com

Restoran Pen Mutiara,restoran khas buat pengemar makanan laut

Minggu lepas,Eirna ada update di FB gambar Kari Kepala Ikan semasa bussiness trip di Penang.Kali ni Eirna update entry restoran yang Eirna pergi tu.

First time tahu ada restoran macam tu di Batu Maung,Penang.Tunggu apa lagi.Sampai ja menu yang ditempah,terus keluarkan My Asus untuk fotografi..Hehehehe.Bos siap tolong prepare hidangan utk seisi fotografi tak bertauliah ni.

Nama restoran yang Eirna pergi ni ialah Restoran Pen Mutiara.Ianya dibuka pada tahun 2006 sebagai usahasama antara Persatuan Nelayan Pulau Pinang dan Lembaga Kenajuan Ikan Malaysia.Terletak di Wisma Nelayan Pulau Pinang,Batu Maung dimana ia berhampiran dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas dan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas.Terdapat satu lagi cawangan Restoran Pen Mutiara iaitu di Taman Selat,Butterworth.

Suasana di dalam restoran ini mewah,komtemporari dan moden. Kugiran juga disediakan untuk menghiburkan  pelanggan yang datang menjamu selera di situ.Selain itu,terdapat ruang letak kereta percuma,kemudahan internet Wi-Fi,bilik mesyuarat dan bilik karaoke.

Sumber : Website Restoran Pen Mutiara


Di Pen Mutiara,anda akan menikmati makanan laut yang segar kerana berdekatan dengan dermaga Batu Maung
Menu yang paling popular di Restoran ini ialah Kari Kepala Ikan Pulau Pinang.
Kari Kepala Ikan Pulau Pinang

 
Sambal Udang

 
Ikan Siakap Tiga Rasa

 
Set Delima

  

Set Baiduri

(RM410.43 setiap meja – maksima 10 orang semeja)
  • Nasi
  • Kari Kepala Ikan
  • Siakap Tiga Rasa
  • Sotong Goreng Tepung
  • Kangkong Belacan
  • Kerabu Mangga
  • Telur Dadar
  • Pencuci Mulut
  • Limau Asam Boi

Set Delima

(RM474.56 setiap meja – maksima 10 orang semeja)
  • Nasi
  • Kari Kepala Ikan
  • Siakap Tiga Rasa
  • Sotong Goreng Tepung
  • Udang Cabai
  • Kailan Ikan Masin
  • Kerabu Mangga
  • Telur Bungkus
  • Sambal Ulam
  • Pencuci Mulut
  • Limau Asam Boi

Set Mutiara

(RM538.69 setiap meja – maksima 10 orang semeja)
  • Nasi
  • Kari Kepala Ikan
  • Siakap/Bawal Tiga Rasa
  • Sotong Goreng Tepung
  • Udang Kunyit
  • Ikan Masin
  • Siput Lala Berlada
  • Sayur Campur
  • Telur Bistik
  • Kerabu Mangga
  • Sambal Ulam
  • Pencuci Mulut
  • Limau Asam Boi
*Harga termasuk GST.


Website : Restoran Pen Mutiara,Penang

May 15, 2015

Restoran Arabian Mendy (SP) ,Sungai Petani Utara,Kedah

 

Dah lama teringin nak makan Nasi Mendy ni..Satu hari,Mr E tiba-tiba ja ajak cari Nasi Mendy utk dinner.
Hahaha..Tunggu apa lagi..Hajat di hati memang nak makan sgt Nasi Mendy ni..Kebetulan memang nak bawa hero-hero kecik ni tukar selera lain pula.

Cari punya cari kat Sg.Petani ni,akhirnya jumpa juga restoran yang jual Nasi Mendy ni.
Restoran Arabian Mendy (SP) ni terletak di Lagenda Height.Area Tesco Taman Ria.

Buka pintu restoran,dah terbau aroma rempah ratus makanan Arab ni.Begitu harum dan menyelerakan.
Rasa tak sabar nak makan.
 Disebabkan kami cuma berempat,Mr E order 1 Nasi Mendy Ayam untuk Qayyum dan Qayyim  dan 1 Nasi Mendy Kambing kami berdua.

Nasi Mendy Ayam : RM9.00 (seorang)
Nasi Mendy Kambing : RM14.00 (seorang)

 
 

Ini Nasi Mendy Ayam yang Mr E order untuk hero-hero kecil.Nampak sedap kan?
Memang sedap pun.


Untuk Nasi Mendy Kambing,Eirna tak sempat nak snap sebab semua pakat dah lapar termasuk la photographer tak bertauliah ni.

Servis di Restoran Arabian Mendy bagus juga..Cepat..Dari segi makanan,memang sedap sampai Mr E order pula 1 lagi Nasi Mendy Ayam.Berebut pula dengan hero-hero kecik ni.
Eirna bagi 4 bintang untuk menu ni.


Lokasi Restoran Arabian Mendy (SP)

Map of Arabian Mendy

Jalan Lagenda Height 9, Sungai Petani Utara,Kedah

*Dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 11.00 malam kecuali hari Jumaat dari pukul 3 petang hingga 11 malam

Harga dari RM9 - RM15 untuk seorang.