May 27, 2016

Terjatuh cinta pada ZTE Blade V7 Lite...?


ZTE ?
 Pernah dengar nama tapi tak tahu pula sekarang dah keluarkan model handphone terbaru...Dengar ura-ura function handphone terbaru ni setanding dengan jenama terkenal sekarang...Betul ka?
Nak tahu apa model ZTE terbaru tu? 

Model terbaru ZTE yang menjadi bualan di media sosial tu ialah ZTE Blade V7 Lite.
Cantik juga design ZTE ni...Terjatuh cinta pula dengan model terbaru ni...Hehehehe...

Kebetulan Eirna dapat invitation dari Involve Asia untuk join Blogger Contest LAZADA ZTE Blade V7 Lite..Boleh la Eirna review lebih lanjut pasal model terbaru ni..

Model ZTE Blade V7 Lite ini adalah baru lancarkan pada Februari lepas.Menggunakan Android OS V6.0 iaitu Marshmallow,bersaiz 5.0 inci dan direka untuk dual sim.
Direka dengan menggunakan Quad Core processor,2GB RAM dan 16GB ROM.

 

Fungsi ZTE Blade V7 Lite yang Eirna paling suka ialah Fingerprint Sensor.Tak payah susah nak sentuh skrin untuk unlock..Cuma sentuh ja sensor di belakang dan boleh unlock handphone.
Mudah ja...Skrin pun tak terjejas..Selalu sangat masalah skrin tak boleh sentuh  jadi bila Eirna guna handphone sekarang. 

 

Selain tu Eirna suka fungsi Multitouch model ni...Nak tahu sebab apa?Setiap jari yang menyentuh skrin mewakili setiap aplikasi yang kita suka...

 


Rekabentuk model ZTE ni pun boleh tahan juga...Menggunakan aluminium alloy,direka di German dan berukuran 7.9mm bagi ketebalannya.
Nampak moden dan elegan...



Bab kamera pula,ni spec yang paling penting Eirna survey kalau nak beli handphone.
Untuk model ZTE ni, kamera belakang adalah 13MP dengan Autofocus.


Siap ada Pro Mode dan Auto Mode....Dah macam DSLR.

 

 

 Untuk kamera hadapan pula, ia menggunakan 8MP dengan LED Flash.

Kiranya kedua-dua kamera bagi model ZTE ni ada flash la....Wah..menariknya..Selalunya cuma dengar kamera belakang ja yang ada flash....

Model ZTE Blade V7 Lite ni cuma dikeluarkan dengan warna silver sahaja..Harga untuk model ni tak silap Eirna cuma RM669....Murah kan ? Dengan spec yang begitu tinggi boleh dibeli dengan harga di bawah RM1k....

Kalau beli kat Lazada.my ,boleh dapat harga lagi murah tau.... Klik link ni....ZTE Blade V7 Lite




This post is an entry for the InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. ZTE Blade V7 Lite and Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia and shopcoupons.

May 26, 2016

Food Review : Spagetthi@Makaroni Bebola Sotong dengan Sardin bersama Sos Tomato TC Boy


TC Boy ni sebenarnya produk buatan Malaysia dan dah lama menapak iaitu pada tahun 1991. Ada kisah disebalik nama TC Boy ni tau...Kasih seorang ayah kepada anaknya yang membawa tuah kepadanya...

TC Boy ni terkenal sebagai produk makanan dalam tin di seluruh ASEAN. Wah...dah lama rupanya jenama ni kan...

Pelbagai jenis makanan yang dihasilkan oleh TC Boy iaitu sardin,tuna,kacang panggang,kelapa laut dan sebagainya.



Kali ni Eirna nak buat review dengan menggunakan produk dari TC Boy.

 Ni la produk yang Eirna dapat dari TC Boy.....Terkejut juga dapat macam-macam jenis tuna...
Boleh buat menu baru untuk anak-anak...


 Ni salah satu resepi yang Eirna cipta untuk sarapan untuk anak..Spagetti@Makaroni Bebola Sotong dengan Sardin bersama Sos Tomato TC Boy.

Spagetti@Makaroni Bebola Sotong dengan Sardin bersama Sos Tomato TC Boy



Sebelum nak buat kuah,kena la rebus spagetthi@makaroni dulu...Tambah sedikit minyak utk tak bagi melekat dalam periuk nanti..Dah rebus selama 15-20 minit,tapis dan letak tepi ya....

Sekarang kita buat kuah pula,

 Cara Membuat Kuah 

1. Tumis bawang putih + bawang besar menggunakan sedikit minyak..Jangan letak banyak tau..Tumis bagi naik bau..

2. Masukkan tomato puri + sardin ke dalam kuali.Kacau dan masukkan air secukupnya berpadanan dengan spagetthi yang direbus tadi...Biar masak sampai pekat dan naik bau....

3. Masukkan pula bebola sotong dan kacau bagi rata....Masak lagi dalam 5 minit...Tutup api dan boleh hidang dengan spagetthi @makaroni yang direbus tadi...

4. Siap untuk dimakan.....


* selain bebola sotong,boleh juga guna menu lain seperti daging,ayam,sosej atau ikut tekak korang la nak letak  apa....Eirna  cuma tambah benda yang ada dalam peti sejuk ja....

Dah siap.....Tada.....2Q makan sampai bertambah la....


May 23, 2016

Qayyum punya angkara....


Habis la casing handphone ni.....Sedih lorr........Ni semua angkara si Qayyum..Gara-gara nak layan Youtube "tutorial main bowling".....Habis patah dibuatnya....

Pandai pulak boh masking tape untuk sambung balik.Konon tak nak bagi mak dia perasan la tu......
Eirna yang sedap lena atas katil terkejut sebab tiba-tiba si Qayyum hulur handphone sekali dengan casing yang dah patah ni...

Aduhai anak..Tanya macam mana boleh tercabut ni....Dia kata terjatuh masa nak ambil atas meja komputer.
Dia tahu mak dia tak bagi main handphone..Dia ambil secara senyap-senyap....

Dalam marah-marah tu....Nak tergelak juga sebab si Qayyum usaha untuk betulkan balik casing yang patah tu dengan balut dgn masking tape Mr E.....

Sempat lagi si Qayyum ni fikir cara nak selesaikan masalah yang dia buat ni...Almaklum la mak dia ni garang macam singa....

Sabar ja la.....

May 20, 2016

Bila anak-anak dah mula bersekolah....

 

Bila anak-anak dah mula bersekolah,rasa sunyi sepi kat rumah.Tinggal kami berdua ja...Tak ada riuh-rendah si Qayyum dan Qayyim.Main sama-sama macam ada 10 orang anak dalam rumah.
Belum kira bergaduh berebut mainan lagi.Tambah si adik Qayyim yang suka menyakat si abang Qayyum.

Nak tambah lagi?......
Memang rindu suara baby kat rumah...Sama juga dengan Mr E tapi kami redha atas apa yang Allah rancangkan untuk kami berdua.

Cemburu juga dengan rakan sepejabat yang preggy.Nak ubat rindu...dukung anak kawan-kawan...
Masa tu teringat memori masa preggy 3Q...
Macam-macam ada.....


Rindu sangat moment masa anak-anak masih kecil.Selalu juga belek gambar masa 3Q kecil dan tak sangka sekarang dah besar panjang.Tambah budak montel yang kat atas ni.....Geram sangat tengok..My last baby..
Sampai sekarang panggil " Baby " lagi tau...

Ingat lagi pesanan Mr E masa Qayyim masih baby....
"  Baby jangan cepat besar tau...biar jadi besar ni ja...Nanti abah rindu adik masa kecik.... "

Hehehehehe..........






May 19, 2016

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 6)


Klik banner utk join ya..

Sally akan memilih 10 orang blogger menggunakan random.org..

Hadiahnya : 5 keping poskad DIY by Sally, 5 Key-chain/Fridge Magnet

Mula : 12hb Mei 2016 (9.45pm) | Tamat : 20hb Mei 2016 (11.59pm)

Kepada yang tiada Instagram atau Facebook...takpe...masih boleh join tapi jangan la takde blog ye...yang penting syarat-syarat nombor 1,2,3,6 tu wajib...

Apr 28, 2016

Kelas Berenang utk Anak Istimewa ada di Supersharkz Swim School Shah Alam.


Pernah dengar tak  Supersharkz Swim School baru-baru ni ?
 Sapa yang pernah tengok filem Redha mesti tahu kan?
Remy Ishak yang berlakon sebagai pengajar renang utk Supersharkz tu.

Irna ingat cuma rekaan ja.Rupanya mmg wujud la sekolah berenang ni.
Hehehe...Jadi,Eirna pun  goggle la dalam internet.. 

Kebetulan Eirna ada terbaca dalam FB Autisme Malaysia,ada seorang ibu anak autisme mencari kelas renang untuk anak anaknya .Puas dia mencari dan kebanyakannya tak terima anak autisme ni sebagai pelajar.

Shah Alam Swimming School & Swimming Class


Supersharkz Swim School ni terletak kat Pusat Akuatik Darul Ehsan,Shah Alam.Sekolah ni dah ada beberapa cawangan tau iaitu di Kota Damansara dan Puchong.Kiranya di Shah Alam ni adalah HQ dia la..
 Diasaskan oleh 2 adik beradik yang masing-masing berpengalaman dalam bidang renang ni.

Terdapat 8 program renang yang disediakan di Supersharkz Swim School ni.
Salah satu darinya ialah kelas renang untuk anak istimewa.
Bagi parents yang ada anak istimewa,boleh la bawa ke Supersharkz ni.
Bagus tau untuk anak istimewa ni...Ia dipanggil " terapi air ".

Eirna pun selalu juga bawa Qayyum buat terapi ni di pantai. Kebetulan Qayyum memang suka main air.
Mula-mula dulu takut juga,dah selalu bawa mandi manda ni...terus pandai sikit berenang.

Nak tahu details pasal program untuk anak istimewa,boleh la " walk in " di Supersharkz Shah Alam setiap hari Sabtu atau call ja di  +03-55261513 atau email di info@supersharkz.com



  

Supersharkz@Kota Damansara Open Day



 Lokasi Supersharkz Swim School dan Swim Centre 






Apr 26, 2016

Entopia,nama baru Taman Rama-Rama Penang

 
Entopia ?
Ni la nama baru bagi Taman Rama-Rama Penang yang telah ditutup pada tahun lepas untuk tujuan naiktaraf.
Tahu pun sebab kebetulan la masa Raya Cina baru-baru ni.Heran juga nak buat apa.
Eirna pernah pergi 2 kali..Tu pun 7 tahun lepas.


Nama Entopia ni kira rebranded secara rasmi pada 05 Ogos 2015 dengan visi " Living in Harmony with Mother Nature ".
  

 
Entopia bakal dibuka kepada orang awam pada 02 Mei 2016.Soft opening katanya...
Official opening pula pada 08 Julai 2016
Tak sabar nak bawa anak-anak pergi.Mesti cantik sebab tengok gambar dalam laman web pun dah cantik.

Harga Tiket Entopia


Tapi sempena pembukaan Entopia pada Mei ni, dapat diskaun istimewa iaitu " Beli 1 Percuma 1"
Cuma bayar RM49 sahaja,terus dapat 2 tiket masuk.

 Tiket tersebut boleh dibeli di RoadShow Entopia atau secara "online" melalui website Entopia https://entopia.my/index.php


 Cara Tempah Tiket Secara "Online"

1. Masuk website Entopia :  https://entopia.my/index.php

2. Klik " Select ".
3. Isi detail korang ya.



4. Boleh bayar melalui Online Banking atau Credit Card.


5. Klik " Proceed to Payment ".
Terus masuk ke link pembayaran yang korang pilih.

6.Korang akan dapat confirmation utk E-pass selepas pembayaran selesai.

 # E-Pass ni korang kena redeem di kaunter Entopia untuk ditukarkan ke 2 unit wristbands.

E-Pass ni terhad tau...Hanya untuk 10,000 pass sahaja.Siapa cepat,dia dapat.


Sumber : Youtube



Entopia Penang Butterfly Farm

Twitter : https://twitter.com/myentopia

Facebook : https://www.facebook.com/myentopia


Lokasi Entopia 

Map of 830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia


Apr 14, 2016

Filem Redha-Beautiful Pain khas sempena Hari Autisme Sedunia


Alina dan Razlan bergelut untuk membesarkan anak lelaki mereka Danial yang mengidap autisme. Razlan yang tidak dapat menerima hakikat telah menyebabkan rumah tangga mereka goyah. Namun Alina terus berusaha dan mereka berjaya mengurus dan membesarkan Danial dalam tempoh sukar, malah mereka berjaya memperbaiki kualiti hidup anak mereka. Tetapi apabila satu insiden berlaku, ia sekali lagi menguji keluarga itu.

Bahasa: Melayu
Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 14 April 2016
Genre: Drama / Kekeluargaan
Durasi: 1 Jam 45 Minit
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Namron, Junainah, Harith Haziq, Izzy Reef, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, Susan Lankester
Pengarah: Tunku Mona Riza
Format: 2D

# sumber dari cinema.com


Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh Eirna sebab filem Redha akan ditayangkan di Malaysia,Singapura dan Indonesia.

Apa bestnya filem Redha ni?
Filem ni berkisarkan sepasang suami isteri membesarkan anak lelaki mereka yang menghidap autisme. Filem ini dibuat sempena hari kesedaran Autisme Sedunia.

Pengarah Redha,Tunku Mona Riza menerbitkan filem ini berkisahkan kisah benar sahabat lamanya yang mempunyai anak autisme.

Di Malaysia,kesedaran mengenai Autisme kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat malah mendapat pandangan negatif bila berdepan dengan anak autisme ini.

Masyarakat banyak memberi pendapat bahawa autisme ni adalah penyakit tapi hakikatnya punca Autisme ini sampai sekarang tidak diketahui.

Eirna sendiri pernah alami pengalaman sebegini semasa Qayyum dikesan menghidap autisme ketika usia 3 tahun.
Mild Autisme + High Functioning

Membesarkan Qayyum banyak dugaan dimana Eirna cuma buat research melalui " Mr Google " dan mendapat sokongan dari keluarga,kawan dan group FB Autisme Malaysia dan blog Pak Yeop Autisme

Alhamdulilah,sekarang Qayyum dah 7 tahun dan bersekolah di PPKI Ambangan Height.

 Eirna sebagai ibu kepada anak istimewa serta wakil kepada parents yang lain berharap Filem Redha dapat memberi kesedaran kepada penonton dan sedia membantu dan menyokong kami memperjuangkan hak anak-anak isitimewa ini.

Jom ramai-ramai tonton Filem Redha bermula hari ini ( 14 April 2016 ) di pawagam.
Kena bawa tisu lebih sebab dengar cerita sedih sgt....
  



Trailer filem Redha - Beautiful Pain

#sumber dari YouTube

 


 


Feb 26, 2016

DIY hadiah untuk tersayang dengan Printcious.Com


Korang yang tengah pening fikir hadiah apa nak bagi untuk tersayang,boleh la jenguk website
 [ Printcious.Com ] ni. Rambang mata dibuatnya sebab banyak pilihan hadiah yang menarik dan kreatif.

Printcious.Com ni salah satu web yang menyediakan perkhidmatan mencetak,mengubahsuai dan merekacipta hadiah untuk yang tersayang.


Part yang best dengan Printious.Com ni ialah korang boleh customised hadiah yang korang pilih tu.Boleh tukar font,warna dan boleh letak gambar korang dengan yang tersayang..Best kan?


Contoh hadiah yang korang boleh pilih kat sini ialah T-Shirt , Kusyen,Mousepads,Mugs,Ceramic Tiles,Puzzles,Phone Cases dan Mini Tees.
Macam pic kat atas ni.....

CARA ORDER 
 
Senang ja nak order kat Printcious.Com ni...Contoh macam kat bawah ni...Eirna suka design kusyen ni
 Korang boleh customise nama ni....Warna kusyen pun boleh pilih...Eirna pilih warna pink ya...
 

Ni contoh bagi T-Shirt pula...
 


Nak tahu lebih detail cara nak order dengan Printcious.Com ni..
Tengok video bawah ni...




CARA PEMBAYARAN
 

  


CAJ PENGHANTARAN
 

Website 

 Twitter

Facebook

Instagram


Feb 23, 2016

Plutus Caravan,sesuai untuk pengembara..

http://www.sendokgroup.com/sites/default/files/banner-caravan.jpg 

Kali ni Eirna nak up entry pasal Plutus Caravan ni.Sebabnya Eirna ternampak caravan ni masa kami bercuti ke Penang masa Raya Cina baru ni...Di event Penang Hot Air Balloon,Padang Polo..Kebetulan diaorang ni buat booth kat situ.Promote kat rakyat Malaysia ni...

Tengok real memang cantik.Sebijik sama macam caravan mat salleh kat oversea tu.
Plutus Caravan ni.Boleh muat 3-5 orang dalam caravan ni. 

Jom tengok overview Plutus Caravan ni

http://www.sendokgroup.com/product/plutus-caravan
Interior




Ruang Tidur


 Ruang Makan


Ruang Dapur dan Tandas
Cukup sempurna caravan ni.Jadi sesiapa yang minat travel,boleh la beli caravan ni.Jimat duit untuk hotel.Parking ja kat mana2 yang sesuai..

Nak tahu harga caravan ni.....klik link di bawah....


Sesiapa yang berminat boleh la jenguk 
website Sendok Group  atau laman Facebook Sendok Group

Feb 5, 2016

GIVEAWAY MBO CINEMA VOUCHER

http://arwendanish.blogspot.my/2016/02/giveaway-mbo-cinema-voucher.html 
Klik banner utk join..

Syarat penyertaan:
1) Follow blog arwendanish.blogspot.com
2) LIKE page @projekbloggerutara
3) Follow IG: el_darwena
4) Follow IG: @projekbloggerutara
5) Copy & Paste Entry ini & PUBLISH ke Blog korang
6) Komen & masukkan link entry korang di sini
7) 5 Pemenang akan diumumkan
Tarikh tutup penyertaan pada 10/2/16