Jun 6, 2018

Restoran Asraar Hadramawt,Restoran Makanan Arab Best di Bertam,Penang

Kalau cakap pasal makan,memang kami satu family win bab ni.Terutama kami berdua ni...
Eirna dan Mr E suka jelajah ke setiap negeri atau tempat untuk rasa apa yang diaorang rekomen kat tempat tu.Kami akan buat research apa yang menarik di tempat tu dan terus terjah.

Kali ni, kami terjah restoran masakan Arab di Bertam pula iaitu Restoran Asraar Hadramawt.
Lokasi restoran Arab ni betul-betul di sebelah Mc Donalds,Bertam. Tak susah nak cari restoran ni.

Bahagian pintu depan restoran

Sekarang kita tengok apa menu yang menarik di Restoran Asraar Hadrawart ni.Sebenarnya sebelum ni Eirna pernah makan menu masakan Arab di sini dan memang sedap. Tapi kali ni owner restoran tukar chef yang lain pula.Mungkin rasanya lagi sedap dari chef yang lama.

Untuk menu pembuka selera,Eirna pilih Fried Lubnan Bread iaitu roti Lubnan yang dipotong kecil,ianya digoreng dan dihidangkan dengan mayonis.Rasanya boleh tahan.
Qayyum dan Qayyim suka sangat.Boleh la lapik perut sementara tunggu menu hidangan utama.

Fried Lubnan Bread
Untuk minuman pula, Eirna request Mango Lassi,Limun ( Arabic Lemon Juice ),Arabic Sunquick dan Sarbat.
Eirna gemar minum minuman Limun iaitu jus lemon Arab.Rasa lemon yang diblend dengan susu memang kena dengan tekak Eirna ni

Kiri : Manggo Lassi , Sarbat dan Limun

Utk minuman panas pula,Eirna cuba Teh Arab. Yang menariknya teh Arab ni ialah semestinya teh uncang dari Arab ditambah pula dengan rempah ratus seperti bunga cengkih,daun pudina dan kulit kayu manis.Korang boleh pilih samada nak dalam teko atau gelas.
Aroma teh + rempah ratus memang buat perut korang selesa walaupun korang makan banyak nanti. Yang ni memang Eirna sendiri alami selepas selesai makan nasi Arab dan menu lain.

Teh Arab

Untuk menu utama,Eirna pilih nasi Arab la..Hehehehehe...Eirna pilih 3 jenis nasi Arab yang popular di Restoran Asraar Hadrawart ni iaitu Set Ayam Mandee, Set Lamb Madghout dan Nasi Maqluba.


Kebiasaannya,nasi Ayam Mandee ni memang menu wajib di setiap restoran makanan Arab. Kelainan setiap nasi bergantung kepada chef yang memasaknya. Bagi Eirna , ia sesuai untuk semua golongan umur sebab ianya tidak pedas dan rasanya sedap.

Nasi Ayam Mandee

Set Nasi Madghout pula, warnanya berbeza sedikit. Ianya berempah dan pedas.Dihidang dengan daging kambing.Aromanya pun berbeza.

Nasi Madghout


Nasi Maqluba pula lebih dikenali sebagai nasi vegetarian
.Sebabnya? Nasi ni cuma dimasak bersama sayuran sahaja seperti kentang,terung dan cili hijau yang siap digoreng.Makanan ini amat popular di Jordon,Iraq,Syria,Palestin dan Lebanon.

Nasi Maqluba



Untuk pencuci mulut,Eirna request Roti Arab + Hummus. Mesti korang tertanya-tanya apa tu hummus kan? Eirna pernah dengar nama tapi tak tahu apa dia. Hummus ni sebenarnya ialah kacang kuda. Untuk menu ni,hummus dimakan dengan roti Arab.Hummus diblend sehingga jadi pes dan digaulkan bersama tahini,jus lemon,garam,bawang putih dan minyak zaitun. Ermm..boleh bayangkan tak apa rasanya? Sedap dan sesuai utk korang yang amal diet. Ada juga set ni ditambahkan bersama potongan ayam atau kambing.

Roti Arab + Hummus

Untuk pengetahuan korang,di sini ada juga menyediakan bilik khas untuk korang nak makan bersama family,reunion dan majlis-majlis formal. Korang boleh pergi ke tingkat atas restoran ni.
 Di situ korang boleh dapatkan privasi untuk majlis korang nak buat tu. Senang kan?


Bagi yang gemarkan konsep santai bersama kawan-kawan,boleh pilih lokasi di luar restoran dan view di luar pun menarik dan meriah.



Sempena Ramadhan ni,boleh la korang booking tempat utk mencuba masakan dari Arab ni..Mana tahu kena dengan tekak korang tu...Open table ramai-ramai dengan keluarga,sanak saudara serta sahabat korang....


 Hubungi HOTLINES: 019-4576 234 / 04-5750 126 untuk tempahan atau sebarang pertanyaan.
 atau 




 LOKASI RESTORAN ASRAAR HADRAMAWT BERTAM



Apr 17, 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

http://www.siqahiqa.com/2018/04/letter-of-happiness-giveaway-by-blog.html

Feb 6, 2018

Berselera Makan Bila Ada Sambal Rangup dari Q&A Taste ni.

Pertama kali cuba sambal rangup ni,memang tak boleh berhenti tambah nasi.Berselera sangat makan sambal rangup ni dengan nasi panas. Eirna ni memang pengemar makanan pedas dari kecil lagi.Sekarang ni ja dah kurang sikit.Mungkin sebab faktor umur kot...(Maklum la dah masuk 30++).

Sebenarnya sambal rangup ni adalah hasil keluaran member sekelas Eirna,si Azarita (masa sekolah kt balik pulau dulu)..Kwn masa kelas Elektronik dulu...Merangkap ketua tingkatan kami dulu...Sambal rangup ni kerja sampingan dia ja..Member sebenarnya kerja di RTM Perak.Selain sambal rangup ni,dia juga mengait macam-macam produk tau.Serba boleh sungguh member Eirna ni.
 
Jadi Eirna sebagai kawan lama dan menyokong apa yang dia buat dan jual,mencuba sambal rangup ni.Order 2 balang sekaligus sebab dia stay jauh dan kebetulan dia balik Kedah.
Balik rumah terus masak nasi panas-panas semata-mata nak rasa sambal rangup ni.
 Ternyata memang sedap dan menepati citarasa Eirna...Eirna bagi 5 bintang tau.Mr E pun kata sedap dan tak berminyak. Sambal rangup ni dibuat kering,jadi korang tak payah risau bab minyak ya.

Yang menyedapkan lagi sambal rangup ni ialah ikan bilis yang ditempah khas dari Sabah.Ikan bilis mata biru..Jadi memang berbaloi la kalau korang beli sebab mutu bahan yang digunakan memang terbaik.....Sambal rangup ni sesuai dimakan dengan nasi,bubur atau roti.Nak ratah macam tu saja pun tak pa...Kalau korang jenis tahan pedas la.

Ni packaging sambal rangup yang terbaru Eirna dapat dari member Eirna tu.

Sesiapa yang berminat untuk mencuba kesedapan sambal rangup dari Q & A Taste ni, boleh beli dari Eirna terus. Harga sebotol sambal rangup ni cuma RM16 sahaja tak termasuk kos pos ya.
Yang di area Sungai Petani,boleh ja Eirna COD kat korang yang nak mencuba.


TEMPAHAN SAMBAL RANGUP Q&A TASTE


Whatapps :  0195449534

Instagram : @irnanurasikin




Jan 26, 2018

Drama Best Sepanjang 2017/2018 yang Buat Blog Eirna x Update Blog..

Lama rasanya x blogging dalam blog Eirna ni....Kekangan kerja...Sibuk dengan anak-anak dan rumahtangga...Ada lagi satu sebab blog Eirna ni bersarang...layan drama yang semakin hangat sekarang ni...Nak tahu apa drama yang best sangat tu sampai x sempat nak blogging ni??

1. My Coffee Prince. Dah habis dah pun drama ni...Geram sbb sikit sangat episod utk drama ni.Kat umah pula tak ada Astro.Terpaksa tengok dlm website yang niche drama/movie dan bla..bla...


2. Dia TV3
Drama ni adaptasi dari novel dan cuma ditayangkan setiap Jumaat hingga Ahad. Dah nak sampai ke penghujung drama ni...Memang best walaupun lambat...Qayyum akan remind hari-hari pasal drama  ni sampai tak larat nak dengar dah...


3. Yang ni mesti korang pun layan juga sekarang ni..Kekasih Paksa Rela TV3
Mula-mula memang tak layan drama ni.Bila dah mula tengok,nampak mcm best ja..Lagu dalam drama ni semua best-best dan menusuk di hati...



  
4. Cinta Hati Batu TV3
Yang ni pun best juga walaupun pelakon dalam drama ni tak popular sangat.Jalan cerita dia boleh diterima.Lagu tema pun sedap dan Eirna dah pun download utk simpanan sendiri.


Dah tahu kan drama apa yang buat Eirna best sangat layan sekarang ni..Mesti korang pun layan sama Eirna juga kan?? 
Sindrom mak-mak bila layan drama.Mesti rebut remote dengan anak-anak....



Nov 10, 2017

Bila Qurratul request nak laptop sendiri !!!!

Kalau cakap pasal laptop zaman sekarang ni, majoriti korang ada laptop sendiri kan? Tambahan pula sekarang banyak jenama yang keluarkan laptop model sendiri. Contohnya Asus,Acer,Dell dan bla..bla...jenama lain... Jujur nak cakap yang Eirna pun x ada laptop sendiri. Blogging cuma guna my Asus Tab dan My Honor ja untuk up entry dan buat job review..Hehehehehe..Eirna study dulu pun bab IT juga. Kat rumah cuma ada PC keramat Mr E yang tersimpan rapi dalam bilik sebab perintah berkurung untuk 2Q yg suka main game.

Ni sebenarnya nak cerita pasal anak dara kami@Qurratul yang pernah request kt Mr E nak ada laptop sendiri. Korang tahu tak jenama apa yang Qurratul request? Agak-agak korang la apa dia? Of course la jenama yang terkemuka tu...Jenama APPLE tau..Mac Book yang dimintanya...Adoi la anak....Mana nak cari tu? Eirna sendiri pun meminati jenama ini sebab sukakan teknologi yang digunakan oleh Apple ni. Mampu minat sahaja...Nak beli tak mampu.
 

Cerita bab minta laptop ni Qurratul pernah request masa dia baru umur 4 tahun 7 tahun lepas. Terkejut jugak sebab budak seusia muda macam tu boleh tahu pasal produk Apple ni..Besar impian Qurratul masa tu dan dia sendiri tahu harga utk produk tu memang mahal.Dia berharap satu hari nanti dia akan dapat apa yang dia impikan tu.


Kami berdua pun ada terfikir nak belikan laptop untuk Qurratul disebabkan sistem pendidikan sekarang yang banyak menggunakan teknologi untuk belajar. Kemudahan macam ni penting untuk anak-anak generasi kini dan akan datang.Insha allah dan doakan kami untuk berikan apa yang terbaik untuk anak dara kami ya.





Oct 23, 2017

Basri Kuey Teow Kerang Port Makan Yang Sedap dan Best


Cakap pasal Kuey Teow Kerang atau Char Kuey Teow,memang kami anak beranak paling suka hunting port makan yang sedap.Anak-anak Eirna suka sangat dengan menu ni.Entah la ikut sapa punya selera.Heran jugak kami berdua laki bini ni..Asal malam Jumaat ja mesti wajib makan menu ni...Sebab apa malam Jumaat? Khamis sebenarnya hari yang kami laki bini setting untuk bawa 3
Q keluar makan dan hari Khamis kan hari last sekolah. bagi Kedah.

Port makan untuk menu ni banyak dah Eirna pergi area Sungai Petani dan cuba rasa.Ada yang okay dan ada yang kurang rasanya.Jadi kali ni Eirna nak promote satu port Kuey Teow Kerang yang baru di Sungai Petani,Kedah ni iaitu Basri Kuey Teow Kerang.

Lokasi gerai Basri Kuey Teow ni tak susah nak cari tau. Ia terletak di tapak Bazar Ramadhan Taman Ria.Berdekatan Wisma Ria. Sesiapa yang pernah pergi Bazar Ramadhan Taman Ria yang popular disebabkan gerai yang panjang tu. Tak susah la korang nak cari gerai Basri Kuey Teow ni.
Dibuka pada pukul 5.30 petang hingga 12 tengah malam dari Ahad hingga Jumaat 
( Sabtu tutup).

Owner gerai Basri Kuey Teow Kerang ni muda lagi.Kiranya ini bisnes terbaru dia selain supply doh dan bahan membuat pizza bagi francias Hot Pizza. Tak silap Eirna francias Hot Pizza ni dah sampai ke KL. Buatan anak Melayu lagi tu. Eirna pun memang ada beli juga pizza dari Hot Pizza ni dan rasanya memang sedap dan tak mengecewakan.

Jauh pula dah Eirna merepek ni.Sekiranya korang turun Sg.Petani dan nak cuba makan di Basri Kuey Teow Kerang ni,wajib korang pilih menu yang famous kat situ iaitu Kuey Teow Kerang Telur Atas.
 

Nampak sedap kan? Telur mata kerbau@telur gedik atas kuey teow kerang yang masih basah.Memang menyelerakan jika dimakan panas-panas.
 Ditambah pula cabai jeruk..Fuhh...Meleleh pula air liur Eirna tengok pic ni.
Disebabkan Eirna dah cuba makan menu ni,Eirna boleh bagi 4 bintang untuk rasa dan servis.Memang puas hati dengan rasa dia.


Qayyum paling teruja bila nampak Kuey Teow Kerang ni..Sampai nak tumpang rasa sikit pun dah bising tak cukup..Eirna memang raji mengusik si Qayyum ni sebab dia yang paling addict makan menu ni...

Selain Kuey Teow Kerang,terdapat juga menu lain di situ iaitu pizza. Tak semua orang suka makan macam kami anak beranak ni. Boleh la cuba ya..Rasa memang sedap dan memuaskan.

 Di Basri Kuey Teow Kerang ni,korang jangan risau bab parking sebab luas dan tak perlu nak berebut atau susah hati nak lintas jalan. Masa Eirna makan kat situ,kebanyakan pelanggan terdiri dari kalangan keluarga.Jadi bab parking ni memang kena ambil kira bila nak makan di luar.

Gerai ni memang bagus untuk golongan muda untuk lepak atau berkumpul dengan kawan-kawan.Pakcik balik dari masjid pun banyak juga singgah minum di gerai ni.Maknanya gerai Basri Kuey Teow Kerang ni sesuai sangat jadi port lepak yang strategik. Hahahahaha....

Nak cuba? Ni lokasi Basri Kuey Teow Kerang tu.









Oct 16, 2017

Penting ka Vitamin C nie?

Kalau cakap pasal Vitamin C,mesti korang fikir yang ia mesti bagus untuk kulit sahaja...Betul kan?
Kalau Eirna pun fikir benda yang sama.Selain dari ianya bagu untuk kulit,apa lagi fungsi Vitamin C ni ya? 

Bila Eirna search dalam Mr Google..banyak kelebihan sebenarnya Vitamin C ni.Jangan ingat ia bagus untuk kulit ja tau...Hehehehe..Sebelum pergi lebih lanjut pasal Vitamin C ni,perkara pertama yang perlu tahu ialah apa itu Vitamin C sebenarnya.

Apa itu Vitamin C? 
Vitamin C sebenarnya terdiri dari 3 unsur kimia iaitu Ascorbate Free Radical,Ascorbic Acid dan Dehyroascorbate di mana bertanggungjawab untuk penyebaran dan aktiviti penting bagi reaksi biokimia,pelindung intracelular sel dan anti-oksidan.

 Vitamin C hanya boleh didapati melalui sumber makanan.Ianya mudah larut air dan mudah hilang dari tubuh badan mausia.Kiranya kalau korang stress,merokok,demam atau kurang tidur,vitamin C automatik hilang dari badan.Bukan senang tau nak kekalkan Vitamin C dalam badan kita.

Apa Fungsi Vitamin C ?
Vitamin C diperlukan dalam badan kita untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu di semua anggota badan kita.Vitamin C juga membantu badan kita membuat kolagen iaitu protein penting yang digunakan untuk membina kulit,rawan,tendon,ligamen dan saluran darah.
Selain itu,ia bagus untuk tulang,gigi dan merawat atau menyembuhkan luka.

Fungsi lain kena la cari sendiri ya....Hahahaha..

Eirna sendiri pun masih baru bab pengambilan Vitamin C ni.Banyak produk Vitamin C di pasaran sekarang tapi kena berwaspada bab memilih produk kesihatan ni.
Kena tengok kesesuaian dengan badan kita juga.Jangan pakai bedal ja sebab taksub nak nampak cantik.

Macam Eirna lebih suka beli di farmasi sebab badan Eirna ni tak boleh terima sebarangan ubat.Boleh mudarat badan dibuatnya kalau salah pilih.Untuk Vitamin C, Eirna gunakan produk dari CCM iaitu Flavettes Vitamin C Effervescent Triple Advantage.

 
Eirna pilih Flavettes ni sebab selain Vitamin C,ia juga mengandungi Vitamin D dan Kalsium dan bebas gula.Bagus juga untuk Eirna yang ada penyakit darah tinggi dan susah makan ubat.


Setiap tablet disimpan dalam kertas aluminium bagi menjamin kualiti setiap tablet.
Satu tiub ada 10 tablet x 1 kali sehari = Boleh tahan sehingga 10 hari.



Tak susah untuk amalkan pengambilan Flavettes Vitamin C Effervescent. Cuma ambil satu tablet dan larutkan dalam segelas air kosong 1 x sehari.
 Siap untuk diminum. Rasa masam buah oren.
Bagi korang yang ragu-ragu mengenai Vitamin C ni, jangan risau jika korang ambik secara berlebihan.Ianya tidak memudaratkan badan korang.Nak tahu sebab apa? Badan kita cuma menggunakan sikit sahaja Vitamin C dimana yang selebihnya akan disingkirkan dari badan melalui air kencing.



Sep 21, 2017

Dengan Enchanteur Stunning,Qayyum mula tegur.....


Ingat lagi tak yang Eirna pernah update dlm IG pasal suprise box baldu tu? Yang tu sebenarnya produk terbaru dari Enchanteur iaitu Stunning....Haruman terbaru katanya...
 Produk ni juga la Qayyum mula tegur Eirna masa dalam kereta.Dia kata " Ermm...wanginya Mak ni...Cantik...Hahahaha..Tersipu-sipu la Eirna bila anak teruna kecil kata mcm tu...Sambil Mr E jeling tengok Eirna....Dalam hati kata...Macam abah dia..

Tu baru pakai body spray ja dah baru semerbak macam tu.Belum pakai EDT lagi tu..Rasanya boleh lari keluar kereta Mr E dan 2 Q macam tu....Hahahaha.....Hari tu Eirna dapat set lengkap tau...
Ada EDT,bedak talkum,deadorant,losyen dan body spray.Tak payah keluar modal la sebulan dua ni nak beli barang keperluan mcm ni....Box yang Eirna dapat pun mmg special sebab macam laci kecil siap dengan cermin...


Haruman terbaru ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia,kemanisan daripada Blackcurrant Bud dan Raspberry serta campuran Sandalwood di mana si pemakai pun akan terpesona dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri....Memang betul tau...Eirna sendiri tergoda dengan bauan Stunning ni....


Enchanteur juga telah memperbaharui bentuk botol rangkaian EDT di mana ia berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita yang memakai gaun berlipat dengan potongan duyung.Variasi warna botol pula berdasarkan wangian flora di dalamnya manakala penutup botol EDT berbentuk bunga mawar mekar.


Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

Jul 26, 2017

Alhamdulilah,cukup umur dah hari ni....


Alhamdulilah dan syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang Eirna bernafas di bumi ini.Hari ni genap la usia Eirna 34 tahun di samping keluarga kecil Eirna bersama Mr E.
Semoga Allah S.W.T panjangkan usia,murahkan rezeki dan berikan kesihatan yang baik untuk Eirna.
Amin Ya Rabbal Alamin

Semoga Allah S.W.T berikan kekuatan untuk Eirna jalankan tanggungjawab sebagai anak,kakak,isteri dan mak kepada 3Q dengan sempurna.


Jul 17, 2017

Qayyum kena neb pula kali ni.....


Qayyum kena nebulizer? 
Mesti terkejut kan sebab apa? Sebenarnya benda ni jadi selepas seminggu Eirna dan Mr E puasa sunat selepas seminggu beraya...Asalnya Eirna yang tak sihat..Demam panas..Esoknya pula Qayyum pula yang demam...Mr E pun sama..Tak berapa sihat.....Malam sebelum tu,Mr E ada beritahu Eirna yang Qayyum bernafas macam orang ada asma..Masa tu Qayyum tengah tidur....Siap meracau lagi...
Dalam hati,takkan kot Qayyum ada asma?

Apa lagi,esoknya kami empat beranak buat lawatan ke klinik panel mencari ubat.....Tak mau tunggu lama-lama....Takut semakin Qayyum terpaksa "bercuti" pada hari tu....Tak dapat hadir sekolah..Ramai juga orang kat klinik masa tu.Musim orang kena demam selsema kot.Bila sampai giliran kami,doktor beritahu yang kahak penuh dalam dada Qayyum dan nafas Qayyum berbeza.Macam orang ada penyakit asma...Kami just inform yang cuma Mr E sahaja yang ada asma dari kecil...Tak ada lagi antara 3Q yang ada penyakit yang sama. Doktor beritahu yang Qayyum hampir-hampir nak kena asma..Jadi Qayyum kena neb dulu untuk hilangkan kahak tu.....

Artikel dr blog Dr Zubaidi
 

Kiranya kali ni Mr E ada teman untuk neb sama-sama....Faham-faham je la kalau nak tggu orang neb memang lama..Alhamdulilah,semuanya berjalan lancar tanpa tantrum dari Qayyum....Mungkin sebab saiz badan Qayyum yang sedikit berisi dan selera makan yang kuat,benda macam ni terjadi.Skrg pun Qayyum jarang buat aktiviti luar macam berbasikal disebabkan adik Qayyim sekolah seisi petang.

Kami terpaksa monitor lebih bab permakanan Qayyum kali ni...No "ice cream"....No air sejuk......Agak sukar sikit nak control bab ni...Tetapi alhmadulilah,Qayyum boleh ikut juga walaupun kadang-kadang skip ...Takut benda ni jadi balik....Kesian tengok bila jadi macam tu...Dia tak boleh nak "membuas" macam selalu....Cepat letih ....
Insha allah semuanya akan pulih....Nanti kita ajak abah buat aktiviti luar macam biasa balik ya.......

Jul 8, 2017

Spray8 : Spray Penjagaan Luka Semulajadi Untuk Pemulihan Yang Pantas.


Spray8® dibuat menggunakan DermaXan®, ekstrak Garcinia mangostana proprietari dihasilkan oleh Furley Bioextracts boleh didapati secara eksklusif kepada rangkaian produk mereka sendiri.
DermaXan® 100% semula jadi menunjukkan fungsi/ ciri-ciri yang serupa dan boleh menyaingi bahan kimia konvensional.
  1. Antimikrob
    Juga membasmi dan menghentikan antibiotic resistant bacteria daripada bertambah
  2. Anti-radang
    Diuji pda tahap genetik untuk menghentikan keradangan melalui laluan/sistem yang sama seperti diclofenac.
Spray8® telah menunjukkan kejayaan luar biasa di Malaysia. Harganya berpatutan untuk semua orang. Ramai pelanggan telah mengalami penyembuhan luka yang lebih baik terutamanya mereka yang mempunyai diabetes.

 
 
Pelbagai masalah kulit dapat diatasi dengan menggunakan Spray8® seperti di bawah:
  • Luka disebabkan kencing manis
  • Penjagaan luka
  • Kecederaan kanak-kanak
  • Pertolongan cemas
  • Penjagaan warga tua
  • Kulit berkerubing & kulit kering (tua)
  • Kudis katil & ulser tekanan
  • Lecur disebabkan air panas
  • Keradangan
  • Gigitan serangga semut,nyamuk dan sebagainya.


Bagaimana menggunakannya? - Sembur Sahaja Mudah
1. Basuh kawasan terjejas.
2. Sembur ke kawasan tersebut dengan berhati-hati.
3. Sapu sehingga kering atau Biarkan ia kering ( 1 min)
4. Gunakan lapisan perlindungan jika diperlukan (Plaster/Kain Kasa).