Jan 8, 2015
Dapat Sampel Lagi..Kali ni dari Only Beauty...
Hari minggu yang lepas,Irna dapat satu lagi sampel produk percuma...Kali ni dari website www.onlybeauty.com.my
Irna dah lama join website ni..Dah banyak sampel yang Irna dapat.Tak susah pun nak join.Cuma register ja.
Only Beauty ni selalu ada produk percuma.Klik2 ja apa yang patut..Tapi siapa cepat dia dapat la konsep dia...
Tup2 dapat sampul ja kat umah nanti.
Tup2 dapat sampul ja kat umah nanti.
Nak tahu apa yang Irna dapat kali ni?
Ni la sampel yang Irna dapat..Maybelline Baby Lip Love Color ( Coral Flush )
Kebetulan sebelum ni,Irna pernah post entry lip balm ni..
Murah rezeki Irna kali ni untuk cuba warna lain...
Ada satu lagi nak bagitau all bloggers Utara...Only Beauty ada buat Ladies Carnival L'Oreal Mega Sale di Sungai Petani,Kedah bermula 9 - 11 Januari di Swiss Inn Hotel..
Diskaun sehingga 63% untuk produk Maybelline,Garnier dan sebagainya...

Jan 7, 2015
Kek Aiskrim Kit Kat...Sesuai utk Parti Hari Jadi Anak
Boleh cuba buat untuk birthday anak nanti...Senang ja...
Bahan-bahan pun senang cari....Yang pasti sedap....
Gajet : Asus Memperkenalkan 2 Model Baru iaitu Zenfone 2 dan Zenfone Zoom
Pada tahun ini,Asus memperkenalkan 2 modelnya yang terbaru iaitu Asus Zenfone 2 dan Asus Zenfone Zoom.Model terbaru ini didatangkan dengan 4GB RAM dan masih menggunakan cip dari Intel.
Asus Zenfone 2 ( ZE551ML )
Terdiri daripada 5 variasi warna iaitu Glacier Gray,Osmium Black,Glamour Red,Ceramic White dan Sheer Gold.
Kamera hadapan 5 MP dan kamera belakang 13 MP
Android 5.0 Lolipop
5.5 inci untuk skrin dan tebal 3.9mm
Terdapat 2 mod tambahan iaitu Kids Mode dan Bussiness Mode.
Menggunakan ZenUI yang terbaru dimana pengguna boleh mengubahsuai launcher,theme,icon dan font
Akan mula dipasarkan pada Mac 2015 dengan harga RM700
Asus Zenfone Zoom ( ZX550 )
3X Optical Zoom ( 12X Zoom )
Android 5.0 Lolipop
11.95mm tebal dan skrin 5.5 inci
5MP utk kamera depan dan 13MP utk kamera belakang.
2 variasi warna iaitu Meteorite Black dan Glacier White
Jan 6, 2015
Layan ATV pula.....
Cuti minggu lepas,Mr E bawa jalan-jalan ronda kat Kota Kuala Muda.Nak cuba naik ATV ni katanya..Irna tak naik pun sebab demam.Tengok ja la Mr E bawa 2Q naik ronda kat trek yang disediakan.
Mentarang Menu Wajib Cari Bila Balik Umah Mertua di Perlis...
Ni la salah satu menu wajib cari bila balik kampung Mr E....Mentarang...Pernah dengar tak makanan laut ni?Pernah tunjuk dalam Majalah 3 tahun lepas tapi lokasi dia bukan la kat Perlis tapi kat Kuala Selangor.
Mentarang ni adik beradik kerang jugak la...Isi putih dan manis.Cara masak ada macam-macam cara..Ada yang masak lemak,tumis,bakar dan bla..bla...
Tapi Irna paling suka bakar ja mentarang ni.Memang sedap..Satu lagi kalau masak tumis air + jantung pisang.Wahh....Memang terangkat la menu ni....
Selalunya Irna dan Mr E akan ronda kat Kuala Perlis untuk cari mentarang ni.Tepi pantai banyak gerai jual tapi ada musim dia...Tunggu air laut surut baru leh diaorang cari...
3Q pun suka makan mentarang ni dan ada nama special lagi iaitu " Haiwan di Dlm Laut"...Nama gelaran yang diberi oleh anak sulung Irna,Qurratul masa dia umur 2 tahun...Pening kepala tok wan pikir binatang apa yang cucu kesayangan mintak..Hahahahha..
Jan 2, 2015
New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ
Klik banner utk join
Kali ni Irna join pula giveaway dari blogger AyueJean aka AJ.
Cuba nasib di tahun 2015 ni...
Tak susah pun..Cuma jawab sebab apa harus memenangi rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall dan lengkapkan slogan.
Sebab Irna harus memenangi rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall ialah Irna ingin mengubah penampilan diri Irna demi suami tercinta.
Eversoft Skinz menjadi pilihan untuk kekal cantik di Tahun Baru 2015 kerana ia sesuai untuk wanita yang mementingkan kesempurnaan terutama apabila timbul masalah penuaan.
Jan 1, 2015
Peraduan Jom Selfie! Produk Malaysia dari KPDNKK
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menganjurkan peraduan Jom Selfie! Produk Malaysia dimana menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai RM20,000.
Peserta perlu bergambar selfie bersama produk yang mempunyai logo Buatan Malaysia sebagai syarat utama.
Peraduan ini diadakan bagi memupuk semangat patriotisme terhadap produk buatan Malaysia sejajar dengan Kempen Beli Barangan Malaysia
Syarat-Syarat Permohonan
Peserta perlu bergambar selfie bersama produk yang mempunyai logo Buatan Malaysia sebagai syarat utama.
Peraduan ini diadakan bagi memupuk semangat patriotisme terhadap produk buatan Malaysia sejajar dengan Kempen Beli Barangan Malaysia
Syarat-Syarat Permohonan
1. Like Facebook “ Malaysiaku Jenama Kita”
2. Tonton link info pertandingan
3. Hantar gambar ‘selfie’ paling kreatif bersama produk yang
memiliki logo Buatan Malaysia di wall FB “Malaysiaku
Jenama kita”.
4. Share kepada rakan-rakan FB anda dan dapatkan LIKE
paling banyak
5. “10 Selfie” paling kreatif dan banyak LIKE akan memenangi
hadiah berupa wang tunai pada setiap minggu selama 8
minggu
6. Pemilik ‘selfie’ yang bertuah akan memenangi hadiah
istimewa bernilai RM2000 x 3 Pemenang
7. Pemenang diwajibkan ber’selfie dengan cek dan akan
viralkan dilaman-laman sosial
8. ‘Selfie’ pemenang juga akan digunakan dalam medium
periklanan kempen dan di viralkan di blog-blog hiburan
2. Tonton link info pertandingan
3. Hantar gambar ‘selfie’ paling kreatif bersama produk yang
memiliki logo Buatan Malaysia di wall FB “Malaysiaku
Jenama kita”.
4. Share kepada rakan-rakan FB anda dan dapatkan LIKE
paling banyak
5. “10 Selfie” paling kreatif dan banyak LIKE akan memenangi
hadiah berupa wang tunai pada setiap minggu selama 8
minggu
6. Pemilik ‘selfie’ yang bertuah akan memenangi hadiah
istimewa bernilai RM2000 x 3 Pemenang
7. Pemenang diwajibkan ber’selfie dengan cek dan akan
viralkan dilaman-laman sosial
8. ‘Selfie’ pemenang juga akan digunakan dalam medium
periklanan kempen dan di viralkan di blog-blog hiburan
Para pemenang ini dipilih berdasarkan :
1. Tahap kreativiti
2. Daya usaha yang lebih untuk menghasilkan
gambar 'Selfie' terbaik.
3. Menepati kriteria 'Selfie'.
4. Logo 'Buatan Malaysia' kelihatan jelas pada produk.
2. Daya usaha yang lebih untuk menghasilkan
gambar 'Selfie' terbaik.
3. Menepati kriteria 'Selfie'.
4. Logo 'Buatan Malaysia' kelihatan jelas pada produk.
* Peraduan berlangsung dari 02 Disember 2014 hingga 28 Januari 2015.
Keterangan lanjut,sila layari website KPDNKK
Dec 31, 2014
Dec 28, 2014
Laman Facebook AirAsia bertukar wajah ?
Pagi tadi,terdengar berita yang pesawat AirAsia Indonesia hilang..Penerbangan dari Suryabaya ke Singapura dikhabarkan hilang dari radar.Penumpang kebanyakannya adalah rakyat Indonesia.
Operasi mencari pesawat sedang giat dijalankan..Ada khabar angin yang menyatakan pesawat tersebut mengelak awan dan terhempas...Maklumat mengenai pesawat tersebut masih dalam siasatan.
Laman Facebook AirAsia juga bertukar wajah dimana logo rasmi AirAsia kini berwarna kelabu tanda menghormati.
Dec 24, 2014
Giveaway Untuk Bloggers
Klik banner utk join
Berlangsung dari 23 - 28 Disember 2014 jam 11.59 mlm
Pemenang akan diumumkan pada 30 Disember 2014 dimana pemenang diundi menggunakan Random.my
Syarat syarat penyertaan Giveaway untuk Bloggers
1) Letakkan Banner Giveaway untuk Bloggers 200px x 200px di entri masing masing, tulis lah ayat yang baik baik dan terpulang dan backlink kan ke entri ini.
2) Follow (ikut) Blog sponsor, dan jika masih belum follow, FOLLOW lah! sila beritahu follower ke berapa bagi tuntutan hadiah kepada pihak sponsor, jika dah follow, abaikan sahaja mesej ini.
A) Blog Anamizu
B) Blog Haffizul Iskandar
C) Blog Dr Shikin
D) Blog Safirul Amar
3) Letakkan di url entri penyertaan giveaway korang hanya di ruangan komen ini sahaja. selain dari itu tidak diambil kira.
HADIAH GIVEAWAY UNTUK BLOGGERS.
Hadiah pertama
Telekung dan Mini Tasbih x 1 orang
Hadiah kedua
Custom made clock lokal produk x 1 orang
Custom Made Clock-WORLD FLY WHITE (Jam Dinding) yang bernilai RM 75.00
termasuk penghantaran, sumbangan dari pop local Inc. untuk view Custom
made lokal produk tekan SINI
Hadiah ketiga
Topup tambah nilai prabayar RM 10.00 x 3 orang
Hadiah ke Empat
2 Pcs SHISEIDO FACE MASK ( pencerahan wajah dan pemutihan) x 2 Orang
Hadiah kelima
Wang Tunai bernilai RM 70.00 x 1orang
Hadiah Keenam
Wang Tunai RM 20.00 x 1orang
Hadiah Ketujuh
Wang Tunai RM 10.00 x 1orang
Dec 23, 2014
Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz
Klik banner utk join
Syarat-Syaratnya :
- ❤ Buat entri bertajuk - Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz
- ❤ Tampal BANNER kat atas dan backlink ke entri Segmen
- ❤ Tampal BANNER kat atas dan backlink ke entri Segmen
- ❤ Follow blog Akif Imtiyaz
- ❤ Add To Circle G+ Akif Imtiyaz
- ❤ Follow Instagram Akif Imtiyaz (jika ada,kalau takde takpe tak jadi kesalahan)
- ❤Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen Segmen.
Dec 18, 2014
Pendakap Gigi Lutsinar dari ClearPath - Aligner
Khusus buat si gigi besi....Malu sebab pakai pendakap gigi? Jangan risau la..Clearpath memasukin pasaran dan memperkenal produk terbaru pendakap gigi tanpa wayar iaitu Aligner.
Pendakap gigi jenis lutsinar dan diperbuat daripada plastik Essix dan dibuat di kilang yang terletak di Jeddah.
Direka menggunakan teknologi pembuatan bersepadu berkomputer CAD/CAM
Pemakai perlu memakai pendakap selama 22 jam sehari.Ianya boleh dibuka apabila pemakai ingin makan dan memberus gigi.
Jangka masa rawatan dipercepatkan iaitu antara 6 hingga 18 bulan.
Pemakai berasa tidak selesa dalam tempoh 24 hingga 48 jam pertama selepas pemasangan Aligner baru.
Boleh dipakai semua peringkat umur
Perbezaan Pendakap Gigi Biasa dan Clearpath
Dapatkannya sekarang di klinik pergigian yang terpilih.
Maklumat lanjut mengenai Aligner : http://clearpathdental.com/
Maklumat lanjut mengenai Aligner : http://clearpathdental.com/
Dec 17, 2014
Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun Sesuai untuk Anak-anak..
Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun
Ini salah satu kaedah yang Irna pratikkan pada anak-anak Irna terutama Qayyum dan Qayyim yang memang tak reti duduk diam terutama dalam kereta.
Alhamdulilah,tak sampai 15 minit Qayyum dan Qayyim dah boleh hafal zikir terapi diri ni..Diaorang pun dah boleh duduk diam sambil hafal zikir terapi ni.
Sunyi sepi ja bila dengar zikir terapi Hafiz Hamidun.Susunan lagu mudah dan senang diikuti oleh kana-kanak..Irna sendiri pun suka...
Boleh juga pasang CD Hafazan Al-Quran,Insha allah..Anak anda akan pandai menghafal..Lagi bagus anak kita didengarkan zikir dan alunan ayat Al-Quran daripada muzik zaman sekarang.
Mana tahu satu hari nanti anak anda akan menjadi Qari atau Qariah..
Kaedah ini memang berkesan kepada anak-anak Irna..
Free Sample : Kotex Fresh Plus Liners
Hari ni Irna nak update pasal free sample lagi..Kali ni dari Kotex Malaysia pula..
Irna dapat 3 keping Kotex Fresh Plus Liner Ultra V-Care dan 3 keping Kotex Fresh Liner Longer & Wider Daun Sirih.
Irna pilih yang Kotex Fresh Liners Longer & Wider Daun Sireh kerana padnya panjang dan lebar serta mengandungi ekstrak semulajadi daun sirih.Baunya pun wangi..Sesuai untuk wanita yang berbadan besar.
Kotex memastikan anda sentiasa kekal yakin !
Layari : Kotex.com.my atau facebook.com/KotexMalaysia
Nak sample? Klik SINI ya...
Resepi : Homemade Mee Goreng Basah
Resepi Irna sendiri...
Homemade Mee Goreng Basah
Bahan
1 paket mee basah
Cili kisar@atau cili boh (ikut suka nak letak byk mana)
5 ulas bawang putih - diketuk
Udang
Sayur sawi
Tauge
Kicap pekat
Air
Sedikit minyak untuk menumis
Cara
1. Tumis bawang putih yang diketuk sehingga naik bau.Kemudian,masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan udang dan biarkan sebentar.
3. Masukkan kicap pekat +sayur sawi dan sedikit air.Tunggu sehingga sayur sawi layu.
4.Masukkan mee basah dan kacau hingga sebati.
5. Last sekali,masukkan tauge dan kacau..Tutup api..Boleh terus dihidang..
Seeloknya makan semasa panas..
p/s : Garam tidak digunakan kerana mee basah sudah ada rasa masin.
Rindunya zaman tinggal kat asrama dulu...
Pic dari http://kvbalikpulau.blogspot.com
Tiba-tiba ja teringat zaman dok asrama time sekolah dulu..Kira dengan jari,dh 15 tahun tinggal zaman sekolah..Lamanya..Tua dah rupanya Irna ni..
Pic kat atas tu la asrama Irna dulu..Blok 6 : Fatimah Az Zahra....Masa tahun 1999 di Sek.Teknik Balik Pulau,Penang....Skrg sekolah tu dah naik taraf jadi Kolej Vokasional..
Tu la first time Irna dok jauh dengan family..Kebetulan ayah Irna kerja di USM,jadi dia rela anak dia ni sekolah kat situ..Hahah..Katanya senang nk jenguk Irna nanti..
Sekolah Irna ni dok di pendalaman tau..Kiranya cuma ada pekan kecil ja kat situ..Pekan Kongsi dan Pekan Genting.Tak ada shopping complex pun..Tempat makan banyak la...
Moment yang paling best sekali masa dok asrama ialah makan maggi dengan air panas..Selalunya time cuti dan port kami ialah bilik tv..Maggi yang menjadi pilihan ialah Tomyam..
Zaman tu Irna ni tauke nasi lemak daun pisang kat hostel..Ganti tempat senior Irna yg sibuk dengan SPM.
Nasi lemak yang Irna jual masa tu memang paling famous sebab aroma daun pisang dan sambal dia..Kiranya kena booking dulu la sebelum warden hantar..Kalau tak,berebut nanti ni..

Kiranya masa time supper tu,bising la orang berniaga dlm hostel tu...Termasuk la Irna..
Tu baru bab makan,banyak lagi moment yg best masa tu...Handle junior yang kena histeria,outing ngan member sampai Bukit Jambul,kena denda, dan bla..bla..Tinggal kenangan..
Kini Irna still lagi contact dengan roomate dan classmate walaupun kami dh kerja dan ada family sendiri..Dalam proses nak buat reunion...
EX EN1 99/2000..You all the best !!!!
Tu la first time Irna dok jauh dengan family..Kebetulan ayah Irna kerja di USM,jadi dia rela anak dia ni sekolah kat situ..Hahah..Katanya senang nk jenguk Irna nanti..
Sekolah Irna ni dok di pendalaman tau..Kiranya cuma ada pekan kecil ja kat situ..Pekan Kongsi dan Pekan Genting.Tak ada shopping complex pun..Tempat makan banyak la...
Moment yang paling best sekali masa dok asrama ialah makan maggi dengan air panas..Selalunya time cuti dan port kami ialah bilik tv..Maggi yang menjadi pilihan ialah Tomyam..
Zaman tu Irna ni tauke nasi lemak daun pisang kat hostel..Ganti tempat senior Irna yg sibuk dengan SPM.
Nasi lemak yang Irna jual masa tu memang paling famous sebab aroma daun pisang dan sambal dia..Kiranya kena booking dulu la sebelum warden hantar..Kalau tak,berebut nanti ni..
Kiranya masa time supper tu,bising la orang berniaga dlm hostel tu...Termasuk la Irna..
Tu baru bab makan,banyak lagi moment yg best masa tu...Handle junior yang kena histeria,outing ngan member sampai Bukit Jambul,kena denda, dan bla..bla..Tinggal kenangan..
Kini Irna still lagi contact dengan roomate dan classmate walaupun kami dh kerja dan ada family sendiri..Dalam proses nak buat reunion...
EX EN1 99/2000..You all the best !!!!
Dec 15, 2014
Free Sample : Lactacyd Feminine
Yeay..Dapat lagi free sample..Kali ni dapat dari Lactacyd pula..Comel ja pek dari Lactacyd ni.
Nak tahu apa yang Irna dapat?
Tada!!!!!!
Complete set Lactacyd bagi kat Irna.Siap ada kupon diskaun untuk beli produk Lactacyd lagi...Irna pun tak cuba lagi sample ni..Nanti dah cuba,baru Irna post entry review pula ya...
Terdapat 5 variasi dari Lactacyd iaitu White Intimate,Revitalize,Soft Silky,All-Day Fresh dan Feminine Hygiene.
Nak free sample,klik link di bawah ni..
Maklumat lanjut mengenai produk Lactacyd :
Website : http://www.lactacyd.com.my/homepage
FB : https://www.facebook.com/lactacydloveyourv?ref=hl
FB : https://www.facebook.com/lactacydloveyourv?ref=hl
Subscribe to:
Posts (Atom)

























