Jan 21, 2019

Kekal Aktif dengan Cosmoderm Soothing Feminine Hygiene Wash


Bagi seorang wanita atau anak gadis, kebersihan bahagian intim adalah perkara yang paling ditakuti atau diberi perhatian yang khusus..Mana taknya sbb bahagian tu yang paling senang dijangkiti kuman atau penyakit...Hehehehehe...Sebenarnya penjagaan bahagian intim ni sejak dari dulu lagi diamalkan oleh nenek moyang kita..Bahan yang digunakan semuanya dari alam semulajadi seperti daun sireh dan manjakani.

Kesihatan bahagian intim sebenarnya bergantung kepada nilai pH,flora bakteria yang sihat dan kandungan epiteliumg glikogen.Kawasan vagina memiliki pH yang berasid iaitu dalam lingkungan antara pH 3.5 ~ pH 4.5.
Ketidakseimbangan pH dan bakteria sihat mewujudkan pelbagai simptom seperti kegatalan,bau yang tidak menyenangkan dan masalah keputihan.




Tapi,sekarang ni produk penjagaan intim dah semakin banyak di pasaran.Tak perlu la susah-susah nak cari daun sireh ni..Janji produk pencuci feminim dipilih dengan betul.
Eirna pernah juga produk dari pelbagai jenama dan ada yang sesuai dan sebaliknya.
Antara jenama yang biasa dengar ialah Lactacyd,Betadine,Avon,Eubos dan Sumber Ayu.

Kali ni Eirna akan perkenalkan satu produk penjagaan bahagian intim daripada Cosmoderm iaitu Soothing Feminine Hygiene Wash.
 Ia merupakan pencuci yang lembut dan nyaman dengan bahan semulajadi seperti Aloe Vera,Chamomile dan Tea Tree Oil. Ianya Anti Bakteria dan Anti Kulat dimana ia sesuai untuk anak gadis hingga ke wanita semua peringkat umur.
Tapi yang ni lebih sesuai utk remaja sebab ianya lebih lembut.Eirna syorkan produk ni kepada anak dara tunggal Eirna disebabkan dia aktif sukan di sekolah dan ianya boleh membantu menyelesaikan masalah ketidakselesaan semasa datang bulan.

Yang paling bestnya produk dari Cosmoderm ni ialah ia bebas dari sebarang bahan kimia seperti Paraben,SLS dan SLES.Yang paling ianya produk HALAL dan tidak menggunakan sebarang bahan dari haiwan.




APA YANG BESTNYA DENGAN SOOTHING FEMININE HYGIENE WASH?


1. Membantu mengurangkan iritasi.
2. Membantu masalah keputihan.
3. Membantu mengekalkan pH 3.5 yang paling sesuai.
4. Memberi kesegaran sepanjang hari.

Boleh didapati dalam bentuk 375ml 
[ RM 16.90 ] dan 150ml [ RM 9.90 ].Murah kan?Korang boleh dapatkan produk ni di outlet Watson,Caring,Aeon Wellness atau farmasi terpilih.Nak lagi senang,korang order ja di laman web Cosmoderm.Terus sampai ke pintu rumah.

Laman web Cosmoderm

Untuk maklumat terkini mengenai produk dan promosi,boleh layari laman sosial Cosmoderm.


Instagram

Jan 2, 2019

Katakan YA pada Surya Chlorophyll Minuman Botani Campuran


Untuk pengetahuan korang, rakyat Malaysia mencatatkan kadar yang rendah dalam pengambilan sayur-sayuran dengan hanya 55kg seorang untuk setahun. Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),seorang individu perlu mengambil sayur-sayuran pada kadar sekurangnya 150kg/setahun.

Kita dah memang sinonim dengan alasan anak-anak yang kurang suka makan sayur ni. Termasuk anak-anak Eirna sendiri. Masa kecil,semua sayur dimakan tapi bila dah makin membesar ni,ada pula sayur yang tidak digemari oleh anak-anak. 
Eirna tetap bersyukur kerana anak-anak suka juga makan sayur terutama sayuran hijau.Kalau Eirna pula,pantang nampak sayur terutama ulam-ulaman.Menu kat rumah wajib ada menu sayuran.Tak puas makan bila tak ada sayur dalam pinggan Eirna ni.


Jadi untuk galakkan lagi anak-anak untuk terus makan sayur,Eirna pilih satu produk minuman botani dari Surya Malaysia iaitu Campuran Minuman Botani Laici dengan Klorofil. Minuman Surya Chlorophyll ni dikeluarkan dengan 2 perisa iaitu Laici dan Peach. Eirna pilih perisa Laici sebab Qayyim suka makan laici.Korang jangan terkejut pula kalau tengok warna cecair dlm botol ni..Hehehehe...Dah nama klorofil mesti la warnanya hijau pekat macam warna daun.

Ia dihasilkan daripada ekstrak daun Mulberi Putih kerana ia kaya dengan klorofil,nutrien yang stabil dan mudah diserap oleh badan.


Yang bestnya produk dari Surya ni tidak menggunakan bahan pengawet dan mendapat pengiktirafan serta mempunyai sijil HALAL ,GMP,HACCP dan Bio Nexus Certified


PENGGUNAAN YANG DISYORKAN


Kalau tambah ais,lagi sedap tau.Silap haribulan kena beli lagi sebotol.
Anak-anak suka sangat bila dapat minum bancuhan Surya Chlorophyll berperisa Laici ni.Rasa macam minum jus buah katanya.



ANTARA KHASIAT  SURYA CHLOROPHYLL
  1.  Anti-Oksidan yang tinggi di mana ia membantu meneutralkan toksin di dalam darah.
  1.  Mengandungi sumber multivitamin dan mineral yang tinggi.
  2. Membantu menjadikan kulit kita semakin cantik @glow,cerah dan bebas dari jerawat.
  3. Bagus untuk detox hati.
  4. Membantu mengawal selera makan dan masalah pencernaan.
  5. Membantu menyelesaikan masalah mulut dan badan berbau.
  6. Membantu melawan penyakit kanser.
  7. Mempercepatkan proses penyembuhan luka


BERMINAT TAPI TAK TAHU NAK BELI DI MANA

Boleh didapati di seluruh outlet WATSON atau farmasi yang terpilih.Kalau korang malas nak keluar cari di farmasi,boleh je order secara online di https://www.mynaturaloption.com/
 Harga pun tak mahal tau...Tak sampai RM50 pun.


INFO LANJUT MENGENAI SURYA CHLOROPHYLL

Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/



Dec 28, 2018

Hilangkan Lingkaran Gelap & Eye Bag Dengan Gel Rawatan Mata dari Cosmoderm


Masalah lingkaran gelap di bawah mata dan mata sembab@eye bag memang selalu terjadi di kalangan wanita ataupun lelaki...Jangan ingat lelaki pun tak ada masalah ni tau!!!!
Masalah ni la yang paling ditakuti oleh gologan wanita macam Eirna ni...Dah nampak macam mata "Panda"...Hahahaha...

Bukan senang nak lindung kesan lebam di mata ni.Letak bedak atau foundation pun tetap kekal lagi kesannya..Tambahan pula wanita berkerjaya macam Eirna ni yang memang sukakan natural makeup bila ke tempat kerja.Susah nak hilangkan kesan gelap tu.
Eirna pula selalu juga tidur lewat sebab kena uruskan suami dan anak-anak selepas balik dari berkerja.Lagi ketara la kesan lingkaran gelap di bawah mata Eirna ni.

Eirna cuba la goggle produk apa yang terbaik.Ternampak entry rakan blogger yg dah cuba satu produk ni.Produk dari Cosmoderm iaitu Gel Rawatan Mata.Produk Cosmoderm ni dijamin Halal dan Bersih.Yang ni part paling penting bila Eirna pilih produk kecantikan.Tak semua produk sesuai dgn kulit muka Eirna yg sensitif ni.



Apa bestnya Gel Rawatan Mata dari Cosmoderm ni

  1. Tiada Paraben/SLS/SLES
  2. Diperbuat daripada ekstrak tumbuhan,kolagen dan Co -Enzyme Q10 dengan Vitamin A
  3. Menyegarkan dan menyamankan kulit di sekitar mata.
  4. Sesuai utk kulit kering & sensitif.
  5. Menganjalkan kulit sambil mengurangkan lingkaran gelap.
  6. Tidak berminyak,licin dan mudah menyerap ke dlm kulit.
  7. Harga mampu milik..


 

Yang bestnya pasal produk ni ialah ia mengandungi Co-Enzyme Q10 di mana ia berfungsi membantu mengurangkan kesan penuaan yg berpunca daripada cahaya matahari.



Cara Pemakaian 
Digunakan 2x sehari di sebelah pagi dan malam.Lebih afdal selepas mandi la...Selepas korang cuci muka.Sapu rata di sekeling mata dan urut perlahan-lahan.



Eirna baru ja pakai produk ni,jadi tak dapat nak tunjuk kesan penggunaanya..Nanti Eirna update lain ya...

Bagi korang yang berminat nak cuba produk Cosmoderm ni,korang boleh cari di Guadian,Watsons atau farmasi yang terpilih.Nak lagi senang,order ja secara online di laman web Cosmoderm.


Website http://www.cosmoderm.com.my//

Facebookwww.facebook.com/Cosmoderm

Instagramwww.instagram.com/cosmoderm


Dec 20, 2018

Mudah dan Cepat dengan Zakat Online@FPX


Zakat ......
Apa yang korang tahu tentang zakat?Selalunya kalau tiba bulan Ramadan mesti korang akan sibuk untuk bayar zakat...Itu Zakat Fitrah.Zakat tu memang wajib untuk semua individu lelaki dan perempuan tak kira umur. 

Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagikan untuk golongan tertentu.
Zakat adalah Farhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi sehala syarat-syarat wajib. 
Zakat juga merupakan Rukun Islam yang ke lima.
Sebenarnya zakat ni terbahagi kepada 2 jenis iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta.


  Dalil tentang Zakat

 Zakat Harta ada pula jenis-jenisnya seperti Zakat Simpanan,Zakat Pendapatan,Zakat Perniagaan,Zakat Emas & Perak,Zakat Pelaburan,Zakat KWSP dan Zakat Takaful.


HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
  1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan berada kepada golongan kurang berada.
  2. Membersihkan diri pembayar zakat.
  3. Membersihkan dan meyuburkan harta pembayar zakat.
  4. Menwujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan orang berada.
  5. Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan gologan yang kurang bernasib baik.
  6. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

Sekarang ni korang tak perlu beratur atau ke kaunter untuk membayar zakat.Korang boleh bayar secara atas talian. Mudah dan cepat. Semuanya hanya di hujung jari...Lembaga Zakat Selangor pun turut sediakan kemudahan macam ni.

Lembaga Zakat Selangor telah memperkenalkan e-Zakat Pay dimana ia merupakan satu kaedah pembayaran online di www.zakatselangor.com.my
Ia merupakan satu platform transaksi kewangan secara ONLINE yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor.

Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet.


Untuk pembayaran zakat,korang cuma perlu melayari portal e-zakat di www.zakatselangor.com.my dan klik pada pembayaran E-Zakat untuk pembayaran.
Ikut saja langkah-langkah yang diberikan dan urusan pembayaran zakat selesai.

 

 Mudah kan? Betul tak apa yang Eirna terangkan dari awal tadi.Jangan risau atau susah hati bila terlambat atau terlupa nak bayar zakat. Semuanya dapat diselesaikan dengan e-Zakat Pay.


KEMPEN ZAKAT ONLINE@FPX

Eirna ada berita baik utk korang semua di mana Lembaga Zakat Selangor ada mengadakan promosi Kempen Zakat Online@FPX yang berlangsung pada 15 November ~ 31 Disember 2018 ni.
Ia diadakan bagi menggalakkan pembayar zakat menggunakan kemudahan bayaran secara online dan memberi ganjaran bagi pembayar zakat yang bertuah.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan pun tak kurang hebatnya.Tunggu apa lagi. Bayar sekarang dan tunggu..Mana tahu rezeki berkat membayar zakat.



Maklumat lanjut berkaitan zakat,boleh layari laman web Lembaga Zakat Selangor bagi mengetahui dengan lebih detail lagi.



Oct 13, 2018

Kekal Sihat dengan kebaikan Susu UHT Fernleaf


Kesihatan adalah perkara utama yang paling dititikberatkan oleh keluarga terutama anak-anak yang semakin membesar.Pemilihan susu yang berkualiti tinggi dan berkhasiat menjamin kesihatan seisi keluarga.Termasuk keluarga kecil Eirna yang memilih susu UHT dari Fernleaf.
 

Susu UHT dari Fernleaf diperbuat daripada 100% kebaikan susu segar dari New Zealand.Tenusu terbaik di dunia tau...Untuk pengetahuan korang,di New Zealand,mereka mengusahakan ladang mereka secara semulajadi dimana mereka memberi kebebasan kepada lembu mereka.
 Maknanya lembu tenusu diberi kebebasan meragut di padang rumput yang segar dan subur.
Jadi susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap oleh tubuh badan.



 Selain itu, ia juga mengandungi sumber nutrien yang lain seperti protein yang berkualiti tinggi,magnesium,Vitamin A & D. Eirna nak beritahu korang ni yang lembu tenusu di New Zealand ni menghabiskan 90% masa untuk meragut secara bebas pada hari yang cerah dimana lembu tenusu secara tidak langsung mendapat kandungan Vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu lain yang terkurung dalam kandang.

Susu UHT Fernleaf dikeluarkan dengan 3 variasi iaitu Penuh Krim,Rendah Lemak dan Coklat.
Boleh didapati dengan kotak 1 liter dan 200ml 


Anak-anak Eirna gemarkan keaslian susu UHT dari Fernleaf ni...Terutama Qayyum dan Qayyim.Pantang nampak ada dalam peti sejuk,mesti ambil sampai tak ingat orang belakang....Boleh bergaduh dua beradik ni pasal berebut susu UHT ni.


Aug 9, 2018

Huawei Honor Play...Khas Buat Kaki Mobile Games

Tak sabar juga nak tahu apa menarik model Huawei Honor Play ni.... Dah kecoh dalam group FB Honor Club pasal ni..Dengar cerita kali ni siap ada GPU Turbo dan 4D Gaming Experience.

Sebenarnya Huawei Honor Play adalah model terbaru keluaran jenama Huawei dimana ia direka khas buat peminat tegar mobile games..Model ni dah dilancarkan pada 7 Ogos lepas di Sunway Pyramid dengan harga RM1,249/unit.

WowW..Harga yang ditawarkan memang berbaloi.Jom kita tengok apa menariknya keluaran terbaru dari Huawei ni..


MODEL & SPEKSIFIKASI
 


Model  : Honor Play
 User Interface : Emui 8.2   
Operating System : Android 8.1


Dimension : 157.91mm (H) x 74.27mm (W) x 7.48mm (D) 
Berat  : 176g

Display : 6.3 -inch Fullview Display 
Variasi : Midnight Black , Navy Blue & Ultra Violet
 

 




 GPU TURBO

Dilengkapi dengan GPU Turbo dimana 60% peningkatan performance dan pengurangan kuasa sebanyak 30% bagi setiap model tanpa perlu risau kestabilan gamens yang berkapasiti besar.
 Korang masih boleh main tanpa ada masalah handphone "hang".

 



3D GAMING SOUND EFFECT

Dengan adanya 3D Gaming Sound Effect ni,korang akan rasa macam korang dalam game yang korang main tu....Woww..Menarik tu...
 


KIRIN 970 CHIPSET & AI NPU 

Dilengkapi dengan processor Kirin 970  Octa-Core 4x Cortex A73 2.36 GHz + 4x Cortex A53 1.8 GHz
 





4D GAMING EXPERIENCE WITH SMART SHOCK 

Dengan konsep ni,korang akan rasa setiap vibration games yang korang mainkan.Kiranya kalau korang tembak musuh dengan "machine gun ",korang akan akan rasa setiap gegaran senjata yang korang guna...Best tak?






FACE UNLOCK
 


 CAMERA : 16 MP + 2MP DUAL AI CAMERA
 





Maklumat lanjut mengenai Honor Play boleh korang cari di website https://www.hihonor.com/my/product/

 

Aug 8, 2018

The Filling Station@Konsep Cafe Dalam Stesen Minyak.


The Filing Station adalah satu kafe unik kerana ianya terletak di dalam sebuah stesen minyak.Mesti korang rasa pelik kan?
Kebiasaannya korang akan nampak kedai serbaneka ja kan? Tapi kali ni Eirna nak memperkenalkan kafe yang terletak di Shell Desa Sri Hartamas ni.

Konsen moden dan simple dipilih bagi ruangan di The Filing Station ini. Dibuka seawal jam 7 pagi - 10 malam setiap hari.




Di The Filing Station,pelbagai versi menu diketengahkan seperti masakan Kampung dan Barat.
Dari menu sarapan hingga ke menu makan malam.
Setiap menu yang dihidangkan tidak menggunakan sebarang bahan perasa ( No MSG ),
tanpa bahan pengawet atau pewarna tiruan.
























 


Tapi yang bestnya tentang The Filing Station ialah korang boleh dapatkan makanan viral di negeri Perlis seperti Nasi Ganja dan Pulut Pelam Harumanis ( ikut musim Harumanis ) dan masakan dari Utara.

 Mesti korang suka kan?


Bagi menu Barat pula, kafe ini menyediakan aneka pilihan pasta,Quinoa Tabboulah,sandwich dan wrap,burger dan aneka salad.


Untuk dessert dan minuman panas serta sejuk pula turut disediakan di The Filing Station.




The Filing Station turut menawarkan khidmat penghantaran,events dan perkhidmatan katering bagi semua majlis.



p/s : Promosi Terkini di The Filing Station iaitu Burger Friday ( Get 1 Free Drink with every purchase of tFS Burger
&
Fuel UP & Fill Up ( Get 20% discount on any Signature Bowl,Handcrafted Bowl,Pasta Bowl & Salad Bowl with minimum RM50 purchase of SHELL New Fuels


Peta Lokasi The Filling Station